CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 April 2012

Adik dan Pe'ah

Farah Zahid | 10:13 |
hai, tajuk entri dah macam tajuk cerita kat tv la plak, ngee~

pe'ah dan 2 anaknya



jangan buat-buat terkejut plak,
famili kitorang panggil kucen ni Pe'ah,
(walhal kucen ni jiran yang punya).

foto ni di'snap' waktu petang beberapa hari yang kemaren,
tu pun lepas Pe'ah ni bawak jenjalan anak-anaknya,
(ada 3, tapi yg berani ikut, cuma 2),
sekor lagi menyorok kat balik pokok,
lepas tu masuk dalam rumah,
cehhh, pemalu la kunun.....

adik dan Pe'ah dan anak Pe'ah
*sila teleng kan kepala anda okeh, mueheheh*

foto kedua, macam *&#%@&!
saya tak tahu macam mana foto ni boleh jadi horizontal,
suppose bila edit vertical, upload pun vertical,
siap upload, nak insert foto, tetiba jadi horizontal macam nih,
adehhhhh.... stress seh....
oke, sila abaikan.

untuk info,
keluarga kitorang memang suka yang amat kat hewan kucen,
famili atok, penah ternak bela kucen pada satu masa lampau,
(lampau la sangat kan...)
jadi, kesimpulannya, anak-cucu-cicit, memang suka kat kucen...

korang plak, macam mana?
( ^_^ )v



aYaz :
teringin nak bela sekor sugar glider.. oke tak?

25 April 2012

Wordless Wednesday : 2

Farah Zahid | 19:04 |
Copyright 2012-masam-manis




aYaz :
kenangan dinner H14 @ KMJ Tangkak batch 05/06

22 April 2012

Diam je kau ni kan?

Farah Zahid | 08:28 |



Leka. Menung.
kelihatan dari jauh, dia mendekat,
ada apa? pandang-pandang ni...

diam, membisu.
huh, asal orang ada kat sini, kau pun ada jugak...

kaku, pembisuan kali kedua.
ishh.. sabar je la aku... sambil melihat keadaan dirinya.

membisu kali ketiga, dengan pandangan sayu ke arahku.



masuk ke dalam rumah, mencari sesuatu.
aku bergegas keluar lalu mendapatkan dia yang di luar.
nah, aku tahu kau nak 'benda' ni kan?

riak wajahnya nampak teruja, bak kanak-kanak dapat jajan.
dia menghampiri ku....
ha, diam je ke? tak nak ucap 'thank you' kat aku?

dalam tak sabar, akhirnya terdengar juga,
meeeoooooowwwwwwwww~ 






aYaz :
geram tak? ( >__< )

19 April 2012

Pertunangan : Perlu ke?

Farah Zahid | 20:52 |


Bertunang, perlu ke? wajar ke?
Kalau perlu, macam mana proses yang sewajarnya?
Kalau tak, kenapa plak?


Saya agak pening lalat bila diutarakan perkara sebegini,
maklum laa, belum ada pengalaman,
majlis sendiri mahupun majlis saudara seibu sebapa,
kih kih kih ...

Pada pandangan saya laa,
pertunangan tu, kalau tak ada pun tak apa,
atau nak buat serentak dengan akad nikah pun, boleh aje,
tergantung pada pasangan yang berkenaan, kan, kan?

1 hal lagi,
yang agak memberatkan kaki kepala saya mengenai hantaran,
macam mana plak tu?
dah masa tunang ada hantaran,
masa akad nikah pun ada hantaran?
waduhhhh ... 
macam ni, saya tak payah laa bertunang ....

Korang ada apa-apa pandangan fasal ni?
share-share laa, sebab tiap orang tak sama kan ..





aYaz :
ada yang buat majlis tunang dah macam majlis kahwin,
boleh tahan laa grandnya tu .....

18 April 2012

Wordless Wednesday : 1

Farah Zahid | 10:29 |


sijil kursus pra-perkahwinan negeri johor





aYaz :
okeh, 1st time nak buat 'Wordless Wednesday' macam kat blog lain, mueheheh ...

17 April 2012

Menu Sihat : Smoothie Nanas

Farah Zahid | 13:20 |
jom, ushar menu sihat hari ni

Smoothie Nanas

Bahan-bahan :

  • 500g isi nanas (dipotong dadu)
  • 100mL yogurt asli
  • 200mL susu segar
  • 3 sudu gula (mengikut kesesuaian dan kemanisan)


Cara membuat :
  1. Simpan sejuk nanas untuk lebih kurang 4-5 jam
  2. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar sehingga lembut
  3. Smoothie nanas sudah siap, tuang ke dalam gelas, dan sedia untuk dihidang

Khasiat :
Nanas mengandungi kandungan gula yang tinggi dan kaya dengan vitamin A, B dan C.
Minum jus nanas terbukti berkesan mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.


