CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 July 2012

PAFA : Pengenalan

Unknown | 10:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam Ramadhan,
hari ni dah masuk hari ke-4 kan, cepat betul masa berlalu,
mudah-mudahan, amal ibadah kita sepanjang Ramadhan mendapat keberkatan.

sumber : Google

PAFA?
apa tu PAFA?
kenapa PAFA?

PAFA ialah akronim untuk Perkara-perkara Asas Fardhu Ain,
sejak sekolah rendah lagi, ustaz/ustazah dedahkan fasal PAFA ni,
sampailah sekolah menengah, iye kan?
atau, dah tak ada PAFA ni kat sesi persekolahan sekarang? (o.O)

Kenapa PAFA?
benda ni penting kat sekolah sebab budak sekolah rendah dan menengah diajar tentang perkara-perkara asas fardhu ain, dan akan ditulis dalam sijil sekolah masing-masing,
kalo tak percaya, sila tengok kat sijil sekolah, sijil PMR atau SPM korang,
kalo tak ada, tak tahulah plak.
Selain tu, PAFA ni penting supaya benda-benda yang dah belajar,
dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian,
sebagai individu Islam, dari kecik sampai dewasa, sampailah ke usia emas,
sampai sebelum hayat ditarik dari jasad ( meninggal dunia lah tu ).

Meh, tengok apa perkara yang termasuk dalam PAFA ni :

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Rukun Islam
  3. Rukun Iman
  4. Beristinjak
  5. Membersihkan najis
  6. Cara berwudhu'
  7. Cara bertayammum
  8. Cara mandi wajib
  9. Azan, iqamah & jawapannya
  10. Solat fardhu
  11. Solat jenazah
  12. Puasa
  13. Adab terhadap ibu bapa
  14. Perkahwinan
  15. Ihsan
Kalo orang Jepun kata, these are the basic for each Muslim,
ngeh ngeh ngeh~
betul kan? memang jelas, perkara yang ada dalam list tu, perkara basic,
tepatlah dengan erti PAFA tu sendiri.
Fardhu Ain plak bermaksud, perkara yang wajib, WAJIB tau!
ke atas setiap kambing MUSLIM, untuk belajar, tahu dan amalkan,
kalo tak, memasing boleh dapat dosa, DOSA!

Sebab tu, ada term FARDHU AIN, ada FARDHU KIFAYAH.
Fardhu Kifayah ni, bezanya...
kalo dah ada sebahagian yang lain belajar dan amalkan,
orang yang lain tak perlu belajar, tak perlu buat,
sebab dah hilang tuntutan kewajipan pada orang lain tersebut,
TETAPI! ada tapinya.....
tetapi, kalo tak ada sekor seorang pun yang belajar dan amalkan,
maka semuanya akan BERDOSA,
contoh macam bina tempat ibadat yakni masjid/surau dan menyembahyangkan jenazah.

Baiklah, setakat ni dulu mukaddimah tentang PAFA atau perkara fardhu ain,
entri akan datang kita masuk next chapter, iaitu
mengucap dua kalimah syahadah,
mudah-mudahan, Insyaallah.



aYaz :
Firman Allah bermaksud:
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan" (Ali Imran: 104)

4 comments:

  1. haitttttttttt.....tinggal jejak Di sini
    sambil follow die...


    tq dear for t info.. =)

    ReplyDelete
  2. ada lagi satu! tanahnya iaitu...:]

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, tanahnya. tanpa tanah yang betul 'pokok Islam' ni juga tak dapat tumbuh dengan betul. bayangkan tanah yang rosak, banyak lubang, mengakibatkan pokok senget, tak subur, terbantut! cuba teka apa tanahnya? :p

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.