CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 September 2012

Kajian Personaliti : Januari

Unknown | 21:27 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Mungkin ada yang dah penah baca fasal ni, tapi ni sesaje nak share,
tapi jangan percaya 100% plak, ini sekadar kajian personaliti yang Dr. Fadzilah Kamsah buat,
so, bolehlah dibuat rujukan dan panduan.
Entri yang ni, mulai dengan bulan Januari, untuk bulan lain, harap bersabar ye, ikut turutan.



:: JANUARI ::
  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 
  2. Suka mendidik dan dididik 
  3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
  4. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
  5. Suka smart, kemas dan teratur 
  6. Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
  7. Pandai mengambil hati org lain 
  8. Pendiam kecuali setelah dirangsang 
  9. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi 
  10. Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
  11. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
  12. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
  13. Cukup sayang pada kanak-kanak 
  14. Suka duduk rumah 
  15. Setia pada segala-galanya 
  16. Perlu belajar kemahiran sosial 
  17. Sifat cemburu yang sangat tinggi

Daripada 17 tu, tak semua kena tepat kat diri aku yang lahir Januari ni.
Ermmm, boleh kata yang di'highlight'kan tu, ada yang kena dengan aku, opss..
pecah rahsia, haha!

Meh, nak elaborate sikit mana yang di'highlight' tu :
3. agak lar.. entah, bukan nak condemn orang tu, cuma kekadang nak suggest, bagi pandangan, tapi mungkin boleh sebabkan orang tersebut menembak kita semula..

5. point yang ni lebih sesuai dilabel cerewet? aku memang tak berapa berkenan tengok benda letak merata, dah reti guna, pakai, pinjam, tak reti letak balik kat tempat asal, tak reti pulang semula pada yang sepatutnya, pehtu bila akan datang nak guna, nak pakai, tak berjumpa, itu pantang sungguh laa aku, haih!

6. sensitif? mendalam? huhu, mungkin, tapi selalu hati sensitif, cepat terasa, kira termasuk jugak ke tu? kih kih..

8. cik farah ni memang pendiam, serius! kalo tak kenal, orang boleh cakap muka aku nampak sombong, garang, serius, orang takut nak dekat.. tapi once dah kenal, dah start tegur-tegur, ajak berbual, kompem tak berenti bercerita, bhahahah..

9. woi, pemalu ke si farah ni.. yela kot, kalo tak, dengan sape-sape je boleh bertegur sapa, beramah mesra, then tak la dikatakan pendiam, ye dak? :P

10. yang ni, macam tak sangat, tapi betul jugak kot? contohnya, pas bangun tido mesti terus kemas katil, tegangkan cadar, lipat selimut elok-elok, sebab dah biasa dari dulu macam tu..

14. haha, memang ye! malas nak keluar jenjalan, suka perap kat rumah.. keluar rumah just bila ada kepentingan, keperluan dan ada matlamat yang jelas, kalo tak, jangan harap la!

15. setia sangat! cik farah adalah pengguna setia hp Nokia sejak 2003 sampai 2011, bertukar angin kepada Samsung after tergoda tengok promotion kat Maxis Centre.. cik farah jugak setia dengan servis telco Maxis sejak 2002 sampai sekarang.. dan setia pada kekasih hati, no curang-curang okeh! kih kih..

16. maybe? oh, memang kot? kemahiran bersosial, berinteraksi dengan orang tu ada dah, cuma level agak rendah, tu yang disuruhnya kita ni pegi belajar lagi, hehe..

Point yang lain tu ada kot, cuma mungkin tak berapa kena dan menonjol dalam diri cik farah, hehe..
Korang plak, yang lahir Januari, ada tak ciri-ciri macam yang dalam list kat atas tu?
Check, jangan tak check.. :)


FS :
dalam proses muhasabah diri...

2 comments:

  1. january jer... alahhhhh


    jalan2 sini.. jenguk owner blog..follow n tak lupa tinggal jejak

    salam ziarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru januari.. lepas ni februari, dan seterusnya.. sabar ye.. :)

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.