CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 July 2012

Entri berulang : Aaa.. tolong, tolong.....

Unknown | 21:00 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

*ini entri berulang*

Hah? kenapa mintak tolong?
ada apa-apa ke nih?
*gulp*

suatu hari di Pantai Teluk Gorek, Mersing

Korang nampak kan foto kat atas ni?
tak tahulah, cantik ke idak, lawo ke idak.

Foto tepi pantai atas ni,
guna DSLR kazen, Nikon D90 kalo tak salah,
pastu, edit sikit guna effect yang ada dalam Picasa 3,
*lupa plak apa nama effect tu, haih..*


Aaa, den cuma nak mintak tolong sikit je,
*kalo tak nak tak apa, tak paksa apa pun*
mintak tolong :

  1. Klik kat foto yang atas nu, then akan popup 1 window baru
  2. Tolong vote foto yang sebijik serupa sama tapi bukan kembar, macam kat atas tu. Kalo tak jumpa, jeling-jeling, jenguk-jenguk laa foto yang ada tag 'farah zahid' atau 'farah'
Vote terbuka sehingga 31 Julai 2012 sahaja.
Erm.. vote ni bukan untuk menang cash atau hadiah atau travel mana-mana,
just foto yang menang paling banyak vote, akan dipamer kat online portfolio dan muka buku yang punya tapak (May The Best Photo Win).

Saja nak cuba 'luck' bak kata orang puteh.. *Oh My English, hahah*
Terima kasih pada yang sudi vote foto tersebut, arigato!

30 July 2012

Agenda Yahudi : Peka atau Pekak?

Unknown | 16:51 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

  • Song
>>> Tak ada guna kalo duk melalak-lalak, taksub melampau dengan lagu-lagu, lebih-lebih lagi yang tak punya mesej yang jelas, bait-bait lagu yang ntah-hape-hape, termasuk yang melalaikan dan menjauhkan kita dari Pencipta makhluk. Best sangat ke lagu yang duk dengar hari-hari tuh?

>>> Motif : ye, orang bukan Islam tak senang duduk kalo tengok Muslim bersenang-senang dan khusyuk mendengar ayat-ayat suci, mendengar ceramah dan kuliah agama yang lebih berfaedah dan menjamin hidup untuk bekalan ke akhirat


  • Smoke
>>> Tak perlu la nak duk berdebat benda haram-halal dosa-pahala yang lain, kalo diri sendiri sibuk dengan batang rokok dan yang seangkatan dengannya.. Terang-terang keluar fatwa yang merokok tu haram, tapi pasai pa ramai makhluk-makhluk manusia yang masih merokok? Gejala apakah ini?

>>> Motif : ye, inilah benda yang makhluk manusia gemari, walaupun jelas ia memudharatkan nyawa sendiri dan orang lain. Anyone? sila keluarkan hadith Nabi saw yang menyuruh umatnya merokok?

  • Sex
>>> Hanya seks yang halal akan diredhai Allah swt. Siapa yang ajar pasal keperluan seks sebelum nikah? siapa yang ajar seks luar tabi'e? siapa yang ajar sumbang mahram? Nabi saw kita tak ada pun ajar buat macam tu semua, kan?

>>> Motif : ye, musuh Islam akan mengajar benda yang terlarang tetapi disukai, sebab diorang tak boleh duduk senang tengok umat Islam berjaya melahirkan manusia yang patuh pada Tuhan dan ajaran Islam.

  • Style
>>> Apa gunanya berfesyen tapi tak mengikut syariat? makhluk manusia sekarang gemar berfesyen dan nak ikut trend, kononnya tak standard la kalo tak ikut fesyen. Tapi sedar tak? lagi berfesyen, lagi telanjang. lagi ikut trend, lagi tak cukup kain. Mau kain kapan kah?

>>> Motif : ye, semuanya berpunca dari fesyen yang tak mengikut landasan syar'ie. berfesyen tu tak salah, tapi harus ikut jalan yang betul dan sesuai dengan syariat Islam.

  • Sport
>>> Makhluk manusia bersukan tapi tak solat? bersukan tapi abai tugas dan kewajipan sebagai Muslim? bersukan sekadar mahu dapatkan duniawi kah? tak ada plak Nabi saw suruh bersukan sampai tak solat, macam mana tu?

>>> Motif : ye, ini jugak antara taktik musuh Islam nak melekakan umat Islam, tapi selagi bersukan yang tak menjejas kewajipan kepada Allah swt, tak ada masalah pun, ye dak? Nabi saw sendiri galakkan umatnya bersukan macam memanah, berenang dan menunggang kuda, tapi jangan sampai tak ikut perintah Tuhan.


ps :
ini olahan semula maklumat menurut pemahaman saya dari sumber-sumber yang dipercayai


aYaz :
Islam itu indah, Islam itu lengkap.. :)

27 July 2012

Perkahwinan : Upacara membatalkan air sembahyang

Unknown | 09:24 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Kan?
semua orang paham benor tentang upacara ni,
ye dak, ye dak?
tiap kali ngikut abang-kakak-sepupu-kawan yang bernikah,
kompem-kompem ada upacara batal air sembahyang antara pengantin,
tapi apa hukum yang sebenarnya?

Pernikahan atau perkahwinan,
ialah satu perkara baik dan bersejarah dalam hidup manusia,
yang mana ia merupakan suatu anugerah yang besar yang perlu dihayati.
Untuk itu,
cara terbaik bagi pasangan suami-isteri yang baru lepas akad nikah,
adalah dengan menunaikan sembahyang sunat dua rakaat,
( sembahyang sunat nikah )
yang sepatutnya ( bukan PATUT, tapi boleh kira dituntut )
untuk menjadi adat istiadat setelah selesai akad nikah.

Ungkapan "membatalkan air sembahyang" itu sendiri sudah membawa tanggapan,
atau nilai yang tidak elok,
maka,
moleklah kiranya sembahyang sunat ini mengambil alih tempat adat yang tidak kena pada tempatnya itu.

Macam mana cara mendirikan sembahyang sunat nikah ni?
Mudah je, yang mana caranya sama dengan sembahyang sunat mutlak*,
dari segi praktik atau gerak lakunya.

Lafaz niat :
gambar agak blur, maapkan tuan belog (=.=')

Dah siap sembahyang sunat nikah, berdoa la pada Allah swt dengan sebarang doa pun,
dan jangan lupa mengucapkan syukur kepadaNya tanda terima kasih kita.


Sekian, itu je antara sedikit ilmu yang nak saya kongsikan dengan korang semua.

* sembahyang sunat mutlak :
sembahyang yang dikerjakan tanpa sebarang sebab tertentu,
dilakukan pada bila-bila masa melainkan waktu yang tidak dibolehkan sembahyang.


aYaz :
biar mati anak jangan mati adat.. 
anak mati, sape nak teruskan adat kau tu?
nak beradat sekalipun, biar la yang menepati syariat Islam,
bukan adat yang "ntah-apa-apa-tak-masuk-dek-akal-melawan-syariat-agama"

25 July 2012

Wordless Wednesday : 6

Muhammad Akmal | 18:49 |

Assalamu’alaikum.


sumber : FB page  Komunitas Rindu Syariah & Khilafah


Dikatakan ini adalah jamaah shalat Tarawih di Moskow Rusia, jantung komunis, di mana agama dahulu dipropagandakan sebagai opium (candu) secara besar-besaran dan rejim komunis berusaha memadamkan cahaya Islam.


Hari ini, dengan kurnia Allah Swt, orang orang telah kembali kepada Allah, kata Al-Wahid Al-Qahar. "Mereka bersatu dalam kebenaran"


Subhaanallah, hebat kan? Ternyata komunism tak sesuai dengan fitrah manusia. 


:]


24 July 2012

Iklan Kerja : House Detective

Unknown | 15:38 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

kerja kosong sebagai HD
Iklan sikit, ehehe~
maap ler, kalo gambar tak berapa jelas,
snap dari web femes untuk cari kerja, Mudah.my.
so, sape-sape yang rasa berminat nak kerja kat Parkson sebagai HD,
amatlah dialu-alukan, tapi komisyen saya tak dapat laa, ahahaha..

Actually,
bukan nak hebahkan cerita iklan kerja ni kat korang,
tapi nak dedahkan konspirasi realiti alam pekerjaan dunia sekarang.
apa benda la ek, yang Farah nak sampaikan kat dalam entri ni?
haa, jooooom, jom heboh, eh? motif jom heboh? mueheheheheee...

Cuba korang enlarge foto kat atas ni,
up to u lah, nak enlarge macam mana teknik pun, zoom ke, click to enlarge ke,
asalkan bukan makin jadi kecik atau keluar thumbnail, okeh?
next, apa yang korang boleh nampak, boleh paham after zoom foto tu?
anyone? sape dapat jawab ngan tepat, saya bagi 5 hengget.
ok, tipu je! kui kui kui :P


ps :
1- Ini memang iklan kerja sebenar, siapa nak try apply, dipersilakan :)
2- Di samping iklan, tuan belog nak test sisi pandangan dan pendapat dari pembaca semua mengenai iklan yang tersebut.


aYaz :
kita bekerja haruslah dengan niat yang betul ; ikhlas kerana Allah swt, untuk mencari redha-Nya, dapat belanja dengan hasil yang halal, di samping dapat tolong orang lain melalui sedekah hasil titik peluh kita bekerja secara halal.. :)

PAFA : Pengenalan

Unknown | 10:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam Ramadhan,
hari ni dah masuk hari ke-4 kan, cepat betul masa berlalu,
mudah-mudahan, amal ibadah kita sepanjang Ramadhan mendapat keberkatan.

sumber : Google

PAFA?
apa tu PAFA?
kenapa PAFA?

PAFA ialah akronim untuk Perkara-perkara Asas Fardhu Ain,
sejak sekolah rendah lagi, ustaz/ustazah dedahkan fasal PAFA ni,
sampailah sekolah menengah, iye kan?
atau, dah tak ada PAFA ni kat sesi persekolahan sekarang? (o.O)

Kenapa PAFA?
benda ni penting kat sekolah sebab budak sekolah rendah dan menengah diajar tentang perkara-perkara asas fardhu ain, dan akan ditulis dalam sijil sekolah masing-masing,
kalo tak percaya, sila tengok kat sijil sekolah, sijil PMR atau SPM korang,
kalo tak ada, tak tahulah plak.
Selain tu, PAFA ni penting supaya benda-benda yang dah belajar,
dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian,
sebagai individu Islam, dari kecik sampai dewasa, sampailah ke usia emas,
sampai sebelum hayat ditarik dari jasad ( meninggal dunia lah tu ).

Meh, tengok apa perkara yang termasuk dalam PAFA ni :

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Rukun Islam
  3. Rukun Iman
  4. Beristinjak
  5. Membersihkan najis
  6. Cara berwudhu'
  7. Cara bertayammum
  8. Cara mandi wajib
  9. Azan, iqamah & jawapannya
  10. Solat fardhu
  11. Solat jenazah
  12. Puasa
  13. Adab terhadap ibu bapa
  14. Perkahwinan
  15. Ihsan
Kalo orang Jepun kata, these are the basic for each Muslim,
ngeh ngeh ngeh~
betul kan? memang jelas, perkara yang ada dalam list tu, perkara basic,
tepatlah dengan erti PAFA tu sendiri.
Fardhu Ain plak bermaksud, perkara yang wajib, WAJIB tau!
ke atas setiap kambing MUSLIM, untuk belajar, tahu dan amalkan,
kalo tak, memasing boleh dapat dosa, DOSA!

Sebab tu, ada term FARDHU AIN, ada FARDHU KIFAYAH.
Fardhu Kifayah ni, bezanya...
kalo dah ada sebahagian yang lain belajar dan amalkan,
orang yang lain tak perlu belajar, tak perlu buat,
sebab dah hilang tuntutan kewajipan pada orang lain tersebut,
TETAPI! ada tapinya.....
tetapi, kalo tak ada sekor seorang pun yang belajar dan amalkan,
maka semuanya akan BERDOSA,
contoh macam bina tempat ibadat yakni masjid/surau dan menyembahyangkan jenazah.

Baiklah, setakat ni dulu mukaddimah tentang PAFA atau perkara fardhu ain,
entri akan datang kita masuk next chapter, iaitu
mengucap dua kalimah syahadah,
mudah-mudahan, Insyaallah.



aYaz :
Firman Allah bermaksud:
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan" (Ali Imran: 104)

21 July 2012

Ramadhan : Hadirnya yang ditunggu

Unknown | 08:25 |
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H








. . . countdown . . .


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
(Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei)

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
(Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi)

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya."
(Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim)

~ wallahualam ~

( sumber : ustazazhar.com )

18 July 2012

Wordless Wednesday : 5 : Khilafah?

Muhammad Akmal | 12:28 | |

Assalamu’alaikum.

Post ni tajuknya wordless Wednesday tapi saya tetap nak cakap sikit. Awak semua pernah dengar istilah Khilafah? Bukan khilaf taw, dan bukan Khalifah tapi Khilafah. Kalau tak pernah, sila la ambil tau. Sebagai umat Islam kita patut tau. Apa yang tertulis di gambar adalah sikit kepentingan Khilafah pada umat Islam. Saya cuma ambil susunan tersebut sebab suka ngan reaksi “The Rock” tersebut, dan mintak maaf atas gambar yang comot. Mungkin itulah namanya ‘handmade’ hijab (visual diedit kerana imej tak menutup aurat). Hehe. Dan saya mohon awak semua tontonlah video untuk lebih maklumat awal mengenai Khilafah.

:]



Sejarah Umat Islam 600AD-Kini



14 July 2012

ISLAM AGAMA SYUMUL

Unknown | 00:32 |
Islam Sebagai Ad-Din

Islam agama yang sempurna, yang mengatur cara hidup yang lengkap; cara hidup Islam merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. Ad-Din diertikan dengan agama Islam, sebagaimana Firman Allah swt:


Ø¥ِÙ†َّ ٲلدِّينَ عِندَ ٲللهِ ٲلْØ¥ٍ سْÙ„َÙ€ٰÙ…ُ


Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

(Surah Ali ‘Imran: ayat 19)


Berdasarkan Firman Allah dalam ayat di atas, kita dapat tahu bahawa ‘Ad-Din’ itu merujuk kepada agama Islam dan ajaran Islam yang sempurna. Kita sebagai umat Islam, tidak boleh tidak, menafikan agama Islam sebagai agama yang syumul (lengkap). Ad-Din tidaklah hanya terfokus kepada isu ibadat semata-mata, malah merangkumi hal-hal kehidupan manusia dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita maklum, perkataan Islam berasal daripada perkataan ‘Aslama’ yang bermaksud ‘kepatuhan, kesejahteraan, dan penyerahan diri kepada Allah swt’.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa Islam ialah mentauhidkan Allah swt dan mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Wallahu'alam...

13 July 2012

Antara Manusia Dan Haiwan

Muhammad Akmal | 15:54 |

Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Post kali ni kita masuk sikit dalam bab mengenal diri ya. Ianya penting untuk kita tau apa yang beza antara manusia dan haiwan dan apa pula persamaan antara manusia dan haiwan supaya kita tak menyamakan taraf kita dengan haiwan tanpa kita sedar ok?




Persamaan antara manusia dan haiwan yang saya maksudkan ni bukanlah dari segi fizikal, sebab kalau dari segi fizikal memang ada haiwan yang mempunyai fizikal yang sama seperti manusia dengan fungsi yang sama juga contohnya tangan monyet. Namun kebanyakan fizikal haiwan adalah beza dari manusia malah dengan tambahan anggota badan tertentu dengan fungsi-fungsi tertentu yang sangat unik! Balik pada topik, persamaan yang saya maksudkan itu ada dua bahagian iaitu dari segi keperluan organik dan naluri. Keperluan organik adalah keperluan bagi setiap hidupan yang mana jika ia tidak dipenuhi, hidupan tersebut akan mati iaitu udara (oksigen), makanan, minuman dan tempat berlindung (habitat semulajadi). Yang ni faham kan? Apa-apa hidupan pun tanpa oksigen akan mati, kelaparan tahap tinggi juga akan mati, kehausan tahap tinggi juga akan mati, tempat berlindung pula contohnya jika manusia sendiri dibiar lama-lama di tengah panas, atau dibiar di tempat sejuk, boleh juga menyebabkan mati bukan? Nah, di area keperluan organik ni lah adanya “darurat”. Darurat itu hanya berlaku dalam keadaan bila mana nyawanya terancam. Maka makanan yang haram boleh jadi halal. Pembahasan terperinci mengenai darurat ni cari sendiri ya.


Satu lagi persamaan antara manusia dan haiwan itu adalah dari segi naluri. Naluri ini muncul dari hati, ianya pula terbahagi kepada 3 jenis naluri iaitu naluri menyembah, naluri melestarikan keturunan dan naluri mempertahankan diri. Dalam naluri menyembah, haiwan juga menyembah Allah Swt dan beribadah dengan cara yang tidak kita ketahui. Bagi manusia pula, dari naluri inilah munculnya manusia yang menyembah matahari, pokok besar dan apa-apa yang nampak hebat di matanya. Sedangkan atheist sekalipun pasti akan menyembah sesuatu sama ada sains atau individu tertentu. Bagi naluri melestarikan keturunan pula, ianya merupakan naluri yang mendorong manusia dan haiwan untuk tertarik pada lawan jenisnya, rasa sayang pada anaknya atau pada orang tuanya, dan lain-lain. Dan naluri mempertahankan diri pula mendorong hidupan untuk saling berebut sesuatu, atau ingin jadi lebih hebat, rasa ingin menang, rasa marah bila dihina dan lain-lain yang seumpamanya. Naluri-naluri ini sebenarnya tak akan menyebabkan kematian apabila tak dipenuhi tetapi akan menyebabkan kegelisahan atau kemurungan. Ianya muncul daripada realiti yang terdapat di sekeliling kita. Contohnya naluri menyembah, adanya sesuatu yang hebat maka disembah sesuatu yang hebat tersebut, atau dijadikan idola. Realiti bagi naluri melestarikan keturunan pula contohnya nampak pasangan lawan jenis yang cantik, atau yang menarik hatinya maka pasti naluri ini akan timbul dan muncul lah rasa untuk memilikinya. Dan contoh realiti bagi naluri mempertahankan diri adalah teknologi-teknologi yang semakin moden sekarang ni, samaada handphone, komputer, kereta atau makanan sekalipun, ia akan memunculkan rasa taknak kalah dengan orang lain yang memilikinya, maka kita pun akan cuba untuk membelinya, paling tidak pun berangan memilikinya. Nah, Islam sebenarnya tidak menafikan naluri-naluri ni, malah mengaturnya! Di sinilah Islam mengajar manusia supaya menyembah hanya Allah, Tuhan yang Maha Esa. Islam juga tak melarang untuk manusia berkahwin seperti agama-agama tertentu yang melarang penganutnya berkahwin. Malah Islam membenarkan kahwin 4 bagi lelaki dan menggalakkan ramai anak. Dan Islam juga tak melarang kita untuk memiliki teknologi baru, cumanya Islam mengajak kita supaya tidak membazir dan tidak membeli barang yang tak mendatangkan kebaikan. Lagipun tak mati kan kalau tak dapat rumah besar, kereta besar? Apa yang Islam inginkan adalah supaya manusia hidup dengan fitrahnya, dengan benar dan mulia.


:]


Jadinya apa yang membezakan antara manusia dan haiwan? Mungkin kamu semua dah dapat jawapannya. Ianya akal. Dengan akal kita dapat memahami dari mana asal kita, tujuan kita hidup dan kemana kita selepas ini, dapat membezakan yang baik dan buruk, dapat membezakan yang bagus dengan yang tak bagus, dapat berfikir bagi mendapatkan jawapan yang benar, dapat digunakan untuk kebangkitan, mendalami Islam, memahami masalah dan menyelesaikannya, dan kehebatan-kehebatan lainnya yang saya sendiri belum tahu. Dengan akal inilah kita dapat pilih untuk hidup mulia sebagai manusia, iaitu dengan Islam atau ingin jadi hina seperti haiwan yang tiada aturan. Di sini saya ajarkan sikit teknik berfikir. Untuk berfikir, perlunya ada 4 komponen iaitu realiti, panca indera, otak dan maklumat awal. Contohnya ada sebatang pokok (realiti), adanya mata (salah satu panca indera kita) yang melihat pokok tersebut tinggi bersama buah berwarna hijau, adanya otak yang memproses maklumat dan adanya maklumat awal yang menyatakan pokok tersebut adalah pokok kelapa dan dengan 4 komponen ni lah kita dapat tahu bahawa ianya adalah pokok kelapa. Faham kan? Sekarang kita cuba buat apa jadi kalau salah satu komponen tak ada. Contohnya cuba kita fikir tentang manusia yang bersayap, boleh fikir tak macam mana rupanya? Mesti tak dapat kan? Kalau dapat pun tu maknanya angan-angan jek. Sebab realitinya tak ada pun manusia yang bersayap. Cuba pulak kalau orang buta, dia tak pernah kenal gajah. Kita letak gajah kat depan dia, suruh dia cerita kat kita macam mana bentuk gajah. Kalau dia raba-raba dekat belalai gajah, maka dia akan fikir yang gajah tu bentuknya macam ular. Tentulah ianya salah kan? Kemudian, kalau tak ada otak pulak? Kalau tak ada otak bukan jek takleh fikir, nak hidup pun tak bolehhh. Sekarang kalau tak ada maklumat awal, cuba bagi orang yang tak tahu bahasa Arab untuk baca kitab Arab. Mesti tak boleh baca kan? Ha, tu la nama dia tak ada maklumat awal. Maklumat awal ni cara nak dapat dia kena belajar banyak-banyak la ya.


Jadi bagi kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan akal, masih lagi nak hidup hina seperti haiwan, iaitu hidup tanpa aturan? Mulai sekarang, set dalam otak, nak hidup mulia dengan Islam, nak hidup mulia dengan Islam, nak hidup mulia dengan Islam.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai qulub (hati yang disertai akal), tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih hina lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (TQS Al- A’raaf: 179)


:]

12 July 2012

Berehat sebentar bersama...

Unknown | 20:48 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Heheh, tajuk nak macam iklan kan..
Oke laa, sebenarnya memang nak iklan bagitahu sikit,
makluman je pun, bukan iklan betul-betul, kih kih kih..

Agak dukacita untuk keadaan akhir-akhir ni,
rasa macam kosong, kosong, oooo...
eh, silap daa.. lirik lagu plak, har har har..
agak kekurangan idea, otak semacam blank sejak dua menjak nih,
tak tahulah kenapa...
walhal, senario kiri-kanan-depan-belakang kat mesia ni, macam-macam,
boleh dikupas macam kulit kentang, amik isinya, dibuat masak,
macam tu laa perbandingannya secara tak ilmiahnya, ehehe...

Nantilah, saya nak berehat kejap,
kejaaaaap je, tak lama pun, maybe seminggu kot...
Ada 1 isu ni, saya nak buat prolog sikit,
orang jawa cakap, ala, mukaddimah...

Kita umat akhir zaman ni, mudah sangat terpengaruh, sempit pemikiran,
walaupun dari segi fizikalnya, umat mesia dah merdeka dan bebas,
tapi hakikatnya mental, pemikiran kita masih terjajah, terbelenggu, sebab?
Sebab-musababnya :
  1. Song
  2. Spirit
  3. Style
  4. Sex
  5. Smoke
Kenapa 5 perkara di atas?
Itulah, agenda musuh Islam nak menjatuhkan martabat umat Islam,
sebab diorang tahu, diorang kaji sejarah Islam,
bilamana umat Islam berperang, kaum muslimin bersatu hati, melawan umat kafir,
dan yakin bahawa hanya yang benar tidak ada yang tidak benar selain kebenaran,
kebaikan yang akan menang melawan kekufuran dan keburukan,
atas bantuan dan izin Yang Maha Esa, right?
tapi dari itu jugak, umat kafirun ni, semakin cerdik pandai dan bijak, malah jadi terunggul,
(kononnya laa kan)
diorang tetap rajin untuk mencari kelemahan umat Islam, WHY?
sebab diorang bersifat busuk hati,
sejak zaman Nabi saw dulu lagi, sampai sekarang pun...
maka, terhasillah formula yang dikatakan mujarab, berkesan teramat,
untuk melemahkan, menumbangkan umat Islam,
lagi-lagi kat zaman teknologi yang serba canggih ni kan...
kalau tak salah, ada hadis Nabi saw,
(kalau dapat sumber sahih, akan saya keluarkan hadis ni)
"umat Islam semakin ramai di akhir zaman, tapi diibaratkan seperti buih-buih halus di lautan,
hinggakan tidak menimbulkan ketakutan, kegentaran dalam hati kaum kafirun"
wallahualam...


