CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 February 2013

Wasiat dan mengundi : 1

Unknown | 22:08 | |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alright guys, it's already near to the end of February.
sooooooo long not to see and update this blog, huuwaaaaaaa~
and it's felt soooooo lazy to write down, me don't know why .. *sigh*

Haih, buang tebiat ke apa "mukaddimah" entri guna bahasa omputeh? haha.
ok, sila abaikan. agak mengarut di situ.

Berkenaan tajuk di atas. apakah itu?
jom tengok kejap. :)



Pernah anda melihat perkara yang dalam gambar di atas? 
pernah baca tentangnya?
dan apa kaitan antara wasiat dan mengundi?

Opss, jangan salah faham atau bertindak meng"condemn" saya.
saya hanya kongsi gambar tu, dan entri ni tak libatkan politik atau sebarang parti.
nak tahu apa 7 wasiat tersebut? tunggu esok, InsyaAllah. :)

FS :
blog sepi dan bersawang, sejak lepas sesi mencari barang dan cincin .. -.-"

08 February 2013

Perihal Cinta Pada Allah. (Menimbulkan Rasa Cinta ;1)

Muhammad Akmal | 00:51 | | | |

Bismillah.



Assalamu'alaikum.


Alhamdulillah, setelah lebih dua minggu tertangguh, hari ni dapat juga saya ambil cuti dan teruskan menulis. Penulisan ini adalah sambungan daripada bahagian yang lepas.


Bagaimana Mewujudkan Cinta pada Allah?


Pada bahagian ni, kita sampai pada persoalan ‘Bagaimana Mewujudkan Cinta pada Allah?’. Kenapa soalan ni perlu dijawab? Pada Bahagian Pertama ada jawapannya. Ingat lagi?


Mesti ramai yang dah lupa. Ianya adalah kerana cinta pada Allah adalah cinta yang Mafhumi, ia tidak hadir di setiap hati. Melainkan hati yang mengupayakan kehadirannya. Jadi, Insya Allah pada bahagian ni saya akan cuba membawa anda semua menjawab persoalan penting ini.


Ada antara pembaca semua yang  berpengalaman jatuh cinta? Jatuh cinta pada siapa-siapa la, cinta pada ayah, cinta pada ibu, cinta pada adik-adik, cinta pada suami atau isteri, cinta pada rumah, cinta pada kereta? Mesti ada kan. Tau tak macam mana boleh jatuh cinta? Adakah tiba-tiba boleh ter-jatuh cinta? Magik?


Tak mungkin boleh jatuh cinta tiba-tiba kan. Kalau difikir dalam-dalam, mesti ada 2 faktor yang akan menyebabkan seseorang tu jatuh cinta. Iaitu ; Kenal dan Sebab. Selalu dengar kan pepatah Melayu yang sangat feymes “Tak Kenal maka Tak Cinta”. Nah, tapi kalau hanya sekadar kenal, ramai juga orang yang kita kenal. Tapi tak semua kita cinta kan? Kenapa? Kerana kita akan perlukan suatu Sebab - Orang Putih kata Reason - untuk buat kita jatuh cinta.


Sebab untuk jatuh cinta tu, boleh jadi macam-macam. Dalam hati kita memang Allah dah tetapkan khasiat-khasiat untuk tertarik pada sesuatu. Dan ianya berbeza-beza pada setiap individu. Ada orang suka warna biru, ada orang suka warna merah. Ada orang suka perempuan pendiam, ada orang suka perempuan yang aktif. Ada juga orang yang mudah jatuh cinta. Lepas berkenalan, tengok hensem atau cantik, atau sempurna tutup aurat, atau pemalu, terus jek jatuh cinta…Hehe. Mungkin itu yang orang kata cinta pandang pertama.


Jadinya, dua perkara ni lah - Kenal dan Sebab - yang kita perlukan untuk mewujudkan pemahaman supaya kita dapat rasa cinta pada Allah. Sebelum dibahaskan, saya cuma nak ingatkan yang pemahaman tentang Allah ni hanya akan muncul bila awak sendiri lah yang memerhatikan, merenungi, memikirkan dan merasai. Saya cuma dapat bagi panduan, tak dapat nak paksa awak semua terima 100%.


Allah Swt telah memberikan manusia akal, yang mana membezakan kita dengan haiwan. Saya pernah membahaskan dengan ringkas berkenaan cara berfikir di penulisan Antara Manusia Dan Haiwan di bahagian bawah. Orang yang tidak ingin berusaha untuk berfikir mendalam akan terus menerus hidup dalam kelalaian. Namun perlu diingat, akal kita adalah terbatas, kita cuma boleh memikirkan perkara yang dapat diindera. Hanya mampu memikirkan keberadaan Tuhan saja, tidak akan mampu menjangkau Zat-Nya. Jadi, mari kita gunakan akal sebagaimana sepatutnya, iaitu untuk mencari keberadaan Tuhan, itu saja.


Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah saw bersabda ; “Berfikirlah pada makhluk-makhluk Allah dan jangan berfikir pada Zat Allah.” (HR at-Tabarani dan al-Baihaqi)




Rasulullah saw pernah bertanya tentang iman kepada seorang lelaki Badwi. Kita ketahui, Badwi adalah suku yang terkebelakang dalam masyarakat Arab.
“Bagaimana engkau membuktikan keberadaan Allah?” tanya Rasul.
“Dari kotoran unta ini.” Jawabnya.
(Al-Hadis)


Sangat sederhana. Seseorang beriman berdasarkan taraf berfikirnya, begitupun dalam mengambil permisalan. Dia menjadikan kotoran unta sebagai sarana untuk membuktikan keberadaan Allah. Ini bukan satu bentuk penghinaan. Apa yang dimaksudkan adalah adanya kotoran Unta, pasti adanya Unta yang telah membuangnya. Kotoran tersebut tidak akan muncul di tengah padang pasir tanpa sebab. Begitu juga dengan unta. Tidak akan muncul di tengah padang pasir tanpa sebab, pasti ada yang menciptakannya.


Jejak, itulah yang akan membawa kita menuju pembuktian keberadaan Allah. Begitu banyak jejak-jejak di alam semesta ini yang dapat kita jadikan sarana untuk membuktikan adanya Pencipta. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menuntut kita supaya berfikir terhadap benda-benda yang ada di sekeliling kita. Segala sesuatu di alam semesta beserta ciri-ciri yang ada pada ciptaan ini menunjukkan Ilmu dan Kekuasaan Allah, Maha Pencipta lagi Maha Agung.  Allah seringkali menyatakan hal ini dalam Al-Quran, di mana ditegaskan bahawa segala sesuatu yang diciptakan-Nya pada hakikatnya adalah Ayat, iaitu tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ayat-Ayat ini juga memiliki erti peringatan atau pelajaran bagi manusia.


“Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?” (TQS al-Ghasyiyah ; 17-20)


Salah satu Jejak dalam membuktikan adanya Pencipta adalah dengan merenungi penciptaan Unta. Ada apa dengan Unta? Salah satu ciri khas Unta adalah struktur tubuh yang sangat kuat dan tahan terhadap keadaan sekeliling yang paling ganas sekalipun. Unta mampu bertahan hidup berhari-hari tanpa makan dan minum. Mamalia ini dapat melakukan perjalanan jauh dengan beban ratusan kilogram di punggungnya selama berhari-hari. Di samping itu, Unta memiliki lapisan berlendir dalam hidungnya, dengan struktur hidung dan mata yang mampu melindunginya dari dimasuki pasir dan habuk.


