CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 December 2012

RUNTUHNYA SEORANG LELAKI

Awa'ish Bintuttam | 18:09 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,

Kali ini saya ingin bawakan kisah sejarah yang tidak termaktub di dalam al-Quran secara khusus, hanya diceritakan secara umum untuk dijadikan pengajaran dan tauladan kepada kita sebagai da'ie...pengajaran ini ingin saya tujukan khusus kepada WANITA agar tidak menjadi penyebab keruntuhan seseorang LELAKI...    


"saya telah meringkaskan cerita ini sependek yang mungkin."

Sejarah telah membentangkan tentang banyak peristiwa besar terjadi bermula dari tipu daya wanita dan salah satunya adalah kisah seorang wanita yang menjadi penyebab terlucutnya kenabian seorang lelaki yang bernama Bal'am.


Firman Allah SWT yang bermaksud : sesungguhnya tipu daya kamu (wahai wanita) adalah besar. (Surah Yusuf : 28) 

" Manakala tipu daya syaitan adalah lemah. "


Sebagaimana firman Allah lagi yang berbunyi : sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (Surah An-Nisa' : 76) 


Baurah adalah isteri kepada Nabi Bal'am yang datang dari susur jalur keturunan Nabi Luth A.S. Nabi Bal'am ini dikenali oleh kaumnya di Palestin sebagai seorang alim, ucapannya sangat sakti, doanya sangat mustajab dan semua munajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Inilah mukjizat yang Allah telah kurniakan kepada Nabi Bal'am.
Bermulanya catatan kelam sejarah kaum hawa apabila suatu ketika bumi Palestin dikejutkan dengan berita tergempar bahawa Nabi Musa A.S dengan segenap pengikut Baginda A.S sedang mara menuju ke Palestin. Oleh sebab itu, seluruh penduduk bumi Palestin dicengkam rasa ketakutan, lalu mereka berjumpa Nabi Bal'am untuk memujuknya supaya berdoa kepada Allah agar menyekat kemaraan Nabi Musa A.S. Sebagai seorang nabi, mana mungkin Nabi Bal'am mendoakan kehancuran Nabi Allah Musa A.S. "Celakakah kalian ini! Tahukah kalian bahawa Musa adalah nabi Allah. Dia disertai para malaikat dan para pengikutnya yang beriman". 

Mereka sebenarnya gerun dengan kehebatan cerita-cerita kemenangan yang berjaya diraih oleh Nabi Musa A.S dan para pasukannya. Oleh sebab itu, mereka tidak berputus asa menemui Bal'am. Setelah berkali-kali beliau dipujuk, Nabi Bal'am berkata kepada kaumnya,"Aku akan mencari petunjuk daripada Allah". Lalu Allah memberi jawapan dengan larangan mutlak bahawa tidak boleh mendoakan kecelakaan terhadap Nabi Musa dan pengikutnya. Ketakutan mereka melebihi keimanan mereka terhadap Allah SWT. Pujukan demi pujukan dilakukan supaya Nabi Bal'am mahu mendoakan kehancuran Nabi Musa A.S dan pasukannya. Sekali lagi Nabi Bal'am mencari petunjuk Allah, namum Allah tidak menjawabnya. "Aku sudah cuba mencari isyarat dari Rabb, namum Rabbku tidak memberi jawapan". Meraka sangat kecewa dengan jawapan Bal'am. Mereka memujuk isteri Bal'am pula, Baurah.


Baurah adalah seorang wanita duniawi yang bermata duitan dan cintakan kekayaan. Dengan itu, mereka menggunakan kelemahan Baurah ini sebagai senjata untuk melembutkan hati Nabi Bal'am. Baurah ditawarkan harta yang banyak, termahal dan tidak ternilai harganya hasil daripada kutipan penduduk Palestin. Melihat tawaran hebat itu sudah tentu Baurah langsung bersetuju untuk membantu kaumnya memujuk suaminya. 

Dengan menggunakan segala kelebihan Baurah sebagai seorang wanita, dia memujuk suaminya agar mahu berdoa kepada Allah. "Kanda sudah mencari isyarat Allah, tapi tiada balasan dari-Nya". Baurah memujuk,"Diam itu tandanya Tuhanmu menyerahkan segala keputusan itu kepadamu,kanda. Ini bermakna kanda sendirilah yang harus membuat keputusan. Mahukah kanda melihat isterimu, anak-anakmu dan keluargamu terbunuh?". 

Akhirnya Bal'am termakan jua dengan kelunakkan pujukan isterinya. Dia pun segera menunggang keldai ke puncak bukit sambil dibantu oleh isterinya bagi mengirim
kehancuran terhadap Nabi Musa dan pasukannya melalui doa saktinya. Allah SWT membela Nabi Musa dan para hambanya yang beriman. Kenabian Bal'am ketika itu digugurkan. Dipadamkan namanya dari senarai nama nabi-nabi Allah. Bal'am menyedari hakikat itu, walaupun begitu Bal'am tetap menyebelahi kaumnya. 

Bal'am mengerahkan seluruh wanita agar mencantikkan diri dengan secantik-cantiknya agar mampu menggoda dan melemahkan pasukan Musa A.S. Sebahagian pasukannya gugur, kalah dengan godaan para wanita kaum Bal'am. Dengan bantuan sahabat baik Nabi Musa ketika itu, mereka berjaya memerangi pasukannya yang engkar. Lalu bersama-sama para pengikutnya yang beriman, mereka memerangi Bal'am dan kaumnya. Bal'am telah rugi dunia dan akhirat. Kemuliaan dan kebahagian yang hakiki ditinggalkan kerana seorang wanita. Lalu Allah jadikan kaumnya kaum yang kalah. 

Firman Allah yang berbunyi : Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya samalah seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya, dia tetap menghulurkan lidahnya. Demikianlah itulah perumpamaan yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (Surah Al-A'raf : 176)


wanita solehah merupakan insan yang menghiasi syurga-syurga Illahi
sebagai harapan dan rindu dendam bagi insan soleh


JADILAH KAUM HAWA SAYAP KIRI KEPADA KEJAYAAN KAUM ADAM... KERANA SESUNGGUHNYA DISEBALIK MANUSIA-MANUSIA AGUNG DAN UTAMA ADA SEORANG WANITA YANG MEMBANTUNYA...

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.