CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 December 2018

Permulaan di Akhir Tahun

CPFZ | 10:49 |
Assalamualaikum, dan salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Lama benar tak bersiaran.
Bersawang sangat dah blog saya ni, huhu. 😌

Dan, 2018 dah hampir ke penghujung.
Lembaran baru bakal dibuka.
Bersediakah kita?
😀

Oh ye.
Sebelum terlupa, saya nak kongsikan berkenaan balm Tasneem Naturel.
Saya guna, saya jual, hihi.
Best, best!
👍🏻

Andai nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya ye.
Saya ejen di Iskandar Puteri, Johor.

Notakaki :
Nak kongsi gambar balm Tasneem kat sini, tapi tak tahulah kenapa tak boleh upload.
Makanya berhuhuhu jelah.
😅


14 June 2016

Setulus Nasihat Buat Muslimah

Muhammad Akmal | 13:09 | | |

Jagalah dirimu sebaiknya hai muslimah solehah

Walau sudah tertutup rapi raga dirimu

Tetap saja jangan kau tayangkan pada sesiapa

Kerna perhiasanmu itu bukan hanya pada wajahmu yang indah

Tetapi juga pada setiap inci tubuh

Setiap laki-laki pastinya tertarik dan memberi pujian pabila melihatmu

Namun sebenarnya hal tersebut bukanlah perkara baik

Melainkan ianya adalah fitnah yang sangat besar

Maka tahanlah dirimu daripada menayangkan apa yang telah kau lindungi

Tak perlulah kamu merasa iri terhadap para wanita

Yang lebih terbuka atau tertutup daripadamu

Andai saja mereka mendapat pujian terhadap apa yang mereka lakukan

Kerna kau tidak perlukan pujian sejuta laki-laki

Kau hanya perlukan daripada seorang

Iaitulah si dia suamimu

Dialah yang akan menjadi perantaramu ke Syurga

Ambillah para wanita ahli Syurga sebagai teladanmu

Kamu punya Khadijah, Fathimah

Itulah contoh teladanmu wahai muslimah solehah...





28 January 2015

Kelahiran putera sulung : Cerita 1

CPFZ | 23:48 | |

Assalamualaikum, salam sejahtera.
lama benar tak menepek entri dalam blog ni.
tersangat bersawang, entah cikti pun dah berumahtangga.
hukhukkkk~

Saya dengan rendah diri, nak berkongsi pengalaman.
pengalaman melahirkan putera sulung kami,
Ahmad Zuhayr Amsyar b. Mohd. Zulfadli.
:)

Lahirnya putera ini tanggal 01 Ogos 2014,
bersamaan 05 Syawal 1435, jam 2149.
kesayangan kami ini lahirnya pada usia kandungan minggu ke 28 iaitu 7 bulan, dengan berat 1.0kg.
sejurus dilahirkan, Amsyar terus dibawa ke bilik lain untuk dibersihkan, dipasang ventilator (alat bantu pernafasan) dan diletak dalam inkubator.

Seperti gambar, itulah Amsyar pada hari kedua selepas dilahirkan.
bernafas dgn bantuan ventilator oleh sebab paru parunya belum cukup matang, menurut kata doktor.
sayu hati lihat keadaan putera kami.
bukan sang ibu saja yang menumpahkan air mata, si ayah pun.

AllahuAkbar.. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati dan perasaan kami waktu itu.

............... cerita seterusnya akan disambung dalam entri akan datang, InsyaAllah ................


cikpuan FS via Blogaway

04 March 2014

Majlis Perkahwinan

CPFZ | 20:13 | |
nikah dan resepsi pada 10.01.14 dan 11.01.14
cerita kami pada 11.01.14

Alhamdulillah.
masih bernafas hingga saat ini.
kesian blog, dah berhabuk, huuu~
laptop dah lama uzur, tu yang payah dapat update blog.
ini pun untung, update guna tab via Blogaway.

ok. tak nak cerita panjang.
tuan tanah nak share gambar.
tak banyak, tapi ada la sekeping dua.
:)

akan datang ada kesempatan, akan ditepek entri baru,
insyaAllah.
hingga ketemu lagi.
daaaa~


cikpuan FS via Blogaway

30 December 2013

Post terakhir di tahun 2013

CPFZ | 23:19 |

Selamat menghadapi tahun baru yang makin mencabar.

notakaki :
kurang 2 minggu untuk bertukar status


cik FS via Blogaway

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.