bergelar sebagai pekerja next week..mudah-mudah segalanya dipermudahkan..
Alhamdulillah, kerana aku berjaya dalam interview [hakikatnya tak macam interview sangat] dan telah diberi peluang oleh Boss untuk bekerja [maybe pada certain orang mengatakannya tak berbaloi atau tak layak atau kerja biasa] di syarikatnya [even ia hanya branch company].
Aku akan cuba bekerja sebaiknya even ia tak berkaitan langsung dengan apa yang aku belajar sebelum ni..but at least boleh mencuba dan menambah pengalaman [di samping menambah duit], dan sebenarnya aku dah mula berangan yang macam-macam.
Aku juga bakal meninggalkan alam berpoya-poya [macam sekarang ni, misalnya laaa] coz jadual harian aku akan padat dengan kerja [masa bekerja adalah 10am-7pm everyday except Sunday], so hanya malam untuk rest, melayan facebook, check email, and so on [tu pun kalau larat].
'Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih atas peluang ini. Akan aku gunakan peluang ini sebaiknya sementara diri aku masih punya waktu dan diizinkan olehMu, Ya Allah.. Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah perjalanan hidup hambaMu ini..'
0 kata-kata indah:
Post a Comment
terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.
(^o^)