CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2013

Post terakhir di tahun 2013

CPFZ | 23:19 |

Selamat menghadapi tahun baru yang makin mencabar.

notakaki :
kurang 2 minggu untuk bertukar status


cik FS via Blogaway

24 July 2013

'Sahur' untuk Mati

Muhammad Akmal | 23:35 | |
Bismillah.


Assalamu'alaikum wbt.


Apa khabar semua? Baik? Alhamdulillah kita semua diberi peluang melalui pertengahan Ramadhan. Saya yakin ada antara kita yang tak perasan Ramadhan berlalu begitu pantas, dan ada yang dah mula merindukan, menginginkan agar Ramadhan berlangsung lebih lama. Pada saya, dua-dua saya rasa. Tak sangka hari ni dah 15 Ramadhan, saya berharap ianya berlangsung lebih lama. Sebab terlalu banyak kelebihan bulan ni, dan saya secara peribadi ada perkara yang saya nak selami di bulan yang mulia ni. Apa tu? Rahsia…Hehe.


Apa pun moga segala amal kita niatkan ikhlas kerana Allah Taala, dan diterimaNya. Amin.



Tajuk kali ni ganas tak? ‘Sahur’ untuk mati? Lain macam aja bunyinya kan. Artikel kali ni, sama macam yang lepas. Sangat unik. Saya ambil orang lain punya, dengan sedikit edit. Sumber asal saya akan sertakan pada bahagian bawah sekali. Jemput baca…


= = = = = =


Ramadhan adalah sebuah 'sekolah' yang 'didirikan' Allah untuk mendidik kita, hamba-hamba-Nya yang BERIMAN, untuk menjadi BERTAQWA. Seperti termaktub dalam kalam sucinya, Al-Baqarah ayat 183.



Dengan apa Allah mendidik kita di bulan ini? Dengan puasa, dengan lapar dan dahaga, dengan menahan sebagian yang dihalalkan di siang hari bulan lainnya, dengan tarawih di malam harinya, dengan memperbanyak amalan sunnah di sepanjangnya, dengan meninggalkan yang sia-sia di sebentangnya.


Oh iya, jangan lupa, Allah juga mendidik kita dengan sahur di awal pagi, dan berbuka di petang hari. Ya, kedua hal itu penuh pelajaran bagi yang mau membuka mata dan menyalakan nurani.


Di edisi ini, izinkan saya menuliskan sedikit inspirasi, yang terselip di balik piring makan sahur kita.



Sahur, ia sungguh penuh inspirasi. Mengapa kita sahur? Bukankah rasa mengantuk meliputi mata? Bukankah setengah fikiran masih tertingal di alam mimpi kita? Bukankah rasa lelah masih meremukkan raga? Sahur itu berat bukan?


Jawapan atas pertanyaan itu, akan mengantarkan kita pada sebuah kesimpulan yang menghantam kesadaran, selama kita membuka mata dan menyalakan nurani.


Mengapa kita sahur? Sebab itu sunnah Rasulullah. Ah, sepertinya bukan semata karena ia sunnah. Tahajjud juga sunnah, i'tikaf juga sunnah, bershadaqah juga sunnah, ziarah kubur juga sunnah, silaturrahim juga sunnah, tilawah al-Quran juga sunnah. Tidak semua kita kerjakan bukan? Artinya, ada alasan lain yang menggerakkan kita untuk melakukannya.


Sepertinya, lebih banyak yang makan sahur dengan sebuah pertimbangan logik, bahawa esok hari, tidak ada kesempatan makan lagi, hingga berbuka di petang nanti.


Tepat! Itu sangat masuk akal. Kita faham betul bahawa setelah masuk waktu berpuasa, tidak ada lagi kesempatan untuk mengisi perut dengan nutrisi, tidak ada lagi kesempatan untuk menikmati lazatnya masakan isteri, hingga azan maghrib menenggelamkan mentari.


Pertimbangan itulah yang 'memaksa' kita bangun dan makan di pagi buta. Sebab, kita meyakini betul, bahwa saat inilah kesempatannya. Ya, kesempatan satu-satunya.


Tapi kan mengantuk? Tapi badan terasa remuk? Tidak peduli, sebab inilah satu-satunya kesempatan untuk membekali diri, untuk menghadapi siang tanpa kesempatan makan-minum esok hari.


Sahabat, dalam konteks lebih luas, semestinya kesadaran itu mengguncang nurani kita. Mengapa? Sebab, kita akan menghadapi masa yang lebih panjang dari puasa, yang tidak ada kesempatan berbekal di sana.


