CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 September 2012

Bila due date lesen memandu sama dengan tarikh lahir..

Unknown | 08:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tarikh tamat lesen memandu kompeten (CDL) sama dengan tarikh lahir korang?
berapa ramai yang dah tahu pasal ni?
atau aku yang lambat share? huhu.


Dah dekat setahun jugak kot, JPJ kuatkuasa sistem ni,
November 2011 kalo tak salah aku, (boleh refer portal JPJ untuk kesahihan)
dan cara bayaran pun berbeza sikit untuk sistem ni.
meh, aku explain sikit, kalo tak paham, boleh refer pada portal JPJ yang tadi.

Contoh 1 -
tarikh lahir : 12/01 (amik contoh tarikh lahir sendiri, haha)
tempoh lesen memandu (B2, D) : 01/08/2012 ~ 30/07/2013 (12 bulan)
tempoh lanjutan dari 01/08/2013 ~ 12/01/2014 : 5 bulan 11 hari (< 6 bulan)

bayaran : RM 30 untuk 12 bulan + (free) untuk lanjutan = RM 30 je
>>> kerajaan menanggung kos untuk baki lanjutan kalo kurang dari 6 bulan.

tapi!
ada tapinya...
kalo baki lanjutan (lebih 6 bulan tapi kurang 12 bulan) kena +  kos ekstra = RM 15.

Contoh 2 -
tarikh lahir : 12/01
tempoh lesen memandu : 01/04/2012 ~ 31/03/2013 (12 bulan)
tempoh lanjutan dari 01/04/2013 ~ 12/01/2014 : 9 bulan 11 hari (> 6 bulan, < 12 bulan)

bayaran : RM 30 untuk 12 bulan + RM 15 untuk lanjutan = RM 45

oh, bayaran ni untuk sekali je, selagi due date lesen korang belum jejak tarikh lahir korang,
kalo dah jejak, pengiraan dan bayaran sama jela macam biasa,
contoh macam aku nak renew dari 12/01/2014 ~ 12/01/2015 (12 bulan) = RM 30.

nak lagi detail? atau ada kesilapan info kat entri aku ni,
sila refer portal JPJ, atau call JPJ atau melawat sendiri JPJ terdekat di tempat korang. :)

FS :
yang lahir 29/02 untung la, 4 tahun sekali renew lesen.. :D

8 comments:

  1. la.. lahir tahun berlompat rupanya. emmm. nmpknya, 4 tahun sekali la smbut hari lahir. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pilih samada nak renew 4 tahun sekali atau setahun sekali, cuma renew setiap 28hb la.. :D

      Delete
  2. tau pasal ikut besday tapi xtau sedetail ni. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memula baca kat portal tu, pening kot nak faham..

      Delete
  3. Bayar jeala...ari tu aku dh kena rm65 lesen B2,D dan GDL...yg penting lesen hdp...jalan pn senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, bayar jela, tak susah pun.. in case ada road-block pun, tak takut apa selagi lesen tu hidup..

      Delete
  4. yg 4 tahun skali tu kadang buat terlupa,naya la jugak..hohoho

    Terjah sini ==>> Khas Untuk Bakal Pengantin Sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.. kena buat reminder la jawabnya.. hihi

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.