CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 December 2012

TAK MUNGKIN AKAN BERSATU

Awa'ish Bintuttam | 12:56 |
Salam  kesejahteraan semua...entri lama tak habis lagi, buat entri baru pulak ye...bukan apa, saya nak luah apa yang terbuku di hati sedikit.

Saya telah terlalu banyak belajar, daripada bayi yang hanya tahu menangis saja sampai la sekarang ini dah 25 tahun pun...tapi ilmu yang dipelajari itu kelihatannya senang hilang dari ingatan. Asyik-asyik lupa, rasa payah nak menghafal dan mengingat. Kenapa ya? :'(

Tiba-tiba, dengan izin Allah saya teringat akan sebuah syair Imam Syafie:

"Aku mengadukan kepada waki' (guruku) tentang buruknya hafalahku
maka guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat
dan (guruku) berkata : Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat "

Oh, jadi saya kena jauhi maksiat...elakkan sedaya-upaya walaupun ianya hanya dosa kecil. Apatah lagi dosa besar kan? lagi la kena jaga diri...banyakkan istighfar dan bertaubat...

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ ( Az Zumar : 53 )

ILMU ADALAH CAHAYA
MAKSIAT ADALAH KEGELAPAN
CAHAYA DAN KEGELAPAN TIDAK MUNGKIN AKAN BERSATU



5 comments:

  1. teringat zaman kolej dulu, bila hujung minggu je buka laptop, tengok movie/drama...patut la ilmu lekat masa exam je...lepas exam, lupa semua...

    ReplyDelete
  2. Mudah2an Ty pun dijauhkan semua ni.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua berjaya menjauhkan diri dari sebarang dosa dan diampuni Allah...Amin ya Rabb....

      Delete
  3. sama2lah kita menjauhi maksiat... banyak keburukan maksiat ni sebenarnya..

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.