CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 July 2012

Antara Manusia Dan Haiwan

Muhammad Akmal | 15:54 |

Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Post kali ni kita masuk sikit dalam bab mengenal diri ya. Ianya penting untuk kita tau apa yang beza antara manusia dan haiwan dan apa pula persamaan antara manusia dan haiwan supaya kita tak menyamakan taraf kita dengan haiwan tanpa kita sedar ok?




Persamaan antara manusia dan haiwan yang saya maksudkan ni bukanlah dari segi fizikal, sebab kalau dari segi fizikal memang ada haiwan yang mempunyai fizikal yang sama seperti manusia dengan fungsi yang sama juga contohnya tangan monyet. Namun kebanyakan fizikal haiwan adalah beza dari manusia malah dengan tambahan anggota badan tertentu dengan fungsi-fungsi tertentu yang sangat unik! Balik pada topik, persamaan yang saya maksudkan itu ada dua bahagian iaitu dari segi keperluan organik dan naluri. Keperluan organik adalah keperluan bagi setiap hidupan yang mana jika ia tidak dipenuhi, hidupan tersebut akan mati iaitu udara (oksigen), makanan, minuman dan tempat berlindung (habitat semulajadi). Yang ni faham kan? Apa-apa hidupan pun tanpa oksigen akan mati, kelaparan tahap tinggi juga akan mati, kehausan tahap tinggi juga akan mati, tempat berlindung pula contohnya jika manusia sendiri dibiar lama-lama di tengah panas, atau dibiar di tempat sejuk, boleh juga menyebabkan mati bukan? Nah, di area keperluan organik ni lah adanya “darurat”. Darurat itu hanya berlaku dalam keadaan bila mana nyawanya terancam. Maka makanan yang haram boleh jadi halal. Pembahasan terperinci mengenai darurat ni cari sendiri ya.


Satu lagi persamaan antara manusia dan haiwan itu adalah dari segi naluri. Naluri ini muncul dari hati, ianya pula terbahagi kepada 3 jenis naluri iaitu naluri menyembah, naluri melestarikan keturunan dan naluri mempertahankan diri. Dalam naluri menyembah, haiwan juga menyembah Allah Swt dan beribadah dengan cara yang tidak kita ketahui. Bagi manusia pula, dari naluri inilah munculnya manusia yang menyembah matahari, pokok besar dan apa-apa yang nampak hebat di matanya. Sedangkan atheist sekalipun pasti akan menyembah sesuatu sama ada sains atau individu tertentu. Bagi naluri melestarikan keturunan pula, ianya merupakan naluri yang mendorong manusia dan haiwan untuk tertarik pada lawan jenisnya, rasa sayang pada anaknya atau pada orang tuanya, dan lain-lain. Dan naluri mempertahankan diri pula mendorong hidupan untuk saling berebut sesuatu, atau ingin jadi lebih hebat, rasa ingin menang, rasa marah bila dihina dan lain-lain yang seumpamanya. Naluri-naluri ini sebenarnya tak akan menyebabkan kematian apabila tak dipenuhi tetapi akan menyebabkan kegelisahan atau kemurungan. Ianya muncul daripada realiti yang terdapat di sekeliling kita. Contohnya naluri menyembah, adanya sesuatu yang hebat maka disembah sesuatu yang hebat tersebut, atau dijadikan idola. Realiti bagi naluri melestarikan keturunan pula contohnya nampak pasangan lawan jenis yang cantik, atau yang menarik hatinya maka pasti naluri ini akan timbul dan muncul lah rasa untuk memilikinya. Dan contoh realiti bagi naluri mempertahankan diri adalah teknologi-teknologi yang semakin moden sekarang ni, samaada handphone, komputer, kereta atau makanan sekalipun, ia akan memunculkan rasa taknak kalah dengan orang lain yang memilikinya, maka kita pun akan cuba untuk membelinya, paling tidak pun berangan memilikinya. Nah, Islam sebenarnya tidak menafikan naluri-naluri ni, malah mengaturnya! Di sinilah Islam mengajar manusia supaya menyembah hanya Allah, Tuhan yang Maha Esa. Islam juga tak melarang untuk manusia berkahwin seperti agama-agama tertentu yang melarang penganutnya berkahwin. Malah Islam membenarkan kahwin 4 bagi lelaki dan menggalakkan ramai anak. Dan Islam juga tak melarang kita untuk memiliki teknologi baru, cumanya Islam mengajak kita supaya tidak membazir dan tidak membeli barang yang tak mendatangkan kebaikan. Lagipun tak mati kan kalau tak dapat rumah besar, kereta besar? Apa yang Islam inginkan adalah supaya manusia hidup dengan fitrahnya, dengan benar dan mulia.


