CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 November 2010

Sorry, sorry and sorry ...

CPFZ | 12:56 |
First of all,
aku nak mohon maaf banyak-banyak,
pada reader, pada follower masam-manis,
sebab dah lama aku tak update blog,
dah lama tak blogwalking,
dah lama tak membalas kunjungan kalian.

Untuk pengetahuan,
gara-gara broadband yang dah berjasa selama ni,
tetiba plak buat masalah,
apa ke halnya pun tak tahu lah.
Masa anginnya elok, elok lah,
kalo masa angin taufan datang,
huh .. rusak plan ..

Macam mana celcom broadband yang aku guna sekarang ni,
boleh detect HSDPA kat area rumah aku,
sedangkan pakej yang aku guna setakat 3G?
bila 3G bertukar kepada HSDPA,
memang seharusnya speed lagi baik, (yeke??)
tapi oleh sebab aku apply pakej yang menghadkan penggunaannya,
automatiknya speed menjadi lebih lembab dari 3G.

Hah, nak bukak website pun jadi problem,
paling-paling pun dapat check email,
dapat facebook kejap-kejap,
nak bukak blog,
sikit punya susah, aishhhh ...

Terima kasih,
pada reader dan follower,
mana yang sudi jengah masam-manis ni walaupun lama tak update.



aYaz :
- bakal update dan blogwalking dalam masa terdekat
- bakal ke interview di Putrajaya awal bulan Disember ni

12 November 2010

sebelas2kali-2010

CPFZ | 13:37 |
Haha ..
apa laa aYaz ni,
tajuk entri macam pening,
sila abaikan kalau korang pening nak baca.

Dua peristiwa penting berlaku,
sebelas2kali-2010 (11112010),
ushar yuk ..


[ 1 ]


Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda tersayang.
Nak bagi hadiah yang grand-grand, tak mampu.
Hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau,
semoga beliau dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
serta selamat dunia akhirat.


[ 2 ]

Keputusan UPSR 2010 dah keluar semalam,
aku mendapat perkhabaran bahawa,
adikku, Alang telah mendapat keputusan yang memuaskan,
beliau berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.
Aku dan keluarga turut berbangga dengan kejayannya.
Inilah hadiah terbaik dan teristimewa untuk bonda ku,
sempena ulangtahun kelahiran beliau.
 Semoga berjaya Alang.
(walaupun dia tak baca entri ni ..)




aYaz :
broadband dah macam elok sikit, lepas ni akan blogwalking seperti biasa ..

10 November 2010

Belajar equation

CPFZ | 10:45 |
Hari ni kita belajar equation atau persamaan,
ingat lagi ke?
har har har ...

Equation yang nampak macam senang,
padahal susah,
nampak rumit tapi mudah je pun sebenarnya,
tak ke pening macam tu?


1. Broadband aku ada masalah apa entah, tetiba jadi HSDPA,
padahal kat rumah ni paling laju 3G celcom je pun.
Apabila 3G bertukar kepada HSDPA, ia bukanlah kesenangan pada aku,
malahan menyusahkan sebab kelajuan berkurang bagi pakej yang aku guna ni.
Permasalahan ini = tiada mood.

2. Oleh sebab masalah kedua ni bersangkut paut,
serta-merta menjadikan aku tidak bersedia untuk meng'update' masam-manis,
idea pun entah hilang kat mana, kena cari semula.
Permasalahan ini = tiada idea.


Lihat equation :
tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2
tiada mood + tiada idea ----- diringkaskan menjadi :
tiada [ mood + idea ]

equation belum sempurna, jadi perlu disempurnakan

tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2

di mana sunyi itu adalah masam-manis yang sepi,
dan juga owner masam-manis yang tak dapat menjalankan rutin blogging,
ataupun blogwalking seperti biasanya.


p/s :
equation merapu ..


aYaz :
i)   ni pun dah bertuah dapat taip dan post entri yang korang baca sekarang ni ..
ii)  pada yang singgah masam-manis, terima kasih, belum sempat membalas kunjungan korang ..
iii) yang follow plak, terima kasih jugak, akan dijengah blog korang ..

09 November 2010

Info Sihat : Timun

CPFZ | 13:08 |
Timun?
tak kenal ke timun?
ke nak sebut 'cucumber'?
mana-mana lah, asalkan timun ..


sumber dari pakcik google


Nama saintifik : Cucumis sativus [order sama dengan labu]
(nama saintifik sentiasa Italic atau jika tulisan tangan, perlu digariskan kat bawahnya)

Kandungan nutrisi dalam timun seperti karbohidrat, gula, serat / fiber, lemak, protein,
vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B9), vitamin C, Ca, Fe, Mg, P, K dan Zn.

Timun ni banyak kandungan yang menyejukkan,
banyak manfaat lagi-lagi cuaca panas macam kat Malaysia ni.

Kegunaan :

- timun disapu pada wajah untuk mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit
( sapu, best .. sejuk dan nyaman je .. )

- bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan timun baik untuk kulit
( betul, kulit pun lembut je .. )

- timun fresh baik untuk kelegaan pada ulser, gastritis, dan pedih ulu hati
( siapa ada masalah di atas, cuba makan timun, oke? )

- hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata
( tak percaya, try lah sendiri .. )

- timun dimakan setiap hari membantu mengawal ekzema, atritis dan gout

- bermanfaat kepada mereka yang bermasalah pada paru-patu, perut dan dada

- Potasium berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah
( tekanan darah tak naik, makanlah timun .. )

- erepsin dalam timun membantu menghadamkan protein
( siapa belajar biologi, tahu lah apa benda alah erepsin tuh .. )

- jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut especially jika ditambah dengan jus lobak merah, kobis dan bayam
( sesuai untuk orang yang rambut tak lebat, tak mau tumbuh .. )

- kaya dengan garam mineral, timun membantu menghalang masalah kuku

08 November 2010

Sepatah dua kata

CPFZ | 12:40 |
Pertama-tama,
berbanyak terima kasih pada korang yang sudi singgah masam-manis,
dan sudi follow masam-manis yang tak seberapa ni.

Keduanya,
aku nak mohon maaf sebab tak sempat nak blogwalking,
lagi-lagi sejak 2-3 hari kebelakangan ni,
broadband aku tengah datang angin tak sihat,
nak buek camno eh?

Yang ketiga,
aku rasa pelik sebab ada blogger yang cakap aku 'ban' IP address,
terutama yang guna teknik blogwalking melalui shoutbox,
dan tak boleh blogwalking macam biasa,
aku tak tahu macam mana boleh terjadi hal camtu,
sebab aku sendiri ada kes di'banned' oleh blogger,
masa tu nak jerit-jerit kat shoutbox,
tapi IP address aku di'banned',
jadinya, aku tak paham apa sebenarnya masalah tersebut,
untuk itu aku mohon maaf,
walaupun aku tak tahu apa puncanya.
Kalo masalah tu dah selesai, bersyukur sangat-sangat ...

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.