Masa yang lebih panjang dari puasa itu adalah, masa tak menentu semenjak kita menghembuskan nafas terakhir, hingga waktu pembalasan di hari akhir.


Jika sebelum puasa selama sehari saja, kita menyiapkan bekal yang cukup untuk menjalani puasa, apa yang semestinya kita lakukan untuk menjalani masa yang lebih panjang dari itu?


Tersebab kita tahu bahwa setelah imsak tidak boleh makan dan minum untuk mengisi nutrisi, maka kita makan sahur sebelum imsak untuk menyiapkan diri.


Dengan logik yang sama, oleh sebab kita tahu bahwa selepas kematian tidak ada kesempatan untuk beramal buat menyiapkan diri, maka kita mesti menggunakan waktu hidup ini untuk membekali diri, untuk dibawa ke akhirat nanti.


Itu kesamaan konsep antara puasa dan kematian. Adapula bezanya. Kita mengetahui secara pasti bila puasa bermula dan berakhir. Bermula ketika fajar, dan berakhir di waktu petang. Kita tahu itu. Tapi, siapa yang tahu, bila bermula dan berakhirnya alam kubur? Siapa yang tahu bila kita mati dan bila dibangkitkan kembali?


Kita boleh menunda sahur, sebab kita dapat memperhitungkan bila waktu sahur berakhir. Namun, bolekah kita menunda taubat, sedang kita tidak tahu bila hidup kita berakhir?


Inti dari pelajaran ini adalah, satu-satunya kesempatan untuk menyiapkan bekal menghadapi akhirat adalah ketika hidup di dunia ini. Sebab, kita tidak boleh melakukannya ketika mati.


Tersebab kita tidak tahu bila maut menghampiri, maka tidak ada kesempatan lain bagi kita untuk menyiapkan bekal, kecuali hari ini, saat ini. Sedang esok hari, hidup pun kita belum pasti.


Bila menutup aurat? Bila bertaubat? Bila meninggalkan riba? Bila mencampakkan hukum selain dari hukum Allah? Bila memperjuangkan sempurnanya Islam dalam naungan Khilafah? Sekarang. Jangan menunggu mati. Sebab setelah mati, tidak ada kesempatan lagi.


Sebelum berpuasa, sahurlah. Sebelum mati, berbekallah.


The MoveTivator.
Blog: abayabuhamzah.blogspot.com.
Facebook & Fanpage: Abay Abu Hamzah.
Twitter: @abayabuhamzah

24 June 2013

Jerebu! Apa pandangan Islam?

Muhammad Akmal | 01:23 | | |


Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Lama dah tak buat pengisian untuk blog ni, dah berhabuk. Sebenarnya saya masih ada hutang menulis sambungan artikel. Saya harap tak ada siapa yang marah. Hehe. Tapi, kali ini pun saya tulis bukan sebab nak sambung, tapi sebab kesian tengok bulan Jun. Maksud saya, entry untuk bulan Jun belum ada lagi, jadi saya taknak bulan Jun merajuk…


Penulisan bawah ni saya ambil saja dari satu page FB, - Who Stands for Islam? – dengan sedikit edit. Sebabnya, pada saya huraiannya istimewa. Oleh sebab isu jerebu masih famous, –malah sebenarnya makin teruk- jadi kita cuba kaji apa puncanya jerebu dan bagaimana Islam menyelesaikan masalah jerebu. Ini pun penulisan 4 hari lepas (20/6/2013), jadi minta maaf ya atas ketinggalan faktanya. Jemput baca…


. . .


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, sepaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [TMQ 30:41]





Jerebu Fizikal Kerana Jerebu Fikrah
==========================

Image : Sindiran dari Indonesia, tentang Jerebu – dikatakan bahawa pembakaran ladang adalah dilakukan oleh orang Indonesia tetapi dari Syarikat Malaysia dan Singapura.

Kualiti udara di beberapa kawasan di Johor, Melaka dan Selangor berada pada tahap tidak sihat apabila indeks pencemaran udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 100.

Berdasarkan bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 5 petang ini, kualiti udara di empat bandar utama Johor merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Kota Tinggi (166), Larkin Lama (152), Muar (172) dan Pasir Gudang (168).

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah bandar raya Melaka iaitu 161 dan Bukit Rambai (118) serta di Banting, Selangor (144).

JAS dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, punca kemerosotan kualiti udara di kawasan-kawasan yang mencatatkan peningkatan bacaan IPU masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya dan dijangka berterusan sehingga September ini.

Laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan peningkatan mendadak bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia iaitu 187 titik panas berbanding 113 kelmarin.

“Di Malaysia, sebanyak 26 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 iaitu di negeri Johor (satu), Kelantan (dua), Pahang (lima) dan Sarawak (18),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata, JAS telah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan di seluruh negeri Melaka, Selangor dan Johor berkuat kuasa serta-merta pada 19 Jun 2013 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Kawasan-kawasan di seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor adalah kawasan larangan bagi melakukan sebarang pembakaran terbuka kecuali bagi aktiviti tertentu iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar,” ujarnya.

Semua pihak digesa tidak melakukan pembakaran terbuka, membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,'' ujarnya.

Mereka yang disabitkan kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. [utusan.com.my]


Punca Pencemaran
----------------

1) Pembakaran dan kebakaran terbuka di kawasan Sumatra. Sehingga semalam ada 194 tiitik panas dari Sumatra.

2) Perubahan angin monsun Barat - Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Kalaulah benar bahawa Syarikat Perladangan dari Malaysia dan Singapura yang menyebabkan pencemaran mereka perlulah bertanggung jawab. Bukannya kita meletakkan kesalahan 100% kepada Saudara-saudara kita di Indonesia. 


Pencemaran – pandangan Islam secara umum.
-------------------------------------- 

Islam mengharamkan semua jenis ancaman dan gangguan terhadap individu, masyarakat mahupun umat. Gangguan ini boleh difahami dalam konteks pencemaran alam sekitar dan hukum yang diambil adalah sama dengan gangguan-gangguan dalam bentuk yang lain. Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Suatu perbuatan itu tidaklah boleh mengganggu atau merugikan orang lain dan tidak boleh dirugikan oleh orang lain’ [HR Ibnu Majjah]

‘Siapa sahaja yang mengganggu orang lain, maka Allah Subhanahu waTaala akan menimpakan padanya dengan perkara yang sama. Dan siapa saja yang membuat kesulitan terhadap orang lain, maka Allah akan menimpakan kesulitan ke atasnya’ [HR Ibnu Majjah]

Sekiranya sesebuah negara itu prihatin dengan penerapan hukum Allah, maka kejadian jerebu ini pasti boleh dielakkan. Pembakaran terbuka sudah pasti akan menyusahkan dan mengganggu pihak lain dan ini sudah tentu diharamkan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sebagai contoh di Indonesia atau di mana sahaja, sesebuah negara sewajarnya memastikan penggunaan cara alternatif dalam melapangkan hutan untuk penanaman. Sekiranya berlaku juga kebakaran, negara sewajarnya mengambil tindakan pantas dalam menghapuskan punca jerebu ini. Semuanya akan dilakukan atas dasar penerapan hukum syara’ yang diwajibkan keatas negara untuk menjalankannya. Namun apa yang kita perhatikan dalam kejadian jerebu kali ini, realitinya adalah jauh panggang dari api.

Begitu juga dengan pencemaran lain seperti pencemaran sungai, udara dan kejadian tanah runtuh yang begitu berleluasa di negara ini, ia seharusnya ditangani atas dasar penerapan hukum syara’ yang mewajibkan gangguan-gangguan ini dihilangkan. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

‘Hendaklah seseorang itu tidak buang air kecil di dalam kolam air yang tidak mengalir, lalu mandi di dalamnya’ [HR As-Syeikhan, Abu Daud, An-Nasa’i dari Abu Hurairah]

Konteks hadis ini boleh dikiaskan kepada apa sahaja yang boleh mencemari persekitaran seperti bahan buangan industri dan lain-lain lagi.
Selain dari itu, penerapan hukum ini juga hendaklah dijalankan di dalam bentuk pencegahan. Pendidikan massa dalam aspek gangguan pencemaran ini perlu ditekankan agar rakyat, secara individu dan masyarakat akan turut sama memastikan bahawa gangguan-gangguan seperti pencemaran dan yang lainnya tidak akan dilakukan.


Sebagai kesimpulan.
-----------------
Masalah jerebu yang melanda negara memanglah sesuatu yang amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila kejadian ini membawa pelbagai implikasi terutamanya masalah kesihatan yang secara langsung memberi kesan kepada kita. Kebimbangan ini begitu merasuk diri kita sehingga kita lupa tentang hakikat jerebu yang lebih merbahaya yang wujud di dalam aqidah dan pemikiran umat hari ini.

