buku saya, weee ~ |
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami,
-surah az-Zaariyat : 51
Nikah adalah sebahagian daripada sunahku. Siapa yang tidak suka kepada sunahku, dia tidak termasuk dalam golonganku.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari
Mana-mana wanita yang meninggal dunia ketika berada dalam keredhaan suaminya, wanita itu akan masuk syurga.
-diriwayatkan oleh Ibnu Majjah & at-Tirmizi
Pernikahan :
- penghargaan yang tinggi dari Allah swt
- iman yang sempurna semakin sempurna
- menghilangkan keresahan hati
- menjauhkan diri daripada maksiat
- bahagia hati mencari rezeki
Kahwinkanlah orang yang masih sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka.
- Yakinlah, bahwa rezeki Allah itu ada di mana-mana, usah takut miskin hanya kerana pernikahan.
- Belum ada pasangan yang sesuai? Ingat, semakin tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu perkara, semakin sulit kita mencapainya. Jika belum mendapat jodoh seperti yang diinginkan, mungkin diri belum menjadi seperti orang yang diharapkan.
Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga,tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga harum kerana sedikit madunya.Ramai lelaki tampan tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik,tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya.Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik, tetapi cantik dalam hati;oleh itu cantikkan hatimu supaya dicintai dan dirindukan oleh semua orang.
Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, iaitu kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya. Nikahi wanita yang taat beragama Islam, nescaya kamu beruntung.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i & Ibnu Majjah
Siapa yang menikahi wanita dengan niat menjaga pandangan mata, memelihara kemaluan dan menjalin tali silaturrahim, Allah pasti memberkati pasangan suami isteri itu
-diriwayatkan oleh at-Tabrani
*sumber : Apabila Hati Rindu Bernikah (PTS Millenia)
dah baca, dah baca.. hehe :)
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat =)
ReplyDeleteTerima kasih..