CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 July 2010

Tak disangka...

CPFZ | 12:51 |
Tenang. Mendamaikan. Tiba-tiba...

‘Hello, dear. By ada sesuatu untuk sayang,’ kedengaran suara excited di hujung talian.
‘Hello By. Oh, apa dia sesuatu tu, By?’ aku turut menjadi excited.
‘Sabarlah sayang, By bagi hint. The keyword is marriage,’ terdengar satu ketawa nakal.
‘Ala By, janganlah main-main camni. The details..?’
‘Opss, I’ll explain it after we meet,okay honey. Dear kat mana tu? By datang jumpa Dear, ok?’ saat itu senyumanku semakin lebar.
‘Dear jangan pergi mana-mana ok? By dah on the way ke tempat Jue. Take care sayang,’ balas suara itu. Talian diputuskan. Aku menunggu dengan riang.

Sejam kemudian...

‘Hello, assalamualaikum, Jue....’ suara esakan yang kudengar. Hairan.
‘Waalaikumussalam, Ma. Kenapa Ma menangis ni?’
‘Jue...Ma, Ma...tak tahu macam mana Ma nak cerita, nak. Jue...,’ terasa debaran di dada. Kali ini terdengar suara lelaki.
‘Dear Jue, this is Pa. Jue, Pa minta Jue datang cepat ke Pusat Perubatan UKM, you know it, right dear? Pa akan tunggu Jue kat main entrance,’
‘Pa, apa sebenarnya semua ni? Jue tak faham, Pa. Please Pa, tell me more..’
‘Jue, no dear. Pa akan jelaskan bila Jue dah sampai sini, but somehow, please drive careful my dear, okay? I’ll waiting for you,’ usai, talian diputuskan.

Dua jam berikutnya...

‘Pa, apa dah jadi ni, Pa?’ soalan yang diajukan sebaik sahaja Jue berada di hadapan lelaki itu.
‘Jue, mari kita masuk dulu, ye sayang. Nanti Pa ceritakan,’
Mereka segera menuju ke ruang menunggu. Kelihatan Ma dan Abang Long berada di situ.
‘Ma, Abang Long..please tell me..,’ mata Jue sudah pun digenangi air. Segera Ma memeluk Jue.
‘Jue..Ma sendiri tak sangka, nak. Ma sangat terkejut.. Long, kau ajelah ceritakan,’ Ma yang mula menangis, segera dipeluk oleh Pa. Abang Long mengambil peranan bercerita.
‘Jue, sebenarnya, Zufry excident,’ pendek ayatnya.
‘What?? Jue salah dengar ke ni? Zufry excident? Abang long jangan main-main,’
‘Tak Jue, abang tak main-main hal ni. Kalau tak, kenapa kita ada kat sini?’ tanya Abang long pula.
Jue kaget. Tersedar. Hospital! Ah..apa semua ni?


pstt : ni bukan cerpen, tp sejenis cerita rekaan, ala-ala cerpen la kot, hehe...



Haa....kesudahannya ada kat aku, tp aku malas nak postkan...hehe..
Sebabnya, aku saje je buat cereka camni..kenapa plak aku saje buat ni?
Sebabnya aku nak tahu, agaknya kalau kejadian spt ni berlaku kat diri kalian, apakah perasaan kalian?
Apakah yg kalian akan buat bila ia terjadi dalam hidup kalian, sedangkan anda mengharapkan sesuatu yg maybe lebih dari tahap ni?
Selalu kita baca kat paper, tunang meninggal dunia, samada sebulan, seminggu atau 2-3 hari sebelum melangsungkan pernikahan. Mak aih, sedihnya...kalau dua-dua meninggal tak pe jugak, ni salah sorang..tp apakan daya, dah ajal, tak boleh laa nak marahkan Tuhan..redha adalah yg terbaik...
Maybe ada hikmahnya Tuhan menentukan sebegitu...

Kepada kalian yg ada pasangan, aku ucapkan semoga kalian berbahagia sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya sama2 meniti alam rumahtangga hingga ke akhir hayat..... (^_^)

07 July 2010

10 Makanan Sihat

CPFZ | 11:04 |
1. Brokoli - Pencegah kanser serviks
* Kandungan asam folat yang tinggi menghentikan virus pencetus kanser serviks.
(Kajian - University of Alabama)

2. Bayam - Pelindung mata
* The National Ins. of Health mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, possibility untuk menghidapi risiko masalah penglihatan adalah lebih rendah.

3. Bawang putih - Pelindung prostat
* Bahan kimia yang terkandung dalamnya terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 50%.

4. Daging merah - Menyuburkan rambut
* Zat besi dalam daging merangsang pertumbuhan rambut. Terdapat juga unsur zink yang membantu melindungi rambut dari keguguran.

5. Kopi - Perangsang otak
* Merupakan sumber antioksidan, dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sehingga 60%, bukanlah sehingga bergelas-gelas setiap hari.

6. Teh hijau - Penjaga payudara
* Based on kajian ahli biokimia dari Boston University, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.

7. Tempe - Mengusir penyakit degenaratif
* Tempe kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Juga mengandungi antibiotik yang menyembuhkan infection dan antioksidan yang melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronari dan sebagainya.

8. Kentang panggang - Menurunkan tekanan darah
* Signifikasinya dapat menurunkan tekanan darah kerana kandungan natrium (Na) yang rendah iaitu 0.4mg/100g.

9. Keju - Elak ancaman karies gigi
* Kajian menunjukkan keju boleh meningkatkan kadar pH untuk melindungi gigi dari ancaman karies.

