CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2012

KEMBALIKAN IA KEPADAKU

Awa'ish Bintuttam | 03:03 | |

Assalamualaikum...tak jawab berdosa...huhu...

Apa khabar para readers dan bloggers? Jika sihat, alhamdulillah...jika sakit pun kena ucap alhamdulillah juga kerana nikmat yang dikurniakan Allah SWT lebih besar dan lebih banyak daripada ujian dan penderitaan yang kita hadapi sekarang ini...nikmat hidup, nikmat menghirup udara beroksigen, nikmat pancaindera dan nikmat yang paling BESAR SEKALI nikmat beragama iaitu nikmat ISLAM dan nikmat IMAN...

Entri kali ini saya nak kongsi dengan readers dan bloggers semua tentang pengalaman bermakna yang saya tempuhi setelah bergraduasi...


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun saya menjadi pekebun anggur terhormat (penganggur berijazah)...huhu...dan selama itulah saya dapat merasai sekeping sijil tidak membawa apa-apa makna pun melainkan jika disertai ilmu yang sentiasa melekat di dada.

Pernah tak korang rasa macam kosong je lepas bergraduasi? Rasa seperti tak pernah belajar apa-apa...macam tu lah keadaan saya selepas habis belajar...diploma dan juga ijazah...rasa kosong...kosong...kosong... percaya tak kalau saya katakan, saya telah panjangkan tempoh pengajian ijazah saya...orang lain biasanya nak habis belajar cepat, tapi saya takut nak grad...sebab utama, saya risau... saya tak tahu apa yang patut saya buat lepas habis belajar,  saya risau sebab saya seperti tak pernah belajar apa-apa, saya risau sebab saya rasa saya tak punya apa-apa kelebihan untuk saya berbakti kepada masyarakat...mungkin juga disebabkan saya tak ada keyakinan dengan dunia selepas belajar. 

Walaupun begitu, saya tetap bersangka baik kepada Allah, saya berdoa dan antara doa saya ialah :


اللّهُمَّ إِنِّي اسْتُودَعْتُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ فَرْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي وَلَا تُنْسِنِيْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْن

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam .


Lepas je habis final exam semester yang terakhir, sebaik saja sampai di kampung halaman, tanpa bertangguh saya terus mencari kerja. Dan dapat la satu kerja yang jauh melencong dari bidang sebenar saya. Saya rasa macam sia-sia saja saya belajar selama ini, langsung tak dapat diguna pakai lepas habis belajar. Jadi, saya cuba bermacam cara supaya apa yang saya belajar selama ini berguna dan bermanfaat dalam hidup duniawi dan ukhrawi saya... antaranya melalui tuisyen (secara sambilan pada waktu malam) tanpa perlu berhenti bekerja di siang hari.

Dalam gementar, takut, risau, rasa tak pandai, rasa tak mampu, dan bermacam-macam perasaan lagi, saya nekad untuk teruskan niat saya (mengadakan tuisyen). Saya bertawakkal dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih-lebih lagi, apabila saya mendapati yang menyertai tuisyen saya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz 30 juz, asasi pengajian Islam, diploma selain pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Bermula dengan doa, saya start mengajar... Tanpa terduga dan amat mengejutkan sekali ialah saya mampu mengingati pelajaran-pelajaran saya tanpa perlu membelek buku semula. Di saat itu hati saya menikmati manisnya menyebarkan ilmu.

Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku di atas “kembalikan ia (ilmu) kepadaku ketika aku memerlukannya”...

28 December 2012

INDAH DILUARAN BAUNYA TAK TERTAHAN

Awa'ish Bintuttam | 09:38 | |



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…


بسم الله الرحمن الرحيم.والعصر. ان الانسن لفى خسر. الا الذين امنوا وعمل الصلحت وتواصوا بالحق 
وتواصوا بالصبر...

Duhai akhi saudara seislamku
Sudah puas kuberlari
Mencari erti persahabatan ini
Telah lama kuberlayar
Menuntut masa yang tidak terbayar

Berat rasanya
Jemari ini menari
Namun
Demi kemusykilan yang sukar diluah
Kulakarkan jua di atas warkah
Semoga keredhaan-nya
Mengembuni hati ini

Tidak pernahkah akhi terfikir
Dimanakah letaknya nilai interaksi ini?
Sungguh
Keakraban terjalin
Ibarat sang dedap di hutan
Indah diluaran
Tapi baunya tidak tertahan

Benarkah
Tidak pernah terlintas
Walau secebis Cuma?
Semakin akrab terjalin
Semakin jauh dari-nya?
Hati ini telah puas berfikir
Namun lisan ini keras untuk mengukir
Bahawa
Semua ini tipu daya syaitan

Masih segar diingatan
Betapa kelalaian telah lama singgah
Ditutup dengan kalimat indah
Persahabatan ini adalah kerana-nya?
Benarkah begitu?

