CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 January 2013

Walimatul urus dan kehidupan

Farah Zahid | 21:47 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Saya cuma nak berkongsi cerita, maklumat dengan pembaca soal perkahwinan.
ye, perkahwinan tuan-tuan, puan-puan. hehe.
walaupun saya belum dan takde pengalaman berkenaan kahwin, saya suka nak berkongsi.

ini gambar waktu sepupu perempuan berkahwin
Baru-baru ini, TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz, bersama Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz ada berbincang tajuk Walimatul Urus, dan saya tertarik dengan apa yang beliau kongsikan sewaktu menjawab pertanyaan tetamu di studio.
oleh itu, saya dengan suka hati dan rendah diri, nak juga kongsi sebahagian ilmu tersebut,
itu pun mana yang saya rasa ia perlu orang tahu dan sedar tentangnya. :)

Di awal topik, beliau menerangkan apa yang dikatakan dengan WALIMATUL URUS, kepentingannya dan perkara lain yang terkait dengannya.
berikut adalah antara isu yang diperjelaskan dalam slot Tanyalah Ustaz.

Servis WhatsApp dilanjutkan, yeay!

Farah Zahid | 11:02 | |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam ceria pembaca sekalian. hari ini hari terakhir dalam bulan Januari.
bersamaan 19 Rabiul Awal 1434 H. diharap semuanya baik-baik je. :)

Masih ingat entri saya berkenaan status Free Trial untuk servis aplikasi WhatsApp?
dan pengguna harus membayar $ 0.99 untuk melanjutkan servis selama setahun?
ye, dan kali ini saya cuma nak beritahu yang servis tersebut telah dilanjutkan tanpa saya perlu membayarnya sesen pun! menarik kan? hihi.

screenshot beberapa hari lepas

Saya sebenarnya tak pasti kenapa dan macam mana status servis WhatsApp saya tetiba berubah lepas saya dapat 1 notification,
dan automatik servis dilanjutkan untuk tempoh setahun secara FREE.
dan saya lega, sebab tak perlu bayar untuk itu.
pada pandangan developer, saya pengguna yang berhemah dan setia, barangkali? haha.

Pada pengguna yang lain, disyorkan untuk sentiasa menjenguk, dan alert dengan notification yang WhatsApp beri, mana tahu, servis anda dilanjutkan juga untuk setahun secara F.O.C? :)

29 January 2013

Masalah domain .my

Farah Zahid | 10:37 |


Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Pengumuman, ini penting ye.
oleh sebab domain .my bermasalah, saya dengan frust nya *haha, terma tak boleh blah kan*
menukar kembali blog saya menjadi blogspot.com.
harap maaf atas kejadian domain yang bermasalah walaupun bukan masalah saya sebenarnya, huhu.

O ye, ada 1 buku yang bakal saya review. buku apa?
ia adalah rahsia, tapi klu nya adalah "magnet kebahagiaan".
tentang apa itu? sabar ye. hihi.

FS :
kurang bernasib baik, tapi redha, pasti ada hikmahnya :)

24 January 2013

OTAK ORANG BERCINTA TIDAK STABIL

Awa'ish Bintuttam | 22:20 | |
Salam Cinta buat para blogger dan reader sekalian...hari ini Awa'ish nak membincangkan sebuah topik yang tidak akan pernah berakhir dan yang akan sentiasa dibincangkan dari zaman  ke zaman. Awa'ish yakin semua pembaca di sini pernah merasai cinta betul tak? (^_^) termasuklah Awa'ish sendiri. Kalau tak pernah tu, bukan manusia lah maknanya, haiwan pun ada perasaan cinta, hantu pun ada kisah cinta. Kalau tak pernah ada perasaan cinta, anda boleh disama ertikan dengan batu atau besi...jangan marah...

Tujuan utama bukanlah nak menceritakan kisah cinta Awa'ish kerana tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsi, cuma Awa'ish pernah jatuh cinta dalam diam-diam tanpa diketahui oleh si dia. Si dia pun dah jadi milik orang daaa...opsss tercerita pulak...hehe...sori...==> nah, ambik bunga merah sekuntum.

Untuk pengetahuan semua, saya banyak berdepan dengan orang-orang yang mempunyai masalah, terutama masalah percintaan orang yang sedang hangat bercouple...bergayut siang malam, berabang, bersayang, bermanjaan tak kurang pula bermama berpapa...ish3x...apa nak jadi orang seperti ni...xpatut3x...

Yang menjadi masalah kepada saya, mereka tak mahu dengar nasihat saya...keras kepala, tak makan saman, degil, rasa perbuatan mereka itu semuanya betul, bak kata mereka cinta itu buta. Butakah cinta? Tidak, cinta tidak buta. Yang buta adalah si pencinta itu sendiri. Nak bercinta tapi tak ada ilmu. Saya sendiri rasa pening dengan ragam dan kerenah mereka ini. Padahal Islam dah gariskan cara-cara bercinta dengan betul. Islam itu agama yang selari dengan fitrah, Islam tidak menghalang kita kalau nak bercinta tapi dengan syarat iaitu melalui jalan perkahwinan. 

Bila nasihat mereka macam tu, mereka pun jawab "ah...bosan lah...asyik-asyik Islam, tu tak boleh, ni tak boleh" ish3x...apa nak jadi dengan diorang ni. PERHATIAN! Bukan Islam yang mengongkong anda tapi minda anda telah dikongkong oleh budaya barat. Saya pun terfikirlah kenapa mereka ini sangat susah mendengar nasihat. Hari ini, saya telah mendapat jawapannya secara saintifik...dan jawapan ini juga  secara tak langsung menjawab persoalan kenapa Islam tidak membenarkan couple sebelum nikah.


OTAK ORANG BERCINTA TIDAK STABIL

Pernahkah anda terfikir mengapa orang yang sedang dilamun cinta boleh mengambil tindakan yang tidak waras dan sukar difahami, termasuklah berani mengadakan hubungan sulit di luar perkahwinan.

Pakar neurologi cuba merungkai perkara itu dengan melakukan kajian ke atas apa yang berlaku pada otak ketika seseorang itu sedang dilamun cinta. Mereka mengimbas apa yang berlaku di dalam otak, selain memetakan perubahan kimia pada bahagian otak yang aktif dan bahagian otak yang tidak aktif apabila mengalami perasaan itu.

Hasil kajian mendapati bagaimana seseorang yang bercinta boleh menjadi gemuruh dan tidak stabil.
Mereka mendapati korteks hadapan otak yang membuat pertimbangan, menjadi tidak aktif apabila seseorang itu bercinta.

“Apabila anda melihat seseorang yang anda sukai, beberapa bahagian otak menjadi aktif. Namun, satu bahagian besar lagi menjadi tidak aktif iaitu otak yang membuat pertimbangan,” kata Profesor Neuroaestetik, Kolej Universiti London, Semir Zeki. Beliau percaya otak bertindak sedemikian untuk melaksanakan ‘tujuan biologikal lebih tinggi’ iaitu untuk membolehkan proses ‘pembiakan’ berlaku.

Imbasan otak juga menunjukkan ketika bercinta, bahagian otak yang mengawal ketakutan dan perasaan negatif tidak berfungsi dan ia menerangkan mengapa seseorang ‘tetap gembira’ dan tidak takut apa akan berlaku apabila dilamun percintaan. ‘Kegilaan’ ini juga dikatakan menyebabkan orang yang bercinta sukar menerima nasihat daripada rakan-rakan untuk tidak meneruskan hubungan sulit di luar perkahwinan - AGENSI.

Teruja! sisipan khas tunang

Farah Zahid | 11:01 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

24 Januari 2013. 12 Rabiul Awal 1434 H.
Memperingati hari kelahiran Rasul Junjungan tercinta, Rasulullah saw.
selawat dan salam ke atas baginda, mudah-mudahan kita menjadi umat Nabi saw yang sentiasa mengingati dan mencontohi baginda, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
insyaAllah. :)

Pesona Pengantin Februari 2013
Wah, tetiba ada sisipan khas ni. teruja kot. haha.
sejak bila boleh minat beli dan baca Pesona Pengantin ni, tak tahu la kan. ngeh ngeh.
tapi memang suka tengok gambar-gambar, tips-tips, macam-macam maklumat ada,
terutama untuk yang bakal bertunang dan berkahwin, macam saya, kih kih kih.

Digalakkan untuk anda membelinya, best kot! hehe.

FS :
bersiap sedia, membuat list dan semak mana yang berkepentingan ..

23 January 2013

Wordless Wednesday 17 : "Mual, macam nak muntah"

Farah Zahid | 14:13 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

sumber : Metro 

"mama, esok jangan lupa ye?"
"ok papa, pukul 7 pagi tunggu depan rumah, jangan lewat tau!"
"ye mama, papa tahu, esok kita ada ujian Matematik lepas perhimpunan,"
"hihi, bye papa. love you!"

sila jangan muntah hijau, ini realiti. kah kah kah.

KESAL DAN APA YANG HARUS KITA LAKUKAN

Awa'ish Bintuttam | 02:45 | |

Assalamuaikum...salam dihulurkan sebagai penghulu bicara...

Anda tahu bahawa hidup ini penuh dengan kekesalan. Kesal tidak berpelajaran, kesal dengan sikap sesetengah orang, kesal kerana tersalah pilihan, kesal dengan kekalahan, kesal dengan takdir yang tidak menyebelahi, kesal akan segala-galanya.

Kita boleh lihat betapa ramai manusia yang membunuh diri akibat kemurungan dan kekesalan. Tentera Zionis sendiri pun ramai yang mati bunuh diri kerana ketakutan dan kekesalan menyelubungi atau menghantui diri.

Kesal itu bukanlah suatu yang patut dihindarkan. Ia perlu dalam kehidupan. Tanpa kekesalan ibarat hati yang tak berperasaan. Orang yang tidak pernah menyesal bermakna dia seorang yang tidak berperasaan...hatta orang yang paling kejam dan zalim di dunia sekali pun seperti Basyar Assad pada hari ini tetap ada penyesalan diakhirnya, bahkan iblis dan syaitan pun juga akan menyesal akhirnya walaupun kekesalan mereka itu sudah terlambat dan ditutup pintu taubat.

Kesal membuatkan manusia itu kenal apa itu silap, apa itu salah, apa itu rugi, apa itu dosa. Hanya dua jenis kekesalan sahaja yang akan dilandai oleh manusia. Sama ada kesal kemudian kembali semula ke pangkal jalan atau kesal lalu berputus asa menyebabkan pengakhiran yang amat merugikan. Orang yang beriman apabila merasai kekesalan, dia akan kembali kepada Allah dan bertaubat maka kekesalannya itu akan berakhir dengan keampunan Allah.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ ( Az Zumar : 53 )

Adapun orang yang tidak beriman, dia memilih jalan penyesalannya itu menuju kepada kemurkaan Allah seperti membunuh diri. Mungkin bagi si pembunuh diri ini ia merupakan jalan pintas untuk menyelesaikan keperitan hidup yang dihadapinya. Padahal, sebenarnya tidak! Kenapa ia tidak pernah selesai? Lupakah kita bahawa selepas mati masih ada dunia kehidupan yang lain dan dunia itu hanya ada dua jenis kehidupan sama ada aman bahagia ataupun perit penuh derita selama-lamanya?

Kenapa ya membunuh diri itu sangat besar dosanya sehingga tidak dapat diampuni dosanya? Kerana perbuatan membunuh diri itu telah melawan takdir Allah. Adakah dia ingin mendahului takdir matinya? Padahal Allah telah menetapkan bilakah hidupnya bakal berakhir sejak berumur 4 bulan 10 hari di dalam perut ibunya. Adakah dia lebih berkuasa daripada Allah sehingga sanggup menentukan hari matinya? Nah...dia telah melakukan perbuatan syirik di sini.

Apa-apa kekesalan sekali pun, setinggi mana kekesalan kita, sehebat mana pun keperitan dan penderitaan hidup kita, ingatlah Allah itu ada (wujud), Dia Maha Mendengar, Dia adalah teman terbaik kita cuma kita yang asyik meminggirkan dan melupakannya. Lihatlah orang-orang yang kelaparan dan tidak berpakaian, walaupun hanya tinggal tulang belulang, tapi mereka tidak membunuh diri. Kita pula cukup makan, cukup pakaian, hanya dengan sedikit ujian, kita sudah lemah, sudah kecewa.

Oleh itu, jangan mensia-siakan hidup dengan hanya memikirkan kekesalan...bangkitlah dengan semangat baru walau hidup berbaki sesaat cuma, yang dinilai ialah pengakhirannya bukan permulaannya...peluang kedua sentiasa ada, selagi nyawa dikandung badan... Kasihanilah diri kita. Jangan menzalimi diri kita. Berilah peluang dan ruang kepada diri kita. Marilah kita memaafkan diri kita sendiri.  Saya Awa’ish Bintuttam memaafkan diri saya dan diri anda juga... selamat malam.


لا إاله إلا انت سبحانك إني كنت من الظالمين
Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya Aku Dari Kalangan Yang Menzalimi Diri Sendiri.

22 January 2013

Tukar template dan domain yang baru

Farah Zahid | 20:12 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Alhamdulillah. selamat akhirnya.
beberapa hari yang lepas, blog dah 'wajah baru', harap-harap tak membebankan pembaca menjenguk dan senang dengan template baru ni. :)
dan terima kasih pada saudari Awa'ish, sempat memberi pujian, hihi.
apa pun, sebarang komen mahupun cadangan terhadap blog ni, amat dialukan.

O ye, blog ni dah selamat bertukar domain, tada! syukur, dapat jugak :D
www.juslemon-justembikai.my

Terima kasih pada semua yang sudi singgah, dan sokong blog saya ni. ^o^

FS :
berapa hari lagi nak masuk Februari plak, cepatnya lahai ..

21 January 2013

SEEK THE RIGHTEOUS

Awa'ish Bintuttam | 15:20 |
Salam rindu...lama tak buka blog, bila buka ja...mata terbuntang luas, wah.........cantiknya blog ini! tahniah cik Farah Zahid kerana menghiasi blog secantik ini...bertambah semangat dan seronok membaca entri-entri yang dipublishkan... (^_^)

Semasa saya meninjau-tinjau facebook antarabangsa, (saya ada dua akaun facebook : facebook kawan-kawan tempatan dan facebook antarabangsa) saya jumpa banyak cerita-cerita yang menarik yang menginsafkan, khas untuk santapan rohani dan tidak kurang juga cerita-cerita yang mampu melahirkan inspirasi dan ilham baru ketika minda kekosongan idea...tapi...kalau saya bentangkannya dalam bahasa omputih boleh tak?  hehe...  ceritanya pendek sahaja, tapi cukup bermakna kepada semua baik lelaki mahupun perempuan. siapa yang tak faham sila angkat kaki ye...Awa'ish akan terjemah ke Bahasa Arab plak...hihi...


SEEK THE RIGHTEOUS  

Someone came to a father, asking him for the hand of his daughter in marriage: ”Sir I am ready to pay her any Mahr she wants! I have already a house and a car … If you let me marry your daughter, I would treat her like a princess”
The father told him:“There is only one Mahr you can pay! For that, I will ask you one question, if you give me the right answer, I will let you marry my daughter… I won’t ask you to give my daughter wealth, house or high status; I want you just to give me the right answer for my question!”

The boy was so happy and he accepted the condition of the father.
The father looked straight into the eyes of the young man and asked :”In which time the Adhan of Fajr (call for fajr prayer) is called exactly?“ 
the young man’s face turned to red then yellow, he replied after a long time thinking: ”I guess it’s at 4am? no … I mean 3 maybe?! Honestly Sir, I don’t know!”

“Dear son” said the father smiling: ”I don’t care of your high status or your bank account! My daughter is so precious, she is like a princess to me with her Hijab and purity so she needs someone who treats her like a queen! No one would make her happy more than a man who fears Allah and obeys Him. Only a righteous husband would give her an unlimited happiness by helping her to get closer to Allah ”

Allahuakbar, Allah Maha Besar ..

Farah Zahid | 12:13 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia kita sehingga ke waktu ini,
namun kita tak tahu apakah esok masih ada untuk kita semua bernafas seperti hari ini ...

Entri hari ini, tak terlalu berat, pun tak terlalu santai.
jom, sama-sama kita tengok video di bawah ini.



Allahuakbar, sesungguhnya Allah Rabbul-'alamin Allah Maha Besar, Maha Agung.

Pada yang dah tengok, sebarang pendapat atau komen berkenaannya, dialu-alukan. :)

FS :
nak tengok komen lain untuk video ini, ada di Youtube ..

18 January 2013

Perihal Cinta Pada Allah. (Antara Dua Cinta)

Muhammad Akmal | 21:12 | |
Bismillah.



Assalamu’alaikum.


Alhamdulillah, selepas beberapa lama menyepi, hari ni saya diizinkanNya lagi untuk menulis. Sebenarnya saya bukan sengaja tak nak menulis, tapi ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan telah berlaku.


Sebulan yang lepas saya telah diberi peluang untuk sampaikan sedikit tazkirah ringkas pada slot waktu Subuh, dalam sebuah program motivasi di sekitar Johor. Tajuk yang sama ni lah yang saya sampaikan. Dan oleh sebab dapat respon yang baik, jadi saya tak rasa keberatan untuk kongsi dalam bentuk penulisan pula. Hehe.


Sebelum mula buat entry ni, saya sengaja tanya berkenaan cinta pada Allah dalam satu group di FB. Nama group pun sangat padan, Cinta Allah Dan Rasul. Jadi saya beranggapan yang kawan-kawan dalam group tu boleh la jawab dengan baik. Tapi jawapan yang diberikan adalah agak ringkas.


Mula-mula saya tanya, “Salam, macam mana caranya buktikan cinta kita pada Allah?”. Kemudian ramai yang jawab, “Taat pada perintah Allah dan jauhi laranganNya”, “Buat apa yang Allah suruh dengan sepenuh hati tanpa mengeluh, yakin dengan segala janjiNya, beramal dengan ikhlas…”, “Amar makruf nahi munkar”, dan beberapa jawapan yang hampir sama. Jadi masa tu dalam hati saya kata, “Ok bagus, ada maklumat”, lalu saya pusingkan sikit soalan, saya tanya, “Kalau kita tinggalkan perintah Allah supaya kita bai’at seorang Khalifah lak macam mana?”Hah, terus jek keluar bunyi, ‘krik krik, krik krik…’ (bunyi si Cengkerik.) Tak ada orang jawab! Selepas tunggu beberapa hari, post tu pun dah tenggelam ke bawah, jadi itulah saja yang saya dapat, soalan yang tak terjawab. Mungkin juga sebab mereka belum berapa jelas tentang Khalifah.


Nah, inilah realiti kebanyakan umat Islam sekarang. Cakap cinta pada Allah pandai, tapi dari segi cara bukti, atau membuktikan, hmm…boleh jawab sendiri la ey. Sekarang ni, kalau baru nak keluar rumah jek, Allah perintah supaya tutup aurat - satu perintah yang mudah, boleh buat sendiri - pun ramai tak dapat buat. Allah perintah supaya jaga mulut, jangan menipu, cakap yang baik-baik, pun ramai yang failed juga. Macam mana…Betul tak? Tak betul ey? Bagus la kalau tak betul. Bermakna ada ciri-ciri Muslim sejati.


:]


Tajuk cinta pada Allah ni adalah satu tajuk dalam bab Nafsiyah (pola sikap), kerana cinta merupakan salah satu kecenderungan yang akan membentuk Nafsiyah seseorang. Bila Nafsiyah dan ‘Aqliyah (pola fikir) seseorang benar, maka akan jadilah dia seorang yang ber-Syaksiyah(Keperibadian) Islam yang benar pula. Sebenarnya merupakan satu tajuk yang sangat penting untuk kita kuasai disebabkan hukum mencintai Allah adalah wajib dan merupakan salah satu ciri orang beriman. Dalil dari Al-Quran tentang hal ini adalah ;

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (TQS al-Baqarah : 165)


Jadinya saya harap, di akhir penulisan ni dapat la kita sama-sama perbaiki diri supaya dapat mencintai Allah dengan sebenarnya dan perbaiki diri kita insya Allah.


