CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 September 2012

Kosong, kosong, oooo...

CPFZ | 21:10 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Erm, pertamanya..
tak tahu nak taip apa dalam entri ni.

Yang kedua, urrmmm..
pun tak tahu nak taip amenda, kosong tetiba.

Ketiga tapi bukan keempat,
ok, macam dah bercahaya, petunjuk tu seakan mendekat,
lagi sikit, ye, mari, mari..
ouhhh, semakin jauh petunjuk tu tinggalkan aku, haih.

Barulah yang keempat ni,
bukak mata leluas, tenangkan fikiran bak air terjun yang mengalir tu,
dengarkan suara unggas dan alam, kicau burung yang merdu,
"oiiiii! melalut jauh benor la hai,"
dan sekali lagi terbanglah idea-idea, huuu~


Lastly, ok, yang ni kasi betul-betul punya.
jauh di pedalaman kawasan di sudut hati,
tetiba muncul satu perasaan, tak tahulah nak gambarkan macam mana,
diluah ke, ditelan ke, yang merasanya opkos ler aku sendiri,
bukan korang rasa pun..
resign dari dunia blog?
entahlah...............

Imbasan era sebelum matang

CPFZ | 08:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Entri ni bakal mengimbau zaman sebelum matang dulu-dulu.
Sila jangan muntah hijau di depan laptop atau PC korang.

Hmmm..
zaman kanak-kanak, main pondok-pondok, main teng-teng,
main dam ular, main kejar-kejar, biasa lar kan?
plak main dengan kazen,dengan anak jiran depan rumah, memang seronok tak hengat.
selamber rock je, pakai skirt, free-hair, tee lengan pendek,
ahh, zaman kegemilangan sungguh waktu tu, tak siapa kesah pun!
selagi tak jatuh, tak luka, patah kaki-tangan-leher,
selagi tu la takde siapa peduli, haha!

sumber : Google
zaman kanak-kanak yang meriah, haha!

Dulu, kecik-kecik, mana peduli nak salam dengan siapa pun,
mana kesah nak free-hair ikat rambut tocang, ekor kuda depan orang,
mana kesah pakai skirt paras lutut, pakai seluar pendek kat rumah atok-nenek atau keluar rumah main dengan jiran sebelah tu..
yelah, kanak-kanak belum matang katakan, tak reti lagi dosa-pahala nih,
semua balun selamber kaw-kaw!

Sekarang? ohoho, dah matang kot? takkan buat dono je pasal tu semua?
mungkin ada setengah yang tak kesah, yelah, memasing kan?

Kesimpulan?
pepandai la fikir, maklum la kan, alam kanak-kanak tak sama dengan alam remaja dewasa,
mana yang baik, cantik, molek, itulah yang diikut, diamalkan,
mana yang tak elok, haruslah ditinggalkan,
sesuai mengikut syariat agama Islam.

okeh, takde yang muntah hijau kan? good!
ahaksss..


FS :
dulu, rapat dengan kazen-kazen, kecik-kecik semuanya selamba dek,
tetiba sampai transition phase dari free-hair kepada pakai tudung,
agak kekok sikit di situ, tapi lama-lama biasa dah, heee~

05 September 2012

Wordless Wednesday : 10 : Bendera Mana Milik Kita?

Muhammad Akmal | 02:04 | |

Assalamu'alaikum.


Bismillah.


Awak semua tau tak, umat Islam ada bendera dan panjinya yang tersendiri? Bendera yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu negara? Bendera yang membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia menuju kepada perhambaan kepada Allah?


Gambar ini ada jawapannya :








:]



04 September 2012

Zina : Kategori dosa besar

CPFZ | 10:34 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Entri kali ni, mungkin agak berat sikit, namun sekadar berkongsi sedikit pengetahuan.
Maklumat diperoleh dari sumber yang sahih.
Andai ada persoalan, silalah tanya, insyaallah, boleh kita bincangkan.
Jikalau terlalu rumit, harus dirujuk pada yang lebih pakar.

bayi yang dibuang - mungkin hasil penzinaan

Cara menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang :
> Menjauhi zina
> Menjaga pandangan
> Menghindari bersalaman dengan wanita
> Menghindari khalwat dengan orang asing (bukan mahram)
> Menjauhi tempat-tempat yang membangkitkan fitnah