10. Lobak merah - Penyelamat kulit dan jantung
* Kajian di National Ins. AS, menemukan bahawa mereka yang banyak mengambil karotenoid pigmen yang ada dalam lobak merah, risiko untuk terkena kanser kulit adalah 6 kali lebih rendah.



(Sumber : Remaja/01 Mei 2010)

03 July 2010

Terima kasih semuanya......

CPFZ | 11:46 |
Ke hadrat Mu aku bersyukur..atas peluang yang Kau berikan padaku...

Mula-mula ingat nak buat ayat skema, tapi mesti nanti orang bosan nak baca..huhuhu...
Emm, kenapa aku buat title macam kat atas ni? tahlah, yang sure aku berterima kasih kepada Tuhan kita, iaitu Allah..kerana Dia telah bagi aku peluang yang aku sendiri tak sangka. Yelah, macam orang bagi kita hadiah, mesti terkejut sebab tiba-tiba je dapat hadiah, kita mesti tak sangka. Macam tu laa perumpamaannya..hehehe...

Alhamdulillah..aku sendiri tak sangka akan benda ni. Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, mak cakap ada surat dari JPA. Aku ingat surat apa, rupanya surat panggilan interview. Mak bukak surat dan bacakan apa yang ada kat dalam tu. Aku dipanggil interview akhir bulan julai ni kat Putrajaya untuk Q41 (Sains Pertanian). Huh, apa dia la Q41 tu..haa, ni kod untuk jawatan Pegawai Penyelidik.. Interview apa ni ye?hmm..aku pun baca la surat tu tadi, jawatan ni under MACRES atau dikenali sebagai Malaysian Remote Sensing Agency (MOSTI). Aku punya la macam tak percaya..mak aih, remote sensing??? aku pun teringatkan subjek last semester yang aku amik (Percision Agriculture) yang diajar oleh Dr. Anuar dan Dr. Siva. GPS, GIS, dan tah apa-apa lagi..pergghh..pening belajar subjek tu, tapi best sebab ada assignment yang membantu, walaupun exam tak dapat markah bagus..huhuh...

Nampaknya aku kena buat homework berkenaan tugas dan agensi remote sensing nih. Pastu kena cari balik nota-nota dan assignment subjek Percision Agriculture yang pernah dibuat 1 masa dulu, buat revision, nak fahamkan..yelaa, nanti masa interview taklah tergagap nak menjawab hal yang berkaitan. Emm, lagi kena buat latihan oral, kalo kena interviewer speaking nanti, payah gak kalau tergagap speaking..buat malu la pulak..huhuhu.... Tak lupa jugak, dressing kena kemas..ehehe, kasut bertutup kena beli..folder dan sijil-sijil nak kena update..banyak hal nak kena settlekan untuk interview nih...hmm....

Ye, walau apa pun, aku berterima kasih kepadaNya atas peluang ni. Terima kasih jugak kepada mak abah dan keluarga yang menyokong dan memberi semangat. Dan terima kasih kepada kawan-kawan dan orang yang turut menyokong aku.. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..amiinn.....


Terima kasih semua.. Sayang kamu semua..

30 June 2010

YANG SEMPURNAKANKU

CPFZ | 12:41 |
Hidup manusia di dunia ni, bukanlah setiap masa sentiasa lurus, bahkan banyak liku-liku dan cabang, yang bisa menyesatkan. Pilihan yang terbaik tak semestinya dipilih dari jalan yang nampak elok dan indah dari luarannya je.

Aku bukanlah manusia yang sempurna, malahan diri ini kekurangan dari serba-serbinya. Namun begitu, kita punya pilihan; apakah yang kita mahu? terbaik atau selamanya di kedudukan paling lemah? Kita punya pilihan, dan setiap pilihan itu telah pun ditentukan jalan hidup yang dinamakan takdir.






Yang Sempurnakanku

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi di hatimu




pstt : sangat suka lagu ni, sangat best . . . . .

17 June 2010

Perkara Yang Tak Disukai

CPFZ | 11:49 |
Hmm, banyak perkara yang tak disukai, tapi takkan laa aku nak taip semuanya kat sini.
Antaranya:

1) Bila tiba bab internet dan online, perkara yang paling tak disukai ialah network yang tak bagus (sangat teruk!), nak buka email tak boleh, nak online banking pun tak boleh. Takkan setiap kali online, nak ngadap facebook semata-mata?? oh, bosannya..!! (Maxis Broadband macam hampeh pun ye..)

2) Banyak benda yang perlu disettlekan terutama yang berkaitan dengan UPM dan JPA, tapi semuanya masih belum berjaya disettlekan. Pengesahan senat dah keluar, tah bila dapat gi amik sebab aku bercuti Ahad. Lapor diri kat JPA pun belum settle, belum pos dokumen-dokumen yang diorang nak. Aduss...malas betul nak fikir pasal ni..

3) Masuk bab berkawan dan bercinta plak, yang ni elak laa macam mana pun, pasti akan datang jugak. Serba salah jadinya (luah mati emak, telan mati ayah)..yelaa, berkawan, berkawan jugak, tapi soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa. Bila aku dah cakap macam tu, tetap macam tu setakat itu selagi aku tak ubah apa-apa yang sebelumnya. Berapa kali nak sebut benda yang sama?haish..aku tak suka camni..

Untuk yang lain-lain, tak perlulah aku letak kat sini. Cukuplah untuk berkongsi setakat 3 yang kat atas ni. Apa pun, aku kena cuba atasi perkara yang di atas semampunya dan maybe take time yang aku sendiri tak tahu sampai bila.

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.