Definisi ;


Terdapat pelbagai definisi antaranya, Al-Azhari berkata ; “Erti cinta seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya adalah menaati dan mengikuti perintah Allah dan RasulNya. “ Al-Baidhawi berkata , “Cinta adalah keinginan untuk taat.” Al-Zujaj berkata, “Cintanya manusia kepada Allah dan Rasul-Nya adalah menaati keduanya dan ridha terhadap segala perintah Allah dan ajaran yang dibawa Rasulullah saw.”


Secara mudahnya untuk kita, ingat 3 perkara iaitu taat, ikut dan redha. Nah, 3 ini definisi cinta kepada Allah yang perlu kita pegang selalu. Jadinya kalau kita taat perintah Allah, maka kita cinta pada Allah. Kalau kita tak taat, maka kita tak cinta. Atau barangkali cinta tu belum betul-betul kuat.


Cinta yang Utama ;


Memilih cinta, tentulah suatu hal yang sangat menyenangkan. Jika dihadapkan pada pilihan antara 2 orang gadis, yang seorang kita kenal dan suka, yang seorang lagi kita tak kenal, maka dengan mudah kita akan memilih yang kita kenal kan? Melainkan kalau kita mampu untuk pilih dua-dua, maka dua-dua pun kita sapu tak? Haha.


Tapi, macam mana kalau kita dihadapkan pada 2 pilihan yang sama-sama kita cintai? Antara perniagaan dengan dakwah atau antara isteri di rumah dengan jihad di jalan Allah, maka yang mana perlu diutamakan? Allah SWT mengajarkan kita mengenai keutamaan cinta dalam satu firmanNya ;

“Katakanlah , “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (TQS at-Taubah : 24)


Kalau rujuk ayat ni, semua cinta yang disebutkan adalah cinta yang halal. Tak ada satu pun yang haram, semua boleh kita miliki. Tapi ianya terbahagi kepada 2 jenis cinta. Iaitu yang dikenali sebagai ;

1. Cinta Fitri.

2. Cinta Mafhumi.


Cinta Fitri adalah cinta yang semulajadi hadir, cinta yang tak perlu diupayakan kehadirannya. Manakala cinta Mafhumi pula adalah cinta yang terkait dengan pemahaman tertentu, yang perlu diusahakan kehadirannya. Rasa-rasa dapat tangkap tak yang mana merupakan cinta Fitri dan yang mana cinta Mafhumi?


Jawapannya ;

“…bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai…” adalah cinta-cinta Fitri. Kita tak perlu sikit pun latihan untuk mengupayakan kehadirannya, malah dalam satu Hadis Rasulullah saw bersabda :

“Sekiranya anak Adam memiliki sebukit emas, nescaya ia akan mengharapkan dua bukit emas lagi…” (HR Bukhari)


 Hah, bukan saja tak perlukan latihan, malah cinta manusia pada harta ni melebih-lebih pula. Begitu pula cinta pada ayah, anak, saudara, isteri, ibu, dan selainnya, perlukah melakukan latihan bertahun-tahun untuk mencintainya? Tentu tidak. Inilah cinta Fitri, cinta yang lahir dengan sendirinya di dalam hati manusia.


Manakala ayat “adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya…” adalah berkenaan cinta Mafhumi. Ianya tidak hadir di hati setiap manusia. Ia tidak muncul dengan sendirinya sebagaimana cinta kepada bapa - ibu, isteri, saudara, harta, perniagaan, rumah…Oleh kerana ianya cinta yang perlu diusahakan, maka nilainya adalah lebih tinggi.


Ayatnya bersambung, “…maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” Allah SWT memberi amaran kepada kita, supaya mengutamakan cinta-cinta yang Mafhumi ini iaitu cinta pada Allah, Rasul-Nya dan jihad di jalan-Nya. Cinta yang Mafhumi ini menjadi pembatas kepada cinta yang Fitri. Cinta yang Mafhumi ini seharusnya memimpin cinta-cinta yang Fitri.


Ibnu Katsir menafsirkan ayat di bahagian terakhir ini sebagai ; “Jika semua hal-hal tadi lebih dicintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta berjihad di jalan Allah, maka tunggulah musibah dan malapetaka yang akan menimpa kalian.”


Jadinya bila dihadapkan pilihan antara berdakwah dan mengumpul harta, maka berdakwah lah yang perlu diutamakan. Jika dihadapkan pilihan antara berjihad dan bersenang dengan isteri di rumah, maka jihad lah yang perlu diutamakan. Ingat ya.


Kalau tak dapat juga nak halang cinta Fitri dari menguasai cinta Mafhumi, maka ingat hadis ni selalu - semoga dapat membantu ;


Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, tidaklah dunia ini dibanding akhirat melainkan seperti jari salah seorang dari kalian yang dicelup (diisyarat dengan jari telunjuk) di lautan, maka perhatikanlah apa yang dibawa.” (HR Muslim)



bersambung . . .