Manfaat dari menjaga diri :
> Kemenangan dengan pahala yang besar
> Kemuliaan dan kedudukan tinggi di dunia
> Keluar dari kesukaran dan kesulitan


Jangan Dekati Zina
Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
surah al-Isra' : 32

Zina pada pandangan syariat
Seorang lelaki menggauli seorang wanita yang tidak dinikahinya dengan pernikahan yang sesuai dengan syariat.
Zina termasuk dalam golongan dosa-dosa besar kerana menduduki peringkat ketiga dalam kategori dosa-dosa besar setelah syirik kepada Allah dan membunuh.

Hukum Zina
Zina termasuk dalam perbuatan yang sangat diharamkan kerana telah melanggar larangan Allah dan mencemarkan kehormatan kaum muslimin. Oleh itu sebabnya Allah menggandakan dan memberatkan hukuman bagi pelakunya.

Lelaki yang berzina tidak menikahi melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dinikahi kecuali oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.
surah an-Nur : 3 

Hukuman bagi penzina
1- Penzina yang belum menikah
Diputuskan telah berzina berdasarkan ikrar dan pengakuannya, ataupun berdasarkan pengakuan saksi yang sesuai dengan ketetapan syarak.
Hukuman adalah sebat sebanyak 100 kali serta diasingkan dari negerinya selama 1 tahun.

2- Penzina yang sudah menikah
Hukuman rejam dengan batu sampai mati.

3- Penzina yang sedang hamil
Jika penzina (perempuan) hamil, tidak akan dilaksanakan hukuman sehingga dia melahirkan.

Syarat pelaksanaan hukuman zina :
1- Berakal : tidak dilaksanakan hukuman sekiranya penzina itu gila
2- Baligh : tidak dikenakan hukuman sekiranya ia masih kecil atau belum pernah bermimpi
3- Bukan dalam keadaan terpaksa : tiada hukuman bagi orang yang terpaksa

Implikasi perbuatan zina
1) Bercampur nasab keturunan
2) Tersebar fitnah dan perkelahian
3) Tidak ada penghormatan masyarakat terhadap penzina
4) Merosakkan keluarga dan melenyapkan kemuliaan manusia

Berwaspada terhadap zina
1. Memelihara pandangan
2. Menghindari berkhalwat dengan bukan mahram
3. Menghindari pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
4. Menghindari tabarruj dan menampakkan perhiasan
5. Tidak memakai haruman di tempat umum (wanita khususnya)
6. Tidak boleh berlemah lembut daam berbicara
7. Menutup aurat
8. Melihat aurat

sumber : Bagaimana Mengawal Gelora Syahwat - Pustaka Azhar (2009)

02 September 2012

Marhaban dan duit raya

CPFZ | 09:10 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai semua,
lately, bizi sikit dengan program kat rumah,
jumaat dan sabtu ada marhaban kat area kompleks tempat saya tinggal,
plus kawan si angah pun datang untuk stay di rumah kitorang sebab nak pegi kenduri kawen pegawai Palapes diorang.

marhaban jumaat malam

Jumaat malam sabtu rumah kitorang tersenarai dalam list kelompok pertama,
seharian ler bizi memasak dan buat persiapan,
sabtu malam ahad plak kelompok kedua, kitorang tak perlu lagi memasak,
sebab dah masak hari semalamnya.

Phewww.. penat, tapi tak kesahlah, setahun sekali je pun buat marhaban macam ni,
tahun akan datang entah sempat ke tidak berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal,
buat marhaban macam tahun ni.

sampul semata-mata

Kanak-kanak pasti eksaited, sebab bila ada marhaban, dapat duit raya,
tapi entah kenapa, saya pun dapat jugak, kih kih..
tak banyak pun, at least dapat la kan, daripada tak dapat langsung, ye kan?
ini kali kedua kot join marhaban ni, sebab tahun dulu-dulu tak sempat join,
maklum jela, masa tu masih student, cuti raya pun seminggu je, pastu balik kampus semula.


FS :
rezeki Tuhan nak bagi, bila-bila je, cuma lambat atau cepat

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.