Tapak kaki Unta memiliki ukuran yang lebih besar dibandingkan ukuran dan panjang kakinya. Kaki ini dirancang secara khusus dan sengaja diciptakan dengan ukuran besar untuk membantu berjalan di atas padang pasir dengan mudah tanpa terperosok. Tapak kaki ini memiliki bentuk melebar dan menggembung. Selain itu, kulit yang tebal pada tapak kaki tersebut merupakan bentuk perlindungan terhadap pasir gurun yang panas membakar.


Sedikit huraian tentang Unta di atas sepatutnya sudah mendorong kita untuk merenung sejenak ; apakah Unta melakukan adaptasi terhadap tubuhnya sendiri terhadap iklim padang pasir? Apakah binatang tersebut membuat sendiri lapisan lendir pada hidungnya, atau bonggol yang menjulang di atas punggungnya? Apakah unta merancang sendiri bentuk hidung dan struktur matanya agar mampu terlindung dari badai padang pasir? Unta sendirikah yang memilih jenis bulu untuk menutupi seluruh tubuhnya?


Sudah pastinya Unta tidak mampu untuk melakukan sendiri satu pun dari segala hal di atas atau sengaja menjadikan dirinya bermanfaat untuk manusia. Sudah pastinya, ciri-ciri Unta yang sangat unik dan istimewa ini pasti telah diciptakan oleh ‘Sesuatu yang lain’. Tidak mungkin ia ciptakan dirinya sendiri. Lalu siapakah Pencipta ini?


“Dari perut Lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikiran itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (TQS an-Nahl ; 69)


Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diambil lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.


Fakta bahawa madu adalah ‘ubat yang menyembuhkan bagi manusia’ telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferens Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di China. Dalam konferens tersebut dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu.


Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati pelbagai penyakit. Seorang doktor asal Rumania mengatakan bahawa ia mencuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 daripada 2094 pesakitnya sembuh. Para doktor dari Poland juga mengatakan dalam konferens tersebut bahawa propolis dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.


Sejak sekian lama, Lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali ganda lebih banyak daripada jumlah yang mereka perlukan. Mengapa mereka berbuat begitu? Untuk dibuang? Ianya tidak lain, adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang merupakan ‘ubat bagi manusia’ tersebut. Malah lebah telah membuat sarangnya di tempat yang boleh dicapai manusia, untuk manusia. Persoalannya, apakah Lebah menciptakan sendiri kepandaiannya membuat madu? Apakah yang memberi arahan pada lebah ini supaya membuat lebih madu dan membuat sarang di tempat yang mudah dicapai manusia?


“Dan pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (TQS adz-Dzariyat : 21)

Is this you?


Asal manusia dijadikan dari air yang hina, dikeluarkan dari tempat yang hina. Yang mana pada awalnya bentuknya hampir sama seperti berudu! Lalu membesar melalui beberapa proses sehingga terbentuklah seorang manusia. Apa yang menjadi bahagian daripada tubuh kita juga merupakan jejak akan kekuasaan Pencipta kita. Sesekali bercerminlah. Lihatlah betapa eloknya wajahmu, alis mata yang tebal menghitam, mata yang menenangkan, hidung yang mancung, bibir yang seksi, pipi yang tembam. Hehe, bukan ciri-ciri yang ada pada saya…


Sekali sekala kita fikirkan, kita mempunyai gigi. Gigi kita bila sampai panjang yang tertentu, takkan tumbuh lebih panjang lagi. Bayangkan jika gigi terus tumbuh panjang seperti kuku, maka apa yang akan jadi? Kikis gigi kita? Rambut kita pula misalnya. Hanya panjang di bahagian kepala, tapi tidak di bahagian tangan, kaki atau tapak kaki…Kenapa? Siapa yang menetapkan sedemikian rupa? Bagaimana pula dengan tubuh kita? Kaki yang direka sehingga kita mampu berdiri dengan stabil. Jari jemari yang boleh menggenggam kuat. Sendi-sendi yang membuat pergerakan kita sangat fleksibel. Lalu rasakan pula sel-sel darah yang setiap mili-detiknya dipam oleh jantung ke seluruh tubuh, mengangkut oksigen yang dihirup. Sangat rumit bukan?


Bayangkan pula betapa rumitnya sistem kerja otak kita. Cuba mengingat sesuatu di masa silammu, maka jutaan saraf sedang bekerja membongkar memori yang terpendam entah di bahagian otak yang mana. Masukkan sepotong roti dalam mulutmu, kunyahlah. Bayangkan berapa banyak sel yang bekerja untuk itu. Daripada deria rasa, hingga gerakan-gerakan untuk mengunyah dan menelan. Kemudian bayangkan pula betapa rapinya kerja organ-organ pencernaan kita yang membuat makanan menjadi hancur.


Ah, banyak sekali. Masakan ada manusia yang tak merasa takjub dengan kesemua penciptaan ini? Masakan ada manusia yang memikirkan ianya dicipta daripada proses evolusi? Dari Monyet? Alangkah bodohnya orang yang tidak beriman kepada adanya Pencipta ini. Lalu setelah diciptakan langit dan bumi dan segala isinya, adakah Pencipta ini telah membiarkannya berjalan sendiri tanpa aturan?


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (TQS ali ‘Imran : 190)



Lalu pada malam hari, dongakkan lah wajahmu ke langit. Perhatikan segala  ‘penghias kegelapan’ di atas sana. Betapa indahnya sinar sang Bulan. Betapa menenangkan pemandangan malam, dengan kilauan bintang-bintang dan planet-planet yang tetap setia. Lalu cuba pula perhatikan, pernahkah berlaku ‘kemalangan’ di antara mereka?  Tidak pernah bukan? Kenapa begitu? Sedangkan mereka semua saling berjalan dan berputar. Cuba bayangka jika diletakkan 500 biji kereta di satu simpang empat dan biarkan mereka berjalan sendiri. Pasti akan kucar kacir bukan? Malah mungkin akan berlaku kemalangan.


Nah, jadi bagaimana pula keadaan bintang dan planet yang begitu banyak di angkasa? Mereka tak punya mata, tak terdapat juga lampu isyarat, tapi dapat bergerak dengan begitu teratur dan aman? Ahh, tidak mungkin ia berlaku dengan sendirinya. Pasti ada sesuatu yang telah menetapkan Aturan untuknya. Pasti ada sesuatu yang telah Mengatur semuanya! Sekarang, Pencipta ini juga telah Mengatur alam ini ya?


Cuba fikir lebih jauh lagi. Kenapa ada malam ya? Kenapa tak pagi saja sepanjang masa? Hehe…bayangkan ya kalau hidup kita ni sentiasa terang dan panas. Entah-entah kita ni semua terpaksa cipta macam-macam benda untuk tampung ketiadaan malam. Dari barang untuk elakkan kita jadi hitam, rasa bagai digoreng, untuk elak dari kehabisan air, elak dari mati sebab tak cukup rehat dan tidur…atau boleh jadi kita dah mati dulu sebelum sempat cipta barang tu semua! Dahsyatnya kalau tak ada malam.


Nak tukar siang kepada malam pun bukan macam tekan suis On dan Off. Tapi berlaku dengan proses pergerakan Bulan dan Bumi yang sentiasa berputar dan mengelilingi Matahari dalam waktu yang sama. Kalau pun nak tukar siang dan malam tu pakai suis, maka siapa yang layak tekan? Manusia? Berperang besar la nanti jadinya. Masing-masing berebutkan suis tersebut. Siapa yang menang dapat lah memperhambakan manusia yang lain. Hehe, pemikiran kapitalis.


Malah kiraan putaran Bumi dan Bulan ini sangat tepat hingga malam tidak pernah mendahului siang, dan sebaliknya. Jika kejadian malam itu sendiri sudah sangat dahsyat, maka dahsyat lagi siapa yang telah Mencipta dan Mengatur seluruh alam ini untuk manusia.