16 January 2013

Tiada Wordless Wednesday

Farah Zahid | 13:01 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Rabu. 16/01/2013. hari ini birthday seorang kawan sekolah rendah, Rahmat namanya.
masih ingat hingga sekarang, sebab beza cuma 4 hari dari birthday saya, hihi.
perkara terakhir yang pernah saya tahu tentang Rahmat ialah dia dah pun berkahwin,
sama ada sudah ada cahaya mata atau belum, wallahualam.

Dulu, dia Ketua Pengawas (KP) di sekolah kami, dan saya merangkap Penolong KP.
walaupun kami pengawas, tapi kami gila-gila, sama saja macam pelajar bukan pengawas.
antara kenangan yang tak dapat saya lupakan ialah kami dan beberapa rakan lain akan bermain galah panjang (sebahagian tempat gelarkan permainan belon acah) di court pada waktu rehat.
hari Sabtu, kekadang ada aktiviti kokurikulum, saya dan yang lain pasti datang awal ke sekolah, semata-mata nak main galah panjang. haha.

Kini, kira-kira 14 tahun berlalu zaman sekolah rendah,
masih ada kenangan yang tak dapat dilupakan di ingatan.
masing-masing dah ada hala tuju, dah ada kerjaya, keluarga dan kehidupan sendiri.
harapnya, saya dan kawan sekolah yang lain ada peluang untuk berjumpa dalam sesi reunion satu hari nanti, InsyaAllah ...

FS :
sesi kenang-terkenang zaman sekolah .. >o<

15 January 2013

Gadis atau teruna idaman hati

Farah Zahid | 15:27 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Ok, sekarang kecoh dengan "Listen". ingatkan apa benda kan.
di FB, memasing re-post video berkenaan, dan di TL twitter dah jadi trend plak.
kesimpulannya? saya tak nak buat di sini, anda semua silalah simpulkan tali sendiri.

Gadis/Teruna idaman hati?

Bukan sekadar rupa? suara? macam kenal tagline ini. haha.


1) Agama.
Wajib. tak percaya? cuba cari secara rawak di khalayak, lelaki atau perempuan, pasti memberi jawapan, "mestilah nak yang ada agama, yang beriman".
See? nak cari yang beragama, beriman, bukan mudah dan sebarangan,
diri sendiri pun nak kena "sedar", insaf, di mana tahap diri anda.
Sedar diri di sini, bukan sekadar "sedar", malah cuba untuk perbaiki diri, melakukan perubahan lebih baik ke arah apa yang anda inginkan.

2) Kemahiran.
Kemahiran yang macam mana? antaranya, memasak, menjahit, membaiki masalah kecil pada alatan di rumah atau kenderaan, kemahiran menghias, dan lain-lain.
Bukan bermakna anda harus mempunyai semua kemahiran, tapi ia adalah "bonus" kepada pasangan anda.
Bayangkan sekiranya anda mempunyai pasangan yang pandai membaiki kerosakan kecil pada kenderaan, anda akan merasa bertuah, kerana dia dapat membantu anda baikinya dan menjimatkan wang anda. ya kan?


3) Harta.
Kenapa harta? bukan bermaksud "materialistik" atau kikis harta benda mahupun mengambil kesempatan, tetapi ia merupakan jaminan di waktu senang dan susah dalam hidup berumahtangga.
Sekurangnya, pasangan, terutama si pemimpin keluarga dapat menyediakan kemudahan dan dapat menanggung nafkah untuk isteri, anak-anak dan dirinya walaupun tidak mewah.
Si isteri yang bekerja dan pandai menyimpan harta plak, dapat membantu meringankan beban si suami, tapi berhati-hati dengan lelaki yang "pengikis" dan suka ambil kesempatan.
notakaki :
wajah cantik atau kacak, sekadar luaran, pinjaman dari Allah swt ..
tidak dibawa ke Alam Barzakh pun ..

14 January 2013

Smartphone : Aplikasi WhatsApp

Farah Zahid | 14:28 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Berapa ramai yang menggunakan aplikasi WhatsApp di smartphone anda?
( iPhone, BlackBerry, Android, Windows Phone dan Nokia )
berapa ramai yang tahu bahawa aplikasi ini berstatus "Free Trial" dan mempunyai 'Service Expiration' tertentu selepas diaktifkan dengan percuma untuk setahun yang pertama?

akaun WhatsApp
Di atas merupakan contoh dari akaun WhatsApp saya.
lihat? status tertulis "Free Trial", yang mana hanya boleh menyambung gunakan servis ini apabila anda membayar servis tersebut.
anda terbeliak? kenapa? anda tak sanggup bayar untuk servis tersebut?
pada saya, ia berbaloi walaupun harus membayarnya.

Alasan?
berbaloi sama seperti anda membeli smartphone yang anda gunakan sekarang.
smartphone anda paling kurang bernilai RM 400 dan ke atas. iya kan?
jadi, anda ingin tahu berapa kos yang perlu anda bayar untuk guna servis WhatsApp ini?


