CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2012

KEMBALIKAN IA KEPADAKU

Awa'ish Bintuttam | 03:03 | |

Assalamualaikum...tak jawab berdosa...huhu...

Apa khabar para readers dan bloggers? Jika sihat, alhamdulillah...jika sakit pun kena ucap alhamdulillah juga kerana nikmat yang dikurniakan Allah SWT lebih besar dan lebih banyak daripada ujian dan penderitaan yang kita hadapi sekarang ini...nikmat hidup, nikmat menghirup udara beroksigen, nikmat pancaindera dan nikmat yang paling BESAR SEKALI nikmat beragama iaitu nikmat ISLAM dan nikmat IMAN...

Entri kali ini saya nak kongsi dengan readers dan bloggers semua tentang pengalaman bermakna yang saya tempuhi setelah bergraduasi...


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun saya menjadi pekebun anggur terhormat (penganggur berijazah)...huhu...dan selama itulah saya dapat merasai sekeping sijil tidak membawa apa-apa makna pun melainkan jika disertai ilmu yang sentiasa melekat di dada.

Pernah tak korang rasa macam kosong je lepas bergraduasi? Rasa seperti tak pernah belajar apa-apa...macam tu lah keadaan saya selepas habis belajar...diploma dan juga ijazah...rasa kosong...kosong...kosong... percaya tak kalau saya katakan, saya telah panjangkan tempoh pengajian ijazah saya...orang lain biasanya nak habis belajar cepat, tapi saya takut nak grad...sebab utama, saya risau... saya tak tahu apa yang patut saya buat lepas habis belajar,  saya risau sebab saya seperti tak pernah belajar apa-apa, saya risau sebab saya rasa saya tak punya apa-apa kelebihan untuk saya berbakti kepada masyarakat...mungkin juga disebabkan saya tak ada keyakinan dengan dunia selepas belajar. 

Walaupun begitu, saya tetap bersangka baik kepada Allah, saya berdoa dan antara doa saya ialah :


اللّهُمَّ إِنِّي اسْتُودَعْتُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ فَرْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي وَلَا تُنْسِنِيْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْن

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam .


Lepas je habis final exam semester yang terakhir, sebaik saja sampai di kampung halaman, tanpa bertangguh saya terus mencari kerja. Dan dapat la satu kerja yang jauh melencong dari bidang sebenar saya. Saya rasa macam sia-sia saja saya belajar selama ini, langsung tak dapat diguna pakai lepas habis belajar. Jadi, saya cuba bermacam cara supaya apa yang saya belajar selama ini berguna dan bermanfaat dalam hidup duniawi dan ukhrawi saya... antaranya melalui tuisyen (secara sambilan pada waktu malam) tanpa perlu berhenti bekerja di siang hari.

Dalam gementar, takut, risau, rasa tak pandai, rasa tak mampu, dan bermacam-macam perasaan lagi, saya nekad untuk teruskan niat saya (mengadakan tuisyen). Saya bertawakkal dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih-lebih lagi, apabila saya mendapati yang menyertai tuisyen saya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz 30 juz, asasi pengajian Islam, diploma selain pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Bermula dengan doa, saya start mengajar... Tanpa terduga dan amat mengejutkan sekali ialah saya mampu mