CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 September 2012

Melawat ke wayang, haha!

CPFZ | 12:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Penat. Lega.
Sabtu kemaren, segera berangkat ke JB, ada urusan sikit,
stay rumah kawan kamceng dari zaman sekolah menengah dulu kat area Bandar Dato' Onn.

Lama tak jumpa dengan member ni,
dah berjumpa, macam-macam ceritalah, itu ini, bla-bla-bla...
opkos, cerita pasal kahwin pun termasuk jugak, haha.

Hari Ahad, ikut member ni pegi openhaus ofis-mate dia,
dua buah rumah kot, isk.. segan ai tau, huhu..
but, ai like! menjimatkan cost untuk belanja makan sehari tu, kih kih..

Then, Isnin, after selesai urusan pagi tu kat JB, it's showtime!
muehehehe...
keluar jalan-jalan, tengok wayang The Dinosaur Project ( <--- not recommended )
dengan my mucuk, kat area JB la opkos.
Ingat nak ajak jalan pegi Johor Premium Outlet (JPO) tapi dia cakap agak jauh, huhu,
okeh, surrender la kan.

my mucuk - kat Terminal Bas Larkin
Gi makan kat area terminal tu jugak, sebab senang terus nak naik bas untuk balik ke BP,
nanti kesian kat dia nak kena pegi jauh-jauh, then hantar kat terminal plak.
Jam 1600, terus naik bas, tu jelah ceritanya, hehe.

FS :
maaf, gambar berdua memang takde, kitorang tak snap foto berdua,
tunggu masa nikah nanti je, insyaAllah.. :D

07 September 2012

Jangan tertipu dengan luaran yang cantik

CPFZ | 14:05 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tak berapa penting,
sekadar pemerhatian, jangan baca dengan serius.

06 September 2012

Kosong, kosong, oooo...

CPFZ | 21:10 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Erm, pertamanya..
tak tahu nak taip apa dalam entri ni.

Yang kedua, urrmmm..
pun tak tahu nak taip amenda, kosong tetiba.

Ketiga tapi bukan keempat,
ok, macam dah bercahaya, petunjuk tu seakan mendekat,
lagi sikit, ye, mari, mari..
ouhhh, semakin jauh petunjuk tu tinggalkan aku, haih.

Barulah yang keempat ni,
bukak mata leluas, tenangkan fikiran bak air terjun yang mengalir tu,
dengarkan suara unggas dan alam, kicau burung yang merdu,
"oiiiii! melalut jauh benor la hai,"
dan sekali lagi terbanglah idea-idea, huuu~


Lastly, ok, yang ni kasi betul-betul punya.
jauh di pedalaman kawasan di sudut hati,
tetiba muncul satu perasaan, tak tahulah nak gambarkan macam mana,
diluah ke, ditelan ke, yang merasanya opkos ler aku sendiri,
bukan korang rasa pun..
resign dari dunia blog?
entahlah...............

Imbasan era sebelum matang

CPFZ | 08:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Entri ni bakal mengimbau zaman sebelum matang dulu-dulu.
Sila jangan muntah hijau di depan laptop atau PC korang.

Hmmm..
zaman kanak-kanak, main pondok-pondok, main teng-teng,
main dam ular, main kejar-kejar, biasa lar kan?
plak main dengan kazen,dengan anak jiran depan rumah, memang seronok tak hengat.
selamber rock je, pakai skirt, free-hair, tee lengan pendek,
ahh, zaman kegemilangan sungguh waktu tu, tak siapa kesah pun!
selagi tak jatuh, tak luka, patah kaki-tangan-leher,
selagi tu la takde siapa peduli, haha!

sumber : Google
zaman kanak-kanak yang meriah, haha!

Dulu, kecik-kecik, mana peduli nak salam dengan siapa pun,
mana kesah nak free-hair ikat rambut tocang, ekor kuda depan orang,
mana kesah pakai skirt paras lutut, pakai seluar pendek kat rumah atok-nenek atau keluar rumah main dengan jiran sebelah tu..
yelah, kanak-kanak belum matang katakan, tak reti lagi dosa-pahala nih,
semua balun selamber kaw-kaw!

Sekarang? ohoho, dah matang kot? takkan buat dono je pasal tu semua?
mungkin ada setengah yang tak kesah, yelah, memasing kan?

Kesimpulan?
pepandai la fikir, maklum la kan, alam kanak-kanak tak sama dengan alam remaja dewasa,
mana yang baik, cantik, molek, itulah yang diikut, diamalkan,
mana yang tak elok, haruslah ditinggalkan,
sesuai mengikut syariat agama Islam.

okeh, takde yang muntah hijau kan? good!
ahaksss..


FS :
dulu, rapat dengan kazen-kazen, kecik-kecik semuanya selamba dek,
tetiba sampai transition phase dari free-hair kepada pakai tudung,
agak kekok sikit di situ, tapi lama-lama biasa dah, heee~

05 September 2012

Wordless Wednesday : 10 : Bendera Mana Milik Kita?

Muhammad Akmal | 02:04 | |

Assalamu'alaikum.


Bismillah.


Awak semua tau tak, umat Islam ada bendera dan panjinya yang tersendiri? Bendera yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu negara? Bendera yang membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia menuju kepada perhambaan kepada Allah?


Gambar ini ada jawapannya :








:]



Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.