:]


Jadinya apa yang membezakan antara manusia dan haiwan? Mungkin kamu semua dah dapat jawapannya. Ianya akal. Dengan akal kita dapat memahami dari mana asal kita, tujuan kita hidup dan kemana kita selepas ini, dapat membezakan yang baik dan buruk, dapat membezakan yang bagus dengan yang tak bagus, dapat berfikir bagi mendapatkan jawapan yang benar, dapat digunakan untuk kebangkitan, mendalami Islam, memahami masalah dan menyelesaikannya, dan kehebatan-kehebatan lainnya yang saya sendiri belum tahu. Dengan akal inilah kita dapat pilih untuk hidup mulia sebagai manusia, iaitu dengan Islam atau ingin jadi hina seperti haiwan yang tiada aturan. Di sini saya ajarkan sikit teknik berfikir. Untuk berfikir, perlunya ada 4 komponen iaitu realiti, panca indera, otak dan maklumat awal. Contohnya ada sebatang pokok (realiti), adanya mata (salah satu panca indera kita) yang melihat pokok tersebut tinggi bersama buah berwarna hijau, adanya otak yang memproses maklumat dan adanya maklumat awal yang menyatakan pokok tersebut adalah pokok kelapa dan dengan 4 komponen ni lah kita dapat tahu bahawa ianya adalah pokok kelapa. Faham kan? Sekarang kita cuba buat apa jadi kalau salah satu komponen tak ada. Contohnya cuba kita fikir tentang manusia yang bersayap, boleh fikir tak macam mana rupanya? Mesti tak dapat kan? Kalau dapat pun tu maknanya angan-angan jek. Sebab realitinya tak ada pun manusia yang bersayap. Cuba pulak kalau orang buta, dia tak pernah kenal gajah. Kita letak gajah kat depan dia, suruh dia cerita kat kita macam mana bentuk gajah. Kalau dia raba-raba dekat belalai gajah, maka dia akan fikir yang gajah tu bentuknya macam ular. Tentulah ianya salah kan? Kemudian, kalau tak ada otak pulak? Kalau tak ada otak bukan jek takleh fikir, nak hidup pun tak bolehhh. Sekarang kalau tak ada maklumat awal, cuba bagi orang yang tak tahu bahasa Arab untuk baca kitab Arab. Mesti tak boleh baca kan? Ha, tu la nama dia tak ada maklumat awal. Maklumat awal ni cara nak dapat dia kena belajar banyak-banyak la ya.


Jadi bagi kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan akal, masih lagi nak hidup hina seperti haiwan, iaitu hidup tanpa aturan? Mulai sekarang, set dalam otak, nak hidup mulia dengan Islam, nak hidup mulia dengan Islam, nak hidup mulia dengan Islam.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai qulub (hati yang disertai akal), tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih hina lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (TQS Al- A’raaf: 179)


:]

3 comments:

  1. entah kenapa kita terasa haiwan ni memahami dan lebih halus perasaannya dr manusia skrg..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. basicly sama jek..apa pun masih ada kesempatan untuk manusia berubah..

      Delete
  2. manusia zaman skrg sibuk dgn urusan duniawi masing masing... nak tolong org pun tak sempat kot

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.