CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 January 2015

Kelahiran putera sulung : Cerita 1

Farah Zahid | 23:48 | |

Assalamualaikum, salam sejahtera.
lama benar tak menepek entri dalam blog ni.
tersangat bersawang, entah cikti pun dah berumahtangga.
hukhukkkk~

Saya dengan rendah diri, nak berkongsi pengalaman.
pengalaman melahirkan putera sulung kami,
Ahmad Zuhayr Amsyar b. Mohd. Zulfadli.
:)

Lahirnya putera ini tanggal 01 Ogos 2014,
bersamaan 05 Syawal 1435, jam 2149.
kesayangan kami ini lahirnya pada usia kandungan minggu ke 28 iaitu 7 bulan, dengan berat 1.0kg.
sejurus dilahirkan, Amsyar terus dibawa ke bilik lain untuk dibersihkan, dipasang ventilator (alat bantu pernafasan) dan diletak dalam inkubator.

Seperti gambar, itulah Amsyar pada hari kedua selepas dilahirkan.
bernafas dgn bantuan ventilator oleh sebab paru parunya belum cukup matang, menurut kata doktor.
sayu hati lihat keadaan putera kami.
bukan sang ibu saja yang menumpahkan air mata, si ayah pun.

AllahuAkbar.. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati dan perasaan kami waktu itu.

............... cerita seterusnya akan disambung dalam entri akan datang, InsyaAllah ................


cikpuan FS via Blogaway

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.