CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 June 2012

Mitos & Kesihatan : Mata

Farah Zahid | 09:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


MITOS 1 :
Tonton TV terlalu dekat rosakkan biji mata.
FAKTA 1 :
Ibu bapa selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata. Namun, menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama boleh sebabkan penyakit rabun jauh.



MITOS 2 :
Jika ibu bapa punyai masalah penglihatan, anak-anak juga berisiko dapat masalah yang sama.
FAKTA 2 :
Kenyataan ini adakalanya betul. Kalau kamu pakai specs disebabkan masalah penglihatan yang kurang jelas atau mengalami katarak, anak-anak kamu berpotensi tinggi mewarisi sifat yang sama.

MITOS 3 :
Makan lobak merah baik untuk penglihatan.
FAKTA 3 :
Memang benar lobak merah kaya dengan Vitamin A yang penting untuk penglihatan, namun masih ada pilihan lain seperti asparagus, aprikot, dan susu yang boleh membantu menjaga kesihatan mata, serta amalan diet yang seimbang juga membantu.



MITOS 4 :
 Penggunaan PC/laptop boleh rosakkan mata.
FAKTA 4 :
Berdasarkan kajian AAO, tidak ada bukti yang gunakan PC boleh sebabkan mata jadi rosak, akan tetapi, kalau menggunakannya dalam tempoh yang panjang, akan menyebabkan mata kurang berkedip mengikut kebiasaannya. Perkara ini mengakibatkan mata menjadi kering dan masalah sakit mata. Untuk itu, setiap kali gunakan PC, kamu perlu berhenti sekali-sekala untuk merehatkan sekejap mata kamu.

MITOS 5 :
 Hanya kaum lelaki yang mengalami buta warna.
FAKTA 5 :
Menurut kajian AAO, dianggarkan bahawa sehingga 8% kanak-kanak lelaki mengalami sedikit masalah buta warna, manakala kurang dari 1% kanak-kanak perempuan mengalami masalah itu.




sumber :
iSIHAT-mei2012 

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.