Assalamualaikum...tak
jawab berdosa...huhu...
Apa khabar para
readers dan bloggers? Jika sihat, alhamdulillah...jika sakit pun kena ucap
alhamdulillah juga kerana nikmat yang dikurniakan Allah SWT lebih besar dan
lebih banyak daripada ujian dan penderitaan yang kita hadapi sekarang
ini...nikmat hidup, nikmat menghirup udara beroksigen, nikmat pancaindera dan
nikmat yang paling BESAR SEKALI nikmat beragama iaitu nikmat ISLAM dan nikmat
IMAN...
Entri kali ini
saya nak kongsi dengan readers dan bloggers semua tentang pengalaman bermakna
yang saya tempuhi setelah bergraduasi...
Pejam celik
pejam celik dah hampir setahun saya menjadi pekebun anggur terhormat
(penganggur berijazah)...huhu...dan selama itulah saya dapat merasai sekeping
sijil tidak membawa apa-apa makna pun melainkan jika disertai ilmu yang sentiasa
melekat di dada.
Pernah tak korang rasa macam kosong je lepas bergraduasi? Rasa seperti tak pernah
belajar apa-apa...macam tu lah keadaan saya selepas habis belajar...diploma
dan juga ijazah...rasa kosong...kosong...kosong... percaya tak kalau saya katakan,
saya telah panjangkan tempoh pengajian ijazah saya...orang lain biasanya nak habis belajar cepat, tapi saya takut nak grad...sebab utama, saya risau... saya tak tahu
apa yang patut saya buat lepas habis belajar, saya risau sebab saya
seperti tak pernah belajar apa-apa, saya risau sebab saya rasa saya tak
punya apa-apa kelebihan untuk saya berbakti kepada masyarakat...mungkin juga
disebabkan saya tak ada keyakinan dengan dunia selepas belajar.
Walaupun
begitu, saya tetap bersangka baik kepada Allah, saya berdoa dan antara doa saya
ialah :
اللّهُمَّ إِنِّي اسْتُودَعْتُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ فَرْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي وَلَا تُنْسِنِيْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْن
Maksudnya : Ya
Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan
kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah
Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam .
Lepas je habis final exam semester yang terakhir, sebaik saja sampai di kampung
halaman, tanpa bertangguh saya terus mencari kerja. Dan dapat la satu kerja
yang jauh melencong dari bidang sebenar saya. Saya rasa macam sia-sia saja saya belajar selama ini, langsung tak dapat diguna pakai lepas habis belajar. Jadi, saya cuba bermacam
cara supaya apa yang saya belajar selama ini berguna dan bermanfaat dalam hidup duniawi dan
ukhrawi saya... antaranya melalui tuisyen (secara sambilan pada waktu malam) tanpa perlu berhenti bekerja di siang hari.
Dalam gementar, takut, risau, rasa tak pandai, rasa tak mampu, dan
bermacam-macam perasaan lagi, saya nekad untuk teruskan niat saya (mengadakan tuisyen). Saya bertawakkal
dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih-lebih lagi, apabila saya mendapati yang menyertai tuisyen saya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz 30 juz, asasi pengajian Islam, diploma selain pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bermula dengan doa, saya start mengajar... Tanpa terduga dan amat mengejutkan
sekali ialah saya mampu mengingati
pelajaran-pelajaran saya tanpa perlu membelek buku semula. Di saat itu hati saya menikmati
manisnya menyebarkan ilmu.
Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku di atas “kembalikan ia (ilmu)
kepadaku ketika aku memerlukannya”...
Alhamdulillah... apa yang awak usahakan tu membuahkan hasil.. kadang2 perjalanan kita tak seperti yang kita nakkan.. tetapi mungkin Dia telah tetapkan jalan kita tu ada bunga2nya dan tidak lurus sahaja.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.... :)
Delete