Yes, it cost only $ 0.99 for a year of service! believe it, please.
berapa pula nilainya dalam ringgit Malaysia? try convert menggunakan money converter.
hasilnya? $ 0.99 cuma sekitar RM 3.00 untuk tempoh setahun, murah kan? :)

Kenapa perlu mengeluh WhatsApp tak sediakan servis dengan percuma?
sedangkan anda boleh membeli topup pre-paid bernilai RM 10 untuk seminggu?
( RM 10 x 4 minggu = RM 40/bulan, x 12 bulan = RM 480/tahun )
anda boleh membeli pakaian bernilai RM 100 dalam masa sehari?
atau anda berbelanja untuk ke restoran sehingga habis beratus ringgit dalam satu malam?

Sebab itu saya katakan, ia berbaloi untuk anda yang masih mahu menggunakan aplikasi ini.
dengan membayar kurang RM 5, anda dapat gunakan ia seperti biasa untuk tempoh setahun.

Pilihan bayaran?
1) Purchase online (belian online)
2) Send payment URL
- link untuk payment akan dihantar ke emel anda, seterusnya anda boleh menggunakan link tersebut untuk membuat bayaran tersebut mengikut step tertentu.

Selamat menggunakan aplikasi WhatsApp! :)

FS :
menunggu dan terus menunggu ..

13 January 2013

Suka-ria yang tak tergambar

Farah Zahid | 21:37 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Hai. saya sedang gembira hari ini. dan jangan hairan okeh.
masuk ini, kali ke berapa entah blog bertukar wajah sejak diaktifkan pada tahun 2010.
tapi wajah yang baru ini, adalah yang pertama untuk tahun 2013.
dan akan datang, mungkin ada sedikit perubahan dalaman blog.
apa dia? sila bersabar. kih kih.

Oleh sebab ada beberapa perkara yang agak menyenangkan hati, dengan secara tak langsungnya, blog juga akan mengalami perubahan mengikut keadaan tuannya. haha.
sebarang perkhabaran gembira, insyaAllah akan saya kongsikan dalam entri seterusnya.

FS :
bukan air laut saja yang ada pasang surut, hidup kita pun begitu juga ...

12 January 2013

Hari pertambahan usia

Farah Zahid | 09:46 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia sehingga hari ini. syukur. :)
hari ini adalah hari pertambahan usia saya, suku abad + 1 = 26 tahun,
dan emak sempat cakap pada saya,
"umur kau sekarang, mak dah ada anak dua orang"
best kan? ^o^
Kalau ada yang perasan dengan "hint" dalam footnote dalam entri saya sejak belakangan ini, pasti mereka dapat "cacth-up". hihi.

Doakan semoga saya cepat melangsungkan perkahwinan, target tahun ini juga.
saya dan dia dalam perancangan untuk membuat majlis tunang dan perkahwinan,
cuma tarikh saja belum ditetapkan lagi.
mudah-mudahan dipermudahkan semuanya, InsyaAllah ..
maklumlah, mak abah dua-dua pihak dah tak sabar nak timang cucu, kih kih.

Google pun wish besday~
>o<

09 January 2013

Realiti : Bertemu dan berpisah

Farah Zahid | 22:05 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Baru lepas chat dengan cosmate di Whatsapp lepas isyak tadi.
lama kitorang tak contact dan roger-roger, akhirnya dapat jugak chit-chat *bukan kit-kat*,
terubat rindu. lepas habis belajar di kampus dulu hujung 2009, jumpa semula waktu kitorang konvo bulan 10 tahun 2010. lepas tu, tak berjumpa dah.
memasing sibuk dengan kerja, sambung belajar, berkahwin, dan tambahan lagi kitorang tinggal di negeri berasingan, itu antara sebab yang menghalang dari kerap berjumpa. -.-"

cosmate rapat sejak semester dua di UPM
*sesi buat assignment sambil santai di Sg. Congkak*
Itu realitinya, tamat belajar, berpisah dengan kawan-kawan kampus, kawan kuliah, kawan berjimba-jimbi suka-ria yo-ya-yo-ya. dah bekerja plak, dapat kawan baru kat tempat kerja.
tiap pertemuan, ada perpisahan. tapi tak bermakna kita terputus hubungan, kan? :)

rakan praktikum zaman KMJ sesi 2005/2006
Reunion? kemungkinan adalah 50-50. sebab? banyak sebab, tak perlu dinyatakan kot? :P
jawapan mudah bagi pertanyaan tentang bila nak buat gathering;
"majlis kahwin aku akan datang, mohon teman-teman dapat hadir ye, bakal jadi reunion meriah yang mana korang akan dapat makan nasi minyak FOC, haha"

praktikum H14 yang serba biru

FS :
mula buat checklist apa yang perlu. moga dipermudahkan urusan. tak sabarnya, yeay!

08 January 2013

Sungguh tak ku sangka!