Lalu siapakah Dia?


Sebenarnya bila kita telah mengakui bahawa adanya ‘sesuatu’ yang telah Menciptakan dan Mengatur seluruh alam ini, manusia dan kehidupan, maka menjadi kewajipan Dia lah untuk memperkenalkan diri-Nya. Iaitu lah melalui Rasul-rasul (Utusan) dan juga Kitab-kitab yang memberi penerangan, petunjuk buat manusia.


Rasul ini mestilah juga seorang manusia. Kerana manusia itu telah diciptakan memiliki beberapa naluri iaitu naluri menyembah, naluri berketurunan dan naluri mempertahankan diri. Memang manusia akan merasa takjub dengan sesuatu yang hebat. Memang manusia mempunyai rasa inginkan anak. Memang manusia selalu inginkan yang terbaik. Lalu pastilah Rasul ini juga seorang manusia, yang mempunyai naluri-naluri yang sama. Jadinya melalui Rasul ini, Pencipta lagi Pengatur ini akan mengajarkan manusia tentang bagaimana untuk menyalurkan naluri-naluri ini dengan penyaluran yang benar. Iaitu lah dengan Aturan-Nya, yang kita kenal sebagai Syari’at.


Lalu melalui Rasul ini disampaikan Ayat-Nya. Lalu dengarkan lah ;


“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (TQS an-Nisa’ : 170)


Dialah Allah, yang telah menciptakan Unta, Malam dan Siang sebagai manfaat untuk manusia.

“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (TQS Luqman : 20)


Dialah Allah, yang memberikan arahan pada Lebah supaya membuat sarang di tempat yang mudah dicapai manusia dan menjadikan madu untuk kebaikan manusia.

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada Lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia.” (TQS an-Nahl : 68)


Dialah Allah, yang telah memelihara bintang-bintang dan planet dari saling berlanggar, dengan menetapkan garis edar bagi seluruh alam semesta.

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (TQS al-Anbiya’ : 33)


Ahh…betapa hebatnya penciptaan alam ini, betapa luasnya kurnia Allah, betapa kerdilnya kita. Maka sampailah kita pada satu kesimpulan bahawa, di sebalik alam semesta, manusia dan kehidupan ini, pasti ada yang telah Mencipta dan Mengaturnya. Dialah ALLAH. Tuhan orang-orang yang beriman.


Ya Allah, Engkau lah Tuhanku, tiada yang disembah melainkan Engkau. Kepada Engkau lah aku berserah dan kepada Engkau lah aku berhukum…


Bersambung . . .


p/s : maaf sebab lewat dan agak panjang. Dah cuba ringkaskan.




*Ada di antara penulisan yang saya ambil terus dari buku kecil “Berakidah cara al-Quran” karangan ustaz Multazam dan “Menggenggam Bara Islam” karangan ustaz Abay Abu Hamzah. Mohon copas ya ustaz, ilmunya direct, pahalanya juga direct kan? Hehe.


04 February 2013

Di sebalik tarikh 04.02.2013 ...

Unknown | 19:41 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, dah masuk Februari. dah hari ke-4 pun.
dan ada kisah di sebalik hari ini. :)



Ada apa dengan hari ini? macam misteri je, tapi tak pun, hihi.
hari ini saya dapat seutas jam tangan, hadiah sempena hari lahir saya bulan Januari lepas.
memang ada niat nak beli jam tangan baru sebab yang ada dah rosak, 2 utas plak tu.
dan alhamdulillah, rezeki tak terjangka, si dia bagi hadiah jam tangan, best best! :D
mudah-mudahan, lepas ini ada lagi rezeki-rezeki yang tak terjangka. :)

FS :
nak tambah idea untuk buat review buku yang dengan klu 'Magnet Kebahagiaan'

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.