CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2010

YANG SEMPURNAKANKU

CPFZ | 12:41 |
Hidup manusia di dunia ni, bukanlah setiap masa sentiasa lurus, bahkan banyak liku-liku dan cabang, yang bisa menyesatkan. Pilihan yang terbaik tak semestinya dipilih dari jalan yang nampak elok dan indah dari luarannya je.

Aku bukanlah manusia yang sempurna, malahan diri ini kekurangan dari serba-serbinya. Namun begitu, kita punya pilihan; apakah yang kita mahu? terbaik atau selamanya di kedudukan paling lemah? Kita punya pilihan, dan setiap pilihan itu telah pun ditentukan jalan hidup yang dinamakan takdir.






Yang Sempurnakanku

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi di hatimu




pstt : sangat suka lagu ni, sangat best . . . . .

17 June 2010

Perkara Yang Tak Disukai

CPFZ | 11:49 |
Hmm, banyak perkara yang tak disukai, tapi takkan laa aku nak taip semuanya kat sini.
Antaranya:

1) Bila tiba bab internet dan online, perkara yang paling tak disukai ialah network yang tak bagus (sangat teruk!), nak buka email tak boleh, nak online banking pun tak boleh. Takkan setiap kali online, nak ngadap facebook semata-mata?? oh, bosannya..!! (Maxis Broadband macam hampeh pun ye..)

2) Banyak benda yang perlu disettlekan terutama yang berkaitan dengan UPM dan JPA, tapi semuanya masih belum berjaya disettlekan. Pengesahan senat dah keluar, tah bila dapat gi amik sebab aku bercuti Ahad. Lapor diri kat JPA pun belum settle, belum pos dokumen-dokumen yang diorang nak. Aduss...malas betul nak fikir pasal ni..

3) Masuk bab berkawan dan bercinta plak, yang ni elak laa macam mana pun, pasti akan datang jugak. Serba salah jadinya (luah mati emak, telan mati ayah)..yelaa, berkawan, berkawan jugak, tapi soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa. Bila aku dah cakap macam tu, tetap macam tu setakat itu selagi aku tak ubah apa-apa yang sebelumnya. Berapa kali nak sebut benda yang sama?haish..aku tak suka camni..

Untuk yang lain-lain, tak perlulah aku letak kat sini. Cukuplah untuk berkongsi setakat 3 yang kat atas ni. Apa pun, aku kena cuba atasi perkara yang di atas semampunya dan maybe take time yang aku sendiri tak tahu sampai bila.

31 May 2010

Bakal...

CPFZ | 21:15 |
bergelar sebagai pekerja next week..mudah-mudah segalanya dipermudahkan..

Alhamdulillah, kerana aku berjaya dalam interview [hakikatnya tak macam interview sangat] dan telah diberi peluang oleh Boss untuk bekerja [maybe pada certain orang mengatakannya tak berbaloi atau tak layak atau kerja biasa] di syarikatnya [even ia hanya branch company].

Aku akan cuba bekerja sebaiknya even ia tak berkaitan langsung dengan apa yang aku belajar sebelum ni..but at least boleh mencuba dan menambah pengalaman [di samping menambah duit], dan sebenarnya aku dah mula berangan yang macam-macam.

Aku juga bakal meninggalkan alam berpoya-poya [macam sekarang ni, misalnya laaa] coz jadual harian aku akan padat dengan kerja [masa bekerja adalah 10am-7pm everyday except Sunday], so hanya malam untuk rest, melayan facebook, check email, and so on [tu pun kalau larat].

'Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih atas peluang ini. Akan aku gunakan peluang ini sebaiknya sementara diri aku masih punya waktu dan diizinkan olehMu, Ya Allah.. Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah perjalanan hidup hambaMu ini..'

10 May 2010

7 Cara Kekalkan Tenaga Sepanjang Hari

CPFZ | 12:30 |
1. Ambil serat ketika bersarapanSarapan kaya serat membuat anda lebih berwaspada dan peka sepanjang hari.


2. Minum sedikit latte perlahan-lahanKafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuat anda tetap berwaspada dan fokus lebih lama.


3. Minum secawan tehPaduan kafein dan asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental dan meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi dan daya ingatan. Teh hitam membantu mengurangi stress.


4. Kerap makanMakan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap 3-4 jam untuk memastikan kadar gula darah tetap tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga atau makan berlebihan akibat terlalu lapar.


5. Minum air putihMenjaga keperluan pengambilan air merupakan cara termudah menjaga kadar tenaga dan konsentrasi.


6. Jalan 10 minitSebuah kajian menunjukkan bahawa berjalan seketika boleh menjaga anda tetap segar sepanjang hari.


7. Dengar muzikKurang fokus ketika bekerja? Cuba dengar muzik. Sebuah kajian mendapati pekerja 10% lebih produktif ketika mendengarkan muzik berbanding tanpa muzik.


Sumber petikan MW (23 – 29/04/2010)

09 May 2010

Kala tengah malam

CPFZ | 02:26 |
...aku akan ber'blog'ing dan mencari idea-idea untuk post sesuatu isu.
Mungkin waktu paling sesuai aku ber'blog'ing adalah waktu tengah malam, sebab masa ni laa kelajuan broadband yang aku guna ni berkali ganda lajunya berbanding waktu siang.

Sambil aku menaip ni, kepala otak ni memikirkan macam-macam hal.
1) Kerja apa yang aku boleh dapatkan untuk sementara waktu ni?
2) Bersedia ke aku untuk hidup bekerjaya?
3) Camne hidup aku nanti bila dah bekerja?
4) Hmm, bila pulak jodoh aku akan sampai? (yang ni, soalan cepu emas,hehehe..)

Ada lagi soalan yang berlegar-legar dalam kepala ni..tapi yang tu jelaa aku taipkan.
Haa..ni aktiviti aku, dari dulu lagi.dah bermula pun, cuma tak aktif je.
Aku pernah hasilkan cerpen dan beberapa sajak, tapi tu dah 4-5 tahun lepas.so sekarang aku plan nak aktif semula dalam bidang nih.
Tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak buat cerpen.tapi setakat cerpen jelaa.tak larat nak buat novel.baca novel aku memang no hal punya..!ehehehe...

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.