SONG?
haih, tak terkira banyaknya lagu-lagu, yang cintan-cintun lah, rock lah, black metal lah..
hah! yang berunsur atheis, pemujaan selain Yang Esa, pun ada!
macam-macam ada, macam astro!
tujuannya? tak lain tak bukan, untuk melalaikan, me'lagha'kan umat Islam,
secara tak langsung memesongkan kefahaman, aqidah umat Islam yang makin tipis,
apa-apa hal, semua duk perlekeh, tak rock lah, kolotlah.. whatever laaaa...
tak percaya???
cubalah korang survey, kalau kat konsert, kat stadium, kat TV, sape yang ramai duk tercongok kat sana duk melayannya? bangsa tu, toksah kira laa, yang penting tu, AGAMA apa?
umat yang mengaku beragama ISLAM lah..... ye dak?
see?

baru 1 S, ada lagi 4 S,
to be continued........


Maap ler, bukan nak kata apa,
kalau terkasar tu, jangan la nak amik hati saya, eh? hahahah...
oh, janganlah nak terasa hati atau nak melenting sampai ribut taufan hurikan,
kat mesia takde hurikan ribut taufan bagai tu, paling-paling pun angin kuat je..
kalau rasa betul benda ni semua jadi, kita takkan nak tengok saja,
buat bodo sampai ke sudah?
bala, jangan dicari, Tuhan turunkan bala bukan kat manusia-manusia yang tersebut,
semua.. paham tak, SEMUA?
jangan nak tuding jari, nak bising-bising, salahkan orang lain bila dah turun musibah..

10 July 2012

Mimpi yang sekadar mainan tidur

Unknown | 14:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ngeri.
Berulang kali.
Tidak menentu.
Mainan tidur.
Alam mimpi.

Pasti korang pun pernah alami macam tu, kan?
tak kira laa, mimpi apa pun, cuma tak dapat nak ingat sepenuhnya.
Ye, saya memang pernah alaminya,
dan saya sendiri tidak laa tahu apa maksud atau petanda di sebalik mimpi tersebut.

hiasan semata-mata - dari Google

Anak kecil, bayi, dukung, kasih sayang.
Bas, kereta, drive kereta, eksiden.
Bukit-bukau, gunung-ganang, tempat tinggi.
Dikejar makhluk misteri, amat menakutkan.
Laut, pantai, pulau, bot dan kapal.
Lelaki, bekas kekasih, lelaki misteri, tanpa muka.
Ular besar, kelihatan di kawasan rumah.
Deja-vu?

09 July 2012

Antara azan dan solat

Unknown | 16:32 |
Lahirnya insan disambut dengan azan,
sedangkan perginya insan diiringi dengan solat.

Alangkah singkatnya hidup insan,
jaraknya hanya sekadar antara azan dan solat.


renung-renungkan,
megahkah kita dengan usia dan hayat yang ada di dunia ini?

wallahu'alam...

05 July 2012

Tujuan Hidup

Muhammad Akmal | 23:19 |


Assalamu’alaikum.

Pernah tak sebelum ni awak semua fikirkan tujuan kita hidup? Dapat jawapan tak? Atau tak pernah fikir langsung? Tak apa, biar saya kongsikan sikit perihal tujuan kita hidup.

Sebelum tu, tahu tak, setiap alat aplikasi yang dicipta oleh manusia mesti akan disediakan buku manual/panduan bersamanya? Ianya diperlukan supaya alat tersebut dapat digunapakai dengan betul hingga ke sepenuh potensinya dan juga sebagai panduan untuk membaiki alat tersebut sekiranya rosak. Contohnya Televisyen (Tv), mesti orang yang cipta Tv paling tahu tentang kegunaan, kebaikan dan keburukan Tv bukan? Lalu dia jugalah orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan manual bagi Tv tersebut. Jadi bagi manusia pula, siapakah yang paling tahu tentang manusia? Dari mana manusia akan dapatkan jawapan bagi tujuan dia hidup? Sebenarnya jawapannya juga terdapat dalam ‘manual’ bagi manusia. Dan ianya telah disediakan oleh yang menciptakan manusia itu sendiri, iaitu Allah Swt yang Maha Mencipta lagi Maha Mengatur. Manakala ‘manual’ bagi manusia itu adalah Al-Quran yang merupakan kata-kata Allah, sebagai panduan dan pedoman hidup yang sempurna bagi manusia. Faham kan? Jadi sekarang kita rujuk Al-Quran tentang tujuan manusia hidup di dunia.

“dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (TQS Az-Zariyat : 56)

Nah, jadi tujuan manusia hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Tapi apa pula maksud ibadah? Adakah ibadah tu solat saja 24jam? Tidak, menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, “ibadah adalah segala sesuatu yang dicintai dan diredhai oleh Allah Swt samaada perkataan ataupun perbuatan, yang zahir (nampak) dan yang batin (tersembunyi).”

Bermakna juga, segala perkara yang dilakukan kerana Allah, samaada melaksanakan perkara yang diperintahkan-Nya atau meninggalkan segala larangan-Nya, maka ianya adalah ibadah.

Kemudian ibadah terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu :

1.     Ibadah Mahdhoh (ibadah yang murni ibadah) iaitu ibadah yang ‘direct’ kepada Allah Swt contohnya solat, puasa, doa...
2.     Ibadah Ghairu Mahdhoh (ibadah yang tak murni ibadah) iaitu yang ada perantaraan dalam beribadah contohnya bekerja, belajar, bersukan, berpolitik dan sebagainya. Dalam kawasan ibadah Mahdhoh ni, kena hati-hati sebab kalau dilakukan bukan kerana Allah, contoh nak cari kekayaan semata-mata atau nak pujian, atau nak balasan lain, maka ianya tak dikira sebagai ibadah.

Nah, mudah kan? Diingatkan, ia mestilah dilakukan kerana Allah dan sesuai dengan syariat Islam. Jadi sekarang bila da tau boleh lah kita mula bertindak sesuai dengan tujuan kita hidup iaitu beribadah kepada Allah.

“Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. (HR Bukhari dan Muslim)

:]

p/s: ianya asas, kena banyak mengkaji ya.

21SX : Tuttt?

Unknown | 09:20 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

bukan adegan SX okeh?

Woo, tajuk nak 21sx, *bosan dah guna 18sx*
apa ni cik farah oiii..
Oke, saya mengaku,
entri saya tak sehebat entri Hamzah kalau masuk bab-bab SX nih,
tak caya? korang gi la ushar sesawang dia,
kalah entri saya, har har har...

Haa kan?
apsal reramai suka search menda alah yang berbaur SX ni ek?
kalau setakat untuk maklumat, takde problem sangat,
yela, kot la ada lelaki/perempuan yang segan nak jumpa dokter,
tu yang duk search segala-related-dengan-SX ni, kan?

Apa kata,
korang klik link-link kat bawah ni,
nak sangat kan, search pasal SX bagai,
nah, klik la sebijik-sebijik..

1- Cerita Seks
2- Gambar 21sx
3- Kahwin & Seks
4- Kuatkan Tenaga
5- Cerita Sperma

ps :
sila jangan rasa geram, heu heu heu... :P


aYaz :
apsal ek, budak kecik sekarang mudah benor terjebak dengan cinta? sampai sanggup lari dari rumah, lari dari asrama, semata-mata nak ikut pakwe la, kekasih hati la, kekasih gelap la.. heh, kalau betul pakwe-pakwe awak tu sayangkan awak, jadah apa diorang ajak lari, ajak buat benda tak elok?

03 July 2012

Kisah Si Burung #3

Unknown | 20:15 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hari ni dah 3 Julai pun,
terasa cepat benor masa berjalan,
*walaupun hakikatnya tak nampak masa tu berjalan macam manusia berjalan*

Tinggal berapa hari je lagi kan,
nak masuk Ramadhan,
kejap je Syaaban nak habis, huu~

Entri yang lepas,
ada kisah 2 ekor anak burung nih.
Kisah Si Burung #1 - #2
kejap je kan, dari telur sampai laa sekarang ni.

Meh,
kita cuci mata, tengok gambar anak burung hari tu,
makin besor dah 2 ekor kenit ni..

gambar 01/07/2012
1 gambar atas bertarikh 1hb kemaren,
2 gambar yang bawah ni plak,
gambar petang 03/07/2012, baru jugak laa ni..
rajin tak rajin la saya pegi jenguk 2 ekor kenit, opss..
tak kenit dah, besor dah mereka, heee...

"ho chakk! kami dah buleh celik mata, wee~"

"emm, selesanya duduk berdua dalam ni..."

pokok cermai kediaman anak burung

aYaz :
excited bila dapat tahu akan dapat kazen baru..

02 July 2012

Psstt, rahsia ...

Unknown | 20:35 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Rahsia? rahsia apa?
pasal enchek chenta, upssss..
bukan laa, pasal tuan punya belog ni haa.. *wink-wink*

Eh, rahsia laa sangat kan,
walhal takde apa pun, saja je, kih kih kih..
oke, jangan merapu cik farah, sila ke isi utama, titik.

Actually, bukan rahsia apa,
cuma beberapa perkara pasal saya,
yang mungkin orang tak tahu,
so, entri ni, tak berapa umum.. *jatuh di bawah label peribadi*

1. Kumpul resit belian barang atau belanja makan
Yup, sejak study kat Serdang dulu, suka kumpul resit, tak kira belanja kat Antartika mana pun, dah jadi habit, rasa tak selesa kalau tak simpan resit. Kebanyakannya resit belanja yang lebih RM10.00, kalau kurang dari tu, jarang simpan sebab kadang memang takde resit pun, hihihi...
agak bejibun resit, tu baru tahun 2012~

