CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 September 2012

Perkahwinan : Sederhana atau membazir?

Unknown | 15:50 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sememangnya kita tak nafikan, majlis perkahwinan adalah majlis penting gilang-gemilang,
yang ketika itu kita diangkat menjadi raja dan permaisuri sehari, ( ntah sape yang tabalkan pun, tak tahu la tu, sendiri-sendiri kot? keh keh )
tapi itu tak bermakna harus dilangsungkan dengan mewah, sampai jadi membazir.

Kenapa aku tak berapa setuju bila orang kata,
alah, majlis kawen kenduri kendarat ni sekali je pun seumur hidup, yang punya duit pun pihak pengantin, biarkan jela..
Fine, aku boleh terima, tak kesah la kan, tu memang hak mereka yang buat majlis tu,
cuma ada beberapa perkara yang buat aku tak berapa setuju, antaranya :


1. Kad jemputan wangi-wangi, cun, kaler pelangi bagai
- toksah cakap harga berapa, aku dah survey benda alah ni walaupun aku belum nak menikah dalam masa terdekat ni, long-term planning la katakan, muahahaha. kad tu  nak bagi kat orang by-hand dan guna servis pakcik posmen, kad plak sikit punya mahal, plus setem namposen, perghh.. kalo ada 1000 keping kad, agaknya berapa % dijangka kad jemputan tu akan dimasuk dalam tong sampah atau shredder? penah fikir ke idak? 

2. Door-gift memahal
- kotak ke, envelope ke, plastik ke, apa-apa jela material, mahal gaban kot? isi pun boleh tahan mahal jugak. kalo ada 1000 tetamu, paling-paling kena ada 2000 door-gift ( takut tak cukup ), sekali lagi, berapa % dijangka akan menjadi mangsa kepada tong sampah?


3. Banner dan 'bunting' besar-besaran
- yang ni, aku tak survey sangat, tak tahu berapa kos dia. tapi selalunya pasang seketul dua kot? rumah pempuan dua, rumah lelaki dua, eh? kalo kat dewan pun ada? kira ada 6 ketul kot? haha. motif? nak umumkan la, kat sekian tempat, ada majlis kawen polan dengan polanah ni. tak hebah kang, orang kata apa plak, mulut orang kan. jap, pas majlis habis, benda alah ni bakal jadi habuan tong sampah jugak kot?

Fikir-fikirkan. Tak salah buat itu-ini tapi membazir tu yang salah. Nak jadi sahabat syaiton ke?

FS :
tak lama lagi keluar bajet untuk Malaysia

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.