CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 December 2012

MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN...

Awa'ish Bintuttam | 02:00 |
Jari diletakkan di atas key board, aktif sekali menari-nari ingin menaip. Namun setiap kali mata melihat desktop, ternyata otak beku enggan mencurahkan baktinya. Taip, edit kemudian delete…begitulah. 

Hatiku terus berkata-kata sebagai pemangkin semangat. “Sebagai seorang da’ie, kita mesti memiliki seni kekreatifan, sedangkan belakang parang kalau diasah lagikan tajam inikan pula seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, jadi tak ada bakat boleh dilatih sehingga berbakat”. Lalu jariku terus bersemangat menari-nari di pentas key board. 

Kata hatiku lagi, “Ini adalah sebuah latihan, kenapa perlu takut? Kalau salah, betulkan. Kalau benar, tegakkan.” Malu? Ya, sememangnya malu itu patut ada kerana malu itu tandanya ada iman, malu itu sebahagian dari iman kerana dengan malu akan terhasillah akhlak yang mulia.
Sabda Baginda SAW : Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak dan akhlak Islam ialah malu. (Hadis riwayat Imam Malik)
Namun malu itu mesti bertempat. Malu untuk belajar, malu untuk bertanya, malu untuk mencuba, malu kerana takut salah, malu kerana takut diejek atau diperli, malu menyatakan kebenaran…malu-malu sebegini bukan suatu yang dituntut oleh Islam. Lalu otakku ligat mengingatkan firman Allah yang termaktub di dalam kalam-Nya yang Mulia :

Yang bermaksud : Sedangkan Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran.

(Surah Al-Ahzab ayat 53)

Malu untuk melakukan dosa dengan sengaja, malu berhadapan dengan perempuan (jika lelaki), malu berhadapan dengan lelaki (jika perempuan), malu untuk berbicara yang bukan-bukan, malu kerana tidak berlumba-lumba melakukan kebaikan. Itulah malu yang dimiliki orang yang beriman. Sesungguhnya Rasulullah itu memiliki sifat pemalu yang lebih daripada malunya seorang perempuan. 

Diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri : Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal dari wajahnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Jadi, dengan segala coretan kata-kata semangat ini, jari-jemariku tidak malu untuk terus menari-nari, malah akan menari lebih aktif, lebih cantik, lebih efisyen lagi di masa hadapan. Doa-doakan. 

Awaish Bintuttam 
13/12/2012 – Khamis malam Jumaat – Jam 10.11 malam.

3 comments:

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.