CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 August 2012

Jujur ke peniaga ni?

Farah Zahid | 12:26 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Terlebih dulu, aku mintak maaf kalo ada antara korang digelar peniaga,
tapi bukan niat aku untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa.
Ini sekadar mencelikkan mata, membuka hati dan minda.

Aku pun tak tahu, kenapa tetiba nak taip pasal nih,
mungkin sebab ada orang duk sibuk perkatakan,
dan aku sendiri nampak dengan mata kepala aku,
so, anggaplah ini sekadar perkongsian tak ilmiah dari aku.

sumber : Google

Kalo kat rumah kau, kat rumah atok-nenek kau,
mungkin kau akan cakap, jerang air atas dapur, pastu buatlah air apa pun,
kalo tak nak guna air panas, dibiar sejuk dan disimpan dalam kontena air.
Atau yang canggih dari tu, nak air panas atau sejuk,
guna alat water-cooler, water-heater atau apa-apa lagi namanya,
tekan je punat-punat yang ada, terus dapat air panas atau sejuk.

Tapi, ada kau pernah terfikir,
peniaga yang jual air kat pasar malam, kat bazar Ramadhan,
buat air dengan cara yang macam mana?
apa, kau ingat diorang main jerang air, guna water-heater-cooler macam kau?

Ye, semestinyalah takkan sama macam kau,
diorang guna air paip mentah je...
AIR PAIP MENTAH? sungguh ke ni?
ye, untuk apa aku bohong?
Ok, tapi mungkin tak semuanya guna air paip mentah.
Ye, tapi kebanyakannya buat cara macam tu, aku yang kata.
Mana larat weh, nak bancuh air limau, air tembikai, air cendol, air segala air minuman,
guna air yang dijerang? gila kau? alamat berkurun nak tunggu..

Kalo jenis macam ni, agaknya terjamin ke kesihatan pembeli?

Yang lain, aku tak nak kisahlah,
kau pandai-pandai fikir sendiri.


moral : pengguna berhak memilih, jadilah pengguna yang bijak.

FS :
1- nak selamat dan jimat, buat sendiri air.. tapi tak salah kalo sekali-sekala nak merasa air yang dibeli kat pasar malam
2- untung banyak tapi tak berkat, pun tak ada guna jugak

4 comments:

  1. Tak ramai peniaga air guna air yg dh masak.. Hanya segelintir shj yg guna air yg dimasak.

    ReplyDelete
  2. Maaf la kepada Peniaga yang membaca..."bagi aku kat Bandar Besar memang mereka xfikir tentang kesihatan dan kebersihan..perniagaan yang paling menguntungkan adalah air...dengan modal RM20...perniaga boleh untung smpai beratus ringgit..."sebab aku pernah berniaga air kat Karnival sekolah...-air aku bawa,yg dh masak..hehehehe...-

    ReplyDelete
  3. agak keterlaluan di situ bila kita tengok sikap mereka ni..

    ReplyDelete
  4. Bkn Setakat keterlaluan...disebabkan DUIT ...dan KeUNTUNGAN...manusia lupa segalanya..

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.