2. Koleksi majalah Remaja (1 haribulan je)
Hahah, yang ni, pelik kot? Remaja terbit 2x sebulan (1 & 15 hb), saya plak tak boleh miss yang 1 hb, nangesh kalau tak dapat beli.. oke, tu tipu. Entah sejak bila duk rajen beli majalah ni, seingat laa, dulu masa kat matrik johor kot, start baca dan beli sendiri majalah nih.
Oo yek, teringat 1 kisah related dengan hal ni, nak tahu? Sebermula ceritera, eh? mengarut, haha.. Camni, dulu, tiap kali saya beli Remaja ni, ada la hamba Allah yang berebut nak baca, diorang ni member 1 class, nak jadi ceritanya, Ketua dan Penolong plak tu yang berebut, yang si Ketua ni, enchek chenta saya sekarang, ngeh ngeh ngeh.. yang si Penolong tu plak, kitorang panggil Wen, dah selamat jadi isteri orang pun... Diorang memang tak sah kalau tak berebut Remaja, walaupun tuan punya belum sempat belek, diorang rasmi dulu beleknya.. *sigh*
*agak blur*

3. Memilih bila nak beli alat tulis
Motif? banyak tau. Mesti bagus bila digunakan, lancar, takde keluar 'taik pen' (dakwat meleleh-leleh, bukan pen tu berak okeh?), harga tak mahal benor, tak nak brand yang cikai (Pilot, Faber-Castell, Pentel, Buncho) tapi sekarang tak sekolah dan tak banyak menulis, brand yang cikai pun balun je (G-Soft, Faster - agak cikai tapi dah makin berleluasa, erkk?).

*gambar tak lawo, huu~*


aYaz :
sedang memikir-mikir dan planning, urmmm...

Mengharap Bimbingan

Muhammad Akmal | 18:56 |
Assalamu'alaikum.


Biar saya perkenalkan diri sikit. Panggil saya Akmal Adin, dari Pasir Gudang.

Saya penulis jemputan dalam blog ni, thanks to kak Farah!
Sebelum ni memang tak ada pengalaman menulis pun so kalau ada salah mohon ditegur ya?
Sejujurnya saya ni pemalas orangnya so jangan pelik kalau saya kejap ada kejap tak ada macam biskut! :p



Ok, topik ni ada kaitan sikit dengan hidayah/petunjuk sebenarnya.

Pernah tak awak semua baca kisah-kisah orang masuk Islam atau kisah orang Islam yang mula berubah jadi baik?
Dan pernah tak awak semua menghayati perjalanan perubahan mereka tu, macam mana ianya berlaku?


Kebanyakan kisahnya bermula daripada masalah hidup yang dihadapi atau terdapat persoalan-persoalan yang tak mampu diselesaikannya sendiri. Lalu daripada perkara itulah mereka akhirnya mula mengalah dalam keadaan tunduk dan kemudian cuba mencari seseorang atau apa sahaja untuk membimbing mereka. Mereka pun memulakan langkah dengan mengharap bimbingan samaada dengan cara bertanya kepada orang Islam sendiri, atau dengan membaca Al-Quran, atau dengan berhenti memakan babi, berhenti meminum arak, berhenti melakukan zina, mula belajar berdoa kepada Allah Swt, mula belajar tutup aurat, mula bertaubat daripada kesalahan mereka dengan bersungguh-sungguh dan pelbagai cara lagi samaada meninggalkan perbuatan buruk atau mula berbuat baik, walau dari sekecil-kecil perkara sekalipun. Akhirnya mereka sedar, mereka telah menjadi seorang Islam. Contohnya kisah bawah ni :



Sumber : Fb (klik untuk lebih jelas)


Ianya berkaitan hadis ini :-

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang banyak, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari”,
(Hadits Qudsi riwayat Bukhari & Muslim).


Nah, di kala kita semakin dekat pada-Nya, Dia bahkan 2x lebih dekat pada kita. Semakin memberi perhatian-Nya pada kita, bergantung pada usaha kita dalam mengharap bimbingan-Nya. Jadi mulai hari ini, mari kita cuba ubah segala amal kita supaya dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah Swt iaitu supaya kita makin dekat pada-Nya dan mendapat keredhaan-Nya. Jadi mana yang Islam suruh, kita buat dan mana yang Islam larang, kita cuba tinggalkan. InsyaAllah bimbingan itu lebih dekat. Saya sendiri pun masih berusaha ke arah itu. Dan selalu lah kita bersangka baik pada Allah Swt. Kita mungkin tak tahu kenapa sebahagian perkara itu diizinkan untuk berlaku dan sebahagiannya tidak. Tapi ingatlah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jadi, berserahlah!


Apapun, selamat mencuba!


:]

01 July 2012

Review Gadget : Galaxy Nexus 7

Unknown | 20:34 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Suka dengan gadget ter'latest'?
Kerap tukar gadget?
Sanggup berhabis duit untuk beli gadget paling latest dan cool?
Haa, jom layan info ni.

Galaxy Nexus 7

Harga pasaran : $ 199 ( lebih kurang RM 636 )

Specs :

Screen

  • 7” 1280x800 HD display (216 ppi)
  • Back-lit IPS display
  • Scratch-resistant Corning glass
  • 1.2MP front-facing camera

OS

  • Android 4.1 (Jelly Bean)

CPU

  • Quad-core Tegra 3 processor

Weight

  • 340 grams

Memory

  • 8 or 16 GB internal storage
  • 1 GB RAM

Battery

  • 4325 mAh

Features

  • Microphone
  • NFC (Android Beam)
  • Accelerometer
  • GPS
  • Magnetometer
  • Gyroscope

sumber info :

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.