Ingat lagikah duhai akhi
Saat barbicara bertukar cerita
Terselit jua gurau dan tawa
Yang bukan berada di dalam syariat-nya
Telah menanglah musuh kita
Berdekah-dekah bertepuk bangga
Dua hati ternoda kini
Secara halus tanpa kita sedari

Duhai akhi saudaraku seislam
Cukuplah dengan kealpaan semalam
Takkan kuulangi zunuubun silam
Dengan perantaraan kalimah islam
Demi jiwa kekosongan kini
Inginku penuhi apa yang diredhai
Hati ini menginsafi diri
Hanya taubat nasuha dapat mengubat
Semua kecederaan yang lama berkulat

Berlayarnya warkah ini
Bukanlah untuk memutuskan
Jalinan persahabatan yang bersemi
Tetapi tautkanlah ia
Dengan penuh adab
Berlandaskan syariat

Semoga
Niat suci ini
Mendapat sokongan dari-nya
Diiringi rahmat
Hidayah wal inayah-nya
Semoga jiwa ini hidup di dalam keagungan-nya
Insya allah
Janji allah adalah janji yang pasti

Sahabatmu seislam
Awa'ish Bintuttam
2008-02-13


20 December 2012

Koleksi buku menambah pengetahuan

CPFZ | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Siapa sini yang tak suka tengok / beli / baca bahan bacaan, especially BUKU ?
ehm, kalau saya dah mula 'tergoda', pantang nampak kedai buku / pameran buku. >_<

3 buku

1) 110 Solat Sunat (RM 5.00)
Koleksi solat sunat yang kompak dalam buku mini ini, insyaAllah membantu anda untuk mengerjakan sebarang solat sunat walau di mana anda berada. turut disertakan beberapa zikir dan doa ringkas. sesuai untuk amalan harian anda. :)

2) Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? (RM 17.50)
Perbahasan mengenai Iskandar Zulqarnain.siapakah Iskandar? dan siapa pula Zulqarnain?
siapakah Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran?

3) Mudahnya Menjemput Rezeki (RM 18.00)
Bagaimana menjemput rezeki? bagaimana menjemput rezeki sebagai seorang hamba Allah?
Orang beriman yakin rezeki itu daripada Allah, sedangkan yang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Harta yang kita miliki, seandainya tidak dapat kita ambil manfaatnya bukanlah rezeki kita. Milik kita belumlah tentu rezeki kita.

FS :
dah nikah nanti, nak angkut koleksi buku-buku ke rumah sendiri, buat perpustakaan mini .. ^o^

19 December 2012

Wordless Wednesday 17

CPFZ | 09:02 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

cincin di jari
- satu gambar sahaja boleh mencetuskan 1001 andaian di minda -

17 December 2012

TAK MUNGKIN AKAN BERSATU

Awa'ish Bintuttam | 12:56 |
Salam  kesejahteraan semua...entri lama tak habis lagi, buat entri baru pulak ye...bukan apa, saya nak luah apa yang terbuku di hati sedikit.

Saya telah terlalu banyak belajar, daripada bayi yang hanya tahu menangis saja sampai la sekarang ini dah 25 tahun pun...tapi ilmu yang dipelajari itu kelihatannya senang hilang dari ingatan. Asyik-asyik lupa, rasa payah nak menghafal dan mengingat. Kenapa ya? :'(

Tiba-tiba, dengan izin Allah saya teringat akan sebuah syair Imam Syafie:

"Aku mengadukan kepada waki' (guruku) tentang buruknya hafalahku
maka guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat
dan (guruku) berkata : Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat "

Oh, jadi saya kena jauhi maksiat...elakkan sedaya-upaya walaupun ianya hanya dosa kecil. Apatah lagi dosa besar kan? lagi la kena jaga diri...banyakkan istighfar dan bertaubat...

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ ( Az Zumar : 53 )

ILMU ADALAH CAHAYA
MAKSIAT ADALAH KEGELAPAN
CAHAYA DAN KEGELAPAN TIDAK MUNGKIN AKAN BERSATU



Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.