CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 December 2012

INDAH DILUARAN BAUNYA TAK TERTAHAN

Awa'ish Bintuttam | 09:38 | |



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…


بسم الله الرحمن الرحيم.والعصر. ان الانسن لفى خسر. الا الذين امنوا وعمل الصلحت وتواصوا بالحق 
وتواصوا بالصبر...

Duhai akhi saudara seislamku
Sudah puas kuberlari
Mencari erti persahabatan ini
Telah lama kuberlayar
Menuntut masa yang tidak terbayar

Berat rasanya
Jemari ini menari
Namun
Demi kemusykilan yang sukar diluah
Kulakarkan jua di atas warkah
Semoga keredhaan-nya
Mengembuni hati ini

Tidak pernahkah akhi terfikir
Dimanakah letaknya nilai interaksi ini?
Sungguh
Keakraban terjalin
Ibarat sang dedap di hutan
Indah diluaran
Tapi baunya tidak tertahan

Benarkah
Tidak pernah terlintas
Walau secebis Cuma?
Semakin akrab terjalin
Semakin jauh dari-nya?
Hati ini telah puas berfikir
Namun lisan ini keras untuk mengukir
Bahawa
Semua ini tipu daya syaitan

Masih segar diingatan
Betapa kelalaian telah lama singgah
Ditutup dengan kalimat indah
Persahabatan ini adalah kerana-nya?
Benarkah begitu?

Ingat lagikah duhai akhi
Saat barbicara bertukar cerita
Terselit jua gurau dan tawa
Yang bukan berada di dalam syariat-nya
Telah menanglah musuh kita
Berdekah-dekah bertepuk bangga
Dua hati ternoda kini
Secara halus tanpa kita sedari

Duhai akhi saudaraku seislam
Cukuplah dengan kealpaan semalam
Takkan kuulangi zunuubun silam
Dengan perantaraan kalimah islam
Demi jiwa kekosongan kini
Inginku penuhi apa yang diredhai
Hati ini menginsafi diri
Hanya taubat nasuha dapat mengubat
Semua kecederaan yang lama berkulat

Berlayarnya warkah ini
Bukanlah untuk memutuskan
Jalinan persahabatan yang bersemi
Tetapi tautkanlah ia
Dengan penuh adab
Berlandaskan syariat

Semoga
Niat suci ini
Mendapat sokongan dari-nya
Diiringi rahmat
Hidayah wal inayah-nya
Semoga jiwa ini hidup di dalam keagungan-nya
Insya allah
Janji allah adalah janji yang pasti

Sahabatmu seislam
Awa'ish Bintuttam
2008-02-13


0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.