Selamat mencuba!



sumber info :
Remaja April2012

16 April 2012

Kesedihan Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Farah Zahid | 20:16 |
Entri saya ni, sekadar perkongsian yang tak seberapa,
cerita selanjutnya boleh la baca di laman blog Ustaz Khalil ( Kadi Kluang ).

Apa pun, saya berharap Dr. Ridhuan sentiasa kuat dan tabah,
mudah-mudahan, InsyaAllah ...





aYaz :
setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian ..

15 April 2012

Berapa kali cubaan daa ...

Farah Zahid | 10:25 |
aku nikahkan engkau dengan nurin adriana batrisya binti daud dengan mas kahwin 300 ringgit, tunai ......
 aku terima nikahnya .. nurin, err ... adri-ana ... errr ... saya 'terai' lagi sekali tok, uhh ...
ihsan unkel google

hah? hamek kau, gagap ...
FAILED beb!
pengantin lelaki dah laa gabra semacam depan tok kadi, *dup-dap-dup-dap*
( aisehhhh ... apa pasai buleh gagap nak sebut nama bakal bini ... padahal praktis dah kemaren ... )

tu ah, siapa suruh bagi nama anak perempuan sedap bebenor,
sampai tergeliat lidah bakal suaminya nak nyebut masa akad nikah,
kesiaannnnnn dia loh ...

oo ye ...
pesanan untuk bakal bapak dan ibu sekalian,
jangan laa duk letak nama anak perempuan ( kalau anak lelaki sila abaikan ) yang pelik-pelik,
memang panjang, bunyinya sedap sesangat, nama moden la katakan, ( tak mau kalah tuh! )
tapi tak patut jugak kot?
kesyiiiaaannnnnnn, kat bakal menantu awok-awok semua,
sampai gagap-gagap, tergeliat mulut lidah nak sebut nama anak dara awok masa akad ...


ps :
biar nama anak simple tapi maksud tetap ada, terbaekkkkk!

aYaz :
kepada enchek bakal suami saya, kamu pasti mudah nak sebut nama saya.. :)

14 April 2012

Cerita 21SX

Farah Zahid | 14:52 | |
waw!! kih kih kih .. sila perhati betul-betul yaaaa .....

ahahah ..
asal ada -SX je kat belakang tuh, reramai duk excited, ye kan? kan?



oke, next ..
kenapa 21SX, bukan 18SX?
sebabnya ......... nak tahu?
kalau 18SX, setakat habes SPM tu, semua tahu dah ...
kalau 21SX, yang ni bahan berunsur lebih dari umur habes SPM, kih kih kih ....
( oppsss ... :p )


ala beb, normal la kan, orang memang giler excited kalo cerita pasal SX ni..
>>> a'ah, memang normal la tu ... tapi tak senonoh kot?

jadah hape ko duk ushar pasal SX ni, pastu cerita kat umum, tak reti malu ke weh?
>>> ayat macam alim lagi warak, walhal yang macam tu 'mungkin' over excited, ekekeke ..


kalau untuk ilmu, itu tak jadi salah pun,
tak ada orang nak marah punya laaaa,
yang jadi salahnya tu, bila ilmu tu disalahgunakan ...
jadi, moral untuk kehidupan - tepuk dada, tanya iman -



aYaz :
semakin lama, semakin tipis akhlak muda-mudi generasi mendatang ..

06 April 2012

contest, contest

Farah Zahid | 09:39 |
silangkata ?



ATAU


soalan kuiz yang menguji minda?



jangan risau,
tuan blog akan sediakan hadiah,
kalau salah satu peraduan dijalankan.

korang nak tahu hadiah-nya?
kena join dulu peraduan-nya,
kalau tak-nya,
memang la takkan tahu-nya ...
*bhahahahaaaa*


- T.U.N.G.G.U -

02 April 2012

Hantaran

Farah Zahid | 21:06 |
yang ini, atau yang itu?
haih, pening jugak ek?
*padahal belum apa-apa, kih kih..*

kek cawan
*cupcake la tuh*

kek



aYaz :
tengok pada minat dan kemampuan masing-masing, ye tak? 

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.