CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 December 2010

Sementara waktu ...

CPFZ | 15:30 |
Untuk pengetahuan semua,
blog ini akan berhenti update untuk sementara waktu,
sehingga diberitahu kelak.
Mohon maaf atas segala kesulitan.


Entri ini akan dipost sehingga jam 00:00 waktu tempatan.
Sekian, terima kasih.

13 December 2010

Cuti-cuti

CPFZ | 19:32 |
Wewww ...
lama betul tak update blog masam-manis ni,
dah lama jugak tak blogwalking,
hu hu hu ...

Punya kesempatan ni,
layan foto-foto jelaa ek?

i-City Shah Alam

macam-macam jenis hiasan berlampu

yang camni pun ada

macam blur aje? :p

dengan pingu

diri sendiri ada jugak, har har ..

ada lagi

@ Lumut, navy basement

TLDM pun ada heli diorang sendiri

pandangan dari hadapan

with my cousin n her hubby

...

merasa gak diorang ni 'naik' heli, heheh ..

* sepupu (tudung pink) + her hubby (uniform TLDM)

aYaz :
- nak upload foto sikit punya laju
- cuti-cuti di Puncak Alam dan berjalan ke i-City bersama keluarga, sepupu dan nenek
- cuti-cuti di Lumut dan dibawa melawat basement TLDM oleh sepupu dan hubby dia

23 November 2010

Sorry, sorry and sorry ...

CPFZ | 12:56 |
First of all,
aku nak mohon maaf banyak-banyak,
pada reader, pada follower masam-manis,
sebab dah lama aku tak update blog,
dah lama tak blogwalking,
dah lama tak membalas kunjungan kalian.

Untuk pengetahuan,
gara-gara broadband yang dah berjasa selama ni,
tetiba plak buat masalah,
apa ke halnya pun tak tahu lah.
Masa anginnya elok, elok lah,
kalo masa angin taufan datang,
huh .. rusak plan ..

Macam mana celcom broadband yang aku guna sekarang ni,
boleh detect HSDPA kat area rumah aku,
sedangkan pakej yang aku guna setakat 3G?
bila 3G bertukar kepada HSDPA,
memang seharusnya speed lagi baik, (yeke??)
tapi oleh sebab aku apply pakej yang menghadkan penggunaannya,
automatiknya speed menjadi lebih lembab dari 3G.

Hah, nak bukak website pun jadi problem,
paling-paling pun dapat check email,
dapat facebook kejap-kejap,
nak bukak blog,
sikit punya susah, aishhhh ...

Terima kasih,
pada reader dan follower,
mana yang sudi jengah masam-manis ni walaupun lama tak update.



aYaz :
- bakal update dan blogwalking dalam masa terdekat
- bakal ke interview di Putrajaya awal bulan Disember ni

12 November 2010

sebelas2kali-2010

CPFZ | 13:37 |
Haha ..
apa laa aYaz ni,
tajuk entri macam pening,
sila abaikan kalau korang pening nak baca.

Dua peristiwa penting berlaku,
sebelas2kali-2010 (11112010),
ushar yuk ..


[ 1 ]


Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda tersayang.
Nak bagi hadiah yang grand-grand, tak mampu.
Hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau,
semoga beliau dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
serta selamat dunia akhirat.


[ 2 ]

Keputusan UPSR 2010 dah keluar semalam,
aku mendapat perkhabaran bahawa,
adikku, Alang telah mendapat keputusan yang memuaskan,
beliau berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.
Aku dan keluarga turut berbangga dengan kejayannya.
Inilah hadiah terbaik dan teristimewa untuk bonda ku,
sempena ulangtahun kelahiran beliau.
 Semoga berjaya Alang.
(walaupun dia tak baca entri ni ..)




aYaz :
broadband dah macam elok sikit, lepas ni akan blogwalking seperti biasa ..

10 November 2010

Belajar equation

CPFZ | 10:45 |
Hari ni kita belajar equation atau persamaan,
ingat lagi ke?
har har har ...

Equation yang nampak macam senang,
padahal susah,
nampak rumit tapi mudah je pun sebenarnya,
tak ke pening macam tu?


1. Broadband aku ada masalah apa entah, tetiba jadi HSDPA,
padahal kat rumah ni paling laju 3G celcom je pun.
Apabila 3G bertukar kepada HSDPA, ia bukanlah kesenangan pada aku,
malahan menyusahkan sebab kelajuan berkurang bagi pakej yang aku guna ni.
Permasalahan ini = tiada mood.

2. Oleh sebab masalah kedua ni bersangkut paut,
serta-merta menjadikan aku tidak bersedia untuk meng'update' masam-manis,
idea pun entah hilang kat mana, kena cari semula.
Permasalahan ini = tiada idea.


Lihat equation :
tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2
tiada mood + tiada idea ----- diringkaskan menjadi :
tiada [ mood + idea ]

equation belum sempurna, jadi perlu disempurnakan

tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2

di mana sunyi itu adalah masam-manis yang sepi,
dan juga owner masam-manis yang tak dapat menjalankan rutin blogging,
ataupun blogwalking seperti biasanya.


p/s :
equation merapu ..


aYaz :
i)   ni pun dah bertuah dapat taip dan post entri yang korang baca sekarang ni ..
ii)  pada yang singgah masam-manis, terima kasih, belum sempat membalas kunjungan korang ..
iii) yang follow plak, terima kasih jugak, akan dijengah blog korang ..

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.