Farah Zahid | 10:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Aku tak sangka. benar tak disangka.
Tak ada niat pun. ok. dusta. niat, ada sikit. haha.
Usaha. doa. tawakal. dan redha.
Semua sama penting.
Serius, memang aku tak sangka. phewww~


Tadaaa! weee-huuu~
Alhamdulillah, tak jangka, dan tak disangka jadi pemenang dapat grand prize.
hantar peraduan, niatnya taklah nak menang, niat nak menang tu sekitar 25%.
kalau ada rezeki menang, alhamdulillah. kalau tak ada, pun tak apa. :)

FS :
1- menghitung hari untuk tua, haha!
2- sedang 'try and error' pakai cincin emas kuning; kalau masih ada alergik, gayanya kena survey cincin emas putih atau platinum lepas ni.. -.-"

04 January 2013

Sifat-sifat Allah swt yang perlu kita tahu

Farah Zahid | 21:02 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

alam indah ini ciptaan Allah al-Khaliq

Hai. nak tahu sesuatu?
bukan sekadar manusia dan haiwan je yang punyai sifat, malah Allah Rabbul-'Alamin pun ada sifat-sifat khusus bagiNYA.

Sifat-sifat Allah swt terbahagi kepada 3, iaitu :
sifat wajib (20) | sifat mustahil (20) | sifat harus (1)
Sifat mustahil adalah sifat yang berlawanan dengan sifat wajib,
iaitu sifat yang tidak wajar ada pada Allah swt kerana DIA Maha Sempurna dari sebarang cela,
tak seperti sifat makhluk.

Sifat harus pula ada 1 je, iaitu harus Allah swt mengadakan atau tidak mengadakan (meniadakan) sesuatu, yang dipanggil mumkinat.

Entri kali ni saya cuma nak share sifat-sifat wajib bagiNYA.
di bawah ini adalah video nasyid sifat wajib bagi Allah swt.
mari sama-sama hayatinya. :)



Untuk sebarang maklumat lebih lanjut dan mendalam, rujuklah pada ustaz/ustazah yang berdekatan dengan tempat kediaman anda. :)

Iklan ubat gigi Colgate

Farah Zahid | 11:05 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Jumaat, bersamaan 21 Safar 1434 H. semoga semuanya sihat dan ceria selalu. :)

pepatung di pokok kunyit dan si Oren yang bermain di tanah
Ahamdulillah, keadaan kesihatan empunya blog dah semakin baik, demam pun dah kebah, ni yang laju je 10 jari tangan menaip entri baru pada hari ke-4 untuk tahun 2013. hehe.

dari kiri : unkel Hafiz (cousin), Angah dan empunya blog
See? inilah dia iklan ubat gigi. haha.
asal bergambar je, bukan takat senyum malu-malu kambing, dengan gigi pun nampak.
gambar atas ni masa saya hadir majlis kahwin sepupu sebelah abah yang kitorang panggil dia Angah Nazri. lama dah majlisnya, bulan September 2012. hari ni baru tunjuk gambar, hadeh!
entah apa mimpi, mak sedara Angah Nazri minta saya dan Angah jadi tukang bagi bunga telur waktu sesi merenjis-pilis pengantin. tu yang 'harus' pakai bunga kaler biru yang dipin kat tudung.
notakaki :
senyum itu sedekah; tapi awas, jangan senyum semberono, nanti disalah nilai oleh orang yang memandang .. :)

FS :
mulai sekarang dah kena start fikir mana yang perlu untuk langkah seterusnya, gabra jugak nih!

02 January 2013

BUKAN MIMPI

Awa'ish Bintuttam | 22:28 | |

Betul ke ni??? Angan-angan mat jenin kot….huhu...


bukan sekadar mimpi kosong

moga-moga menjadi realiti


"doakan daku"



Alkisah hari pertama di tahun 2013 ..

Farah Zahid | 14:53 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...



Pertama, tuan blog menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki, erkk..
mohon maaf sebab lama rasanya takde entri baru yang ditaip oleh jari tangan ni
*opkos la kan, takkan jari kaki plak*

Kedua, alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia, hayat masih ada di tahun baru masehi kali ni. walaupun ada yang percaya penghujung 2012 tempoh hari adalah hari kemusnahan manusia atau terjadi hari kiamat.

adik yang ke Gwangju, Korea Selatan untuk IRO 2012
*dia yang paling hujung kanan*
Niatnya, 1 Januari 2013 nak letak 1 entri sempena pengakhiran tahun 2012.
konon nak buat review dan briefing aktiviti sepanjang tahun 2012, dan post pada 01.01.2013,
malangnya, niat tak kesampaian. terkilan sedikit di situ.
punya baik macam mana pun planning kita, tetap berbalik pada Allah Rabbul-Alamin. Perancangan DIA lebih 'superb' dari manusia. :)

cenderamata dari Korea, yeay!

masjid pertama disinggahi untuk bersolat di tahun 2013
Ok, apa kaitan dengan tajuk entri? saya ringkaskan aje. haha.
hari pertama tahun baru, hantar adik balik asrama di MRSM Gemencheh, NS.
otw perjalanan balik rumah, singgah beli barang, makan cendol, dan plan nak singgah di Muar untuk survey katil pengantin. eh? salah plak. haha.
sampai rumah dah lewat petang, serasa macam badan tak berapa enak.
saya bersin-bersin, selesema, tekak perat dan sudahnya membawa kepada demam panas. lepas maghrib, makan ubat dan terlentang di tilam terus tidur sampai nak subuh. selesai! huhu.


FS :
azam, niat dan harapan saya tahun baru masehi ni, ialah mendapat pekerjaan tetap dan bernikah cepat. hihi. >o<

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.