Terdapat hadis dari Aisyah RadiAllahu’anha dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud

‘Seorang muslim yang tertusuk duri atau yang lebih dari itu, maka Allah pasti akan menebus dosanya kerana musibah itu dan menggugurkan satu kesalahan darinya’

Sekiranya kita sakit akibat dari jerebu, sekurang-kurangnya kita boleh merasa tenang dengan implikasi hadis ini. Namun begitu, jerebu yang wujud di dalam pemikiran umat Islam boleh sahaja menjerumuskan kita ke neraka! Nauzubillahu min dzalik!

Jerebu pemikiran yang dimaksudkan adalah hilangnya pertimbangan di dalam diri umat hari ini bahawa penyelesaian permasalahan kehidupan ini seharusnya dikembalikan kepada hukum Allah. Tompok-tompok hitam sekularisme Barat, dengan bantuan tiupan angin monsun kapitalisme yang menghembus sepanjang tahun telah mengelabui pandangan umat hari ini tentang realiti sebenar kehidupan yang fana’ ini. Kita begitu mabuk dengan pemikiran Barat yang rosak sehingga lupa bahawa hanya kepada Allahlah akan kembali segala urusan.



Telah nampak fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [TMQ ar-Rum (30):41].


Petikan Kitab Tafsir
--------------------
Tafsir Al-Jalalain menghuraikan bahawa, “Telah nampak kerosakan di darat” maksudnya disebabkan terhentinya hujan dan berkurangnnya tumbuh-tumbuhan, “dan di laut” maksudnya di negeri-negeri yang banyak sungainya menjadi kering, “disebabkan perbuatan tangan manusia” maksudnya berupa perbuatan-perbuatan maksiat. Ungkapan yang bermaksud “supaya Allah merasakan kepada mereka” dapat dibaca لِيُذِيقَهُمْ dan لِنذِيقَهُمْ; ertinya supaya Dia/Kami merasakan kepada mereka “sebahagian daripada akibat perbuatan mereka” sebagai hukumannya “agar mereka kembali” bermaksud supaya mereka bertaubat daripada perbuatan-perbuatan maksiat.

Tafsir Ibnu Kathir memetik Abu al-‘Aliah berkata, “Barangsiapa mengingkari Allah SWT di muka bumi ini bermakna dia telah berbuat kerosakan di atasnya, kerana keadaan yang baik di bumi dan langit bergantung kepada ketaatan manusia terhadap Allah S.W.T”. Rasulullah S.A.W bersabda,

لَحَدٌّ يُقَامُ فِي الْأَرْض أَحَبّ إِلَى أَهْلهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوا أَرْبَعِينَ صَبَاحًا

“Sesungguhnya hukum Hudud yang dilaksanakan di bumi lebih elok untuk ahlinya berbanding mereka diturunkan hujan empat puluh pagi” [HR Abu Daud].

Menurut tafsir Ibnu Kathir lagi, hal ini kerana jika dilaksanakan hukum hudud tersebut maka ia akan menjadi pencegahan daripada melanggar batas-batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tambahnya lagi, jika manusia meninggalkan maksiat kepada Allah S.W.T, ia menjadi penyebab untuk mereka memperoleh keberkatan di langit dan di bumi.

Inilah pandangan Islam secara umum dalam menangani masalah pencemaran. Bukan sekadar mengwar-warkan ke sana-sini petikan kata-kata Karam Singh Walia, ‘hutan terbakar nampak berasap, hati terbakar siapa tahu’, sebaliknya, amat penting bagi umat Islam menyedari bahawasanya keuntungan dan manfaat bukanlah rujukan dalam penerapan syariat Islam untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Keredhaan Allah merupakan tujuan utama penerapan hukum syara’ yang pasti akan membawa maslahah(manfaat) kepada seluruh umat manusia. Akan tetapi, penerapan hukum syara’ yang kaffah(menyeluruh), merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam menangani masalah pencemaran, hanya boleh direalisasikan dengan berdirinya Daulah Khilafah Islamiyyah sebagai suatu kewajiban dan janji Allah yang pasti! 

Wallahua’lam.


p/s : Islam datang sebagai solusi, bukan hanya teori. Moga lebih ramai kembali pada penyelesaian Islam.


07 May 2013

Joran : Trip Sedili, Johor

CPFZ | 15:07 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Lama betul tak update blog, entri pun dah berkurun, haha.
entri fasal PRU-13? oh tidak, sila cari di blog lain.
layan kisah dan gambar yang ada ni, okeh? :D

1 Mei 2013 
Encik Tunang join satu trip untuk memancing di Sedili, Johor. beliau dan geng-geng mensasarkan untuk dapatkan ikan tenggiri (Narrow-barred Spanish mackerel).

ikan tenggiri

Sedikit maklumat tentang ikan tenggiri :
- keluarga dekat dari ikan tuna, madidihang, dan kembung
- Scomberomorus commerson, adalah spesies terbesar, boleh mencecah 220 cm panjang.
- badan memanjang dan pipih pada kedua belah sisi, dilitupi sisik kecil dan nipis, warna hijau kebiru-biruan di bahagian punggung
- muncung ikan tenggiri berbentuk runcing, dengan mulut lebar dan gigi tajam dan kuat pada kedua rahang atas dan bawah

berkumpul di Restoran Jenggo

bertolak ke Jeti Tanjung Sedili untuk menunggu tekong dan bot

pemancing-pemancing lain yang turut menanti bot memasing

Bot tiba pada jam 4 pagi, seterusnya proses pemunggahan barang bermula, dan bot terus bergerak menuju destinasi.

Seawal pagi, sesudah sampai di tempat pertama, ahli komplot akan meng-appollo ikan-ikan seperti ikan kembung, selar, tamban untuk dijadikan umpan.

Setelah mendapat ikan-ikan umpan, aktiviti memancing ikan tenggiri pun dijalankan.
untuk menjerat sang tenggiri teknik yang di gunakan adalah teknik drifting (teknik berhanyut umpan).

Pukul 7 pagi, joran Zulfadli disentap ganas oleh makhluk yang belum diketahui.

nampak sarat weh, hoho

tenggiri 10kg berjaya dinaikkan, yeah!

close-up bahagian muka tenggiri
tajam woo gigi, mau putus jari kalau digigit tenggiri~

Trip berakhir pada jam 4 petang, bot bergerak balik ke darat dan tiba di jeti sekitar jam 5.30 petang. Hasil keseluruhan target yang berjaya dinaikkan adalah 3 ekor tenggiri, berskala 3kg - 10kg dan 4 ekor ikan merah berskala 400g - 700g.

Ini merupakan hasil keseluruhan termasuklah ikan-ikan yang di-appollo diunjam untuk dijadikan umpan.

tenggiri 3 ekor

hasil keseluruhan berserta ikan umpan

Sesi pembahagian ikan dijalankan, dapat lebih kurang lepas dibahagikan, kira halal la kan.



FS :
pengalaman sebenar dan gambar ihsan encik tunang, karangan beliau yang di-edit semula oleh cik tunang, kihkihkih..

24 April 2013

Majlis pertunangan

CPFZ | 15:50 | |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Pertama-tama, alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi milikNya, sehingga ke hari ini, ke saat entri ini ditaip. syukur.

Yang keduanya, ribuan kemaafan kerana terlalu lama tak update blog, berhabuk dah (T_T)

Seterusnya, bersyukur juga sebab dah selamat melalui majlis pertunangan hari Sabtu baru-baru ini, alhamdulillah.

dalam bilik

Si dia text, katanya pukul 11.00 pagi baru keluar rumah, dalam setengah jam sampai.
ala, rumahnya tak jauh mana, setengah jam perjalanan je, hihi.

teman rapat sejak zaman sekolah menengah
- berminat? dia masih single :D -

Pihak lelaki datang bawa rombongan 7 biji kereta, tak termasuk si dia, sebab dia datang kemudian sikit, lepas yang atas rumah siap sarungkan cincin, berdoa, bergambar, dan tukar-tukar barang hantaran.

atok perempuan menyarungkan cincin

cincin tunang

Pung-pang-pung-pang, sedar-sedar je dah habis majlis. dalam setengah jam je gitu.
pihak lelaki diwakili pak sedara belah emak encik tunang,
pihak perempuan plak diwakili pak sedara belah abah.

bakal adik ipar

Kami takde pun ambik gambar berdua, dengan barang hantaran, dengan keluarga, apatah lagi dengan tetamu yang hadir.
terasa pantas masa berlalu, zassss! siap je berdoa, pihak lelaki terus menjamu selera.
menu? menu kampung je.
nasi putih, sambal kerang berkuah (aka sambal tahun), ayam goreng berempah, dan masak lemak labu.

hantaran dari kedua belah pihak

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.
terima kasih pada ahli keluarga, jiran yang membantu kemas, rewang kat dapur, sedara-mara yang datang jauh dan juga pada pihak lelaki.
semoga urusan jodoh kami dipermudahkan hingga majlis pernikahan dan selamanya.


FS :
jangan lupa mengundi 05 Mei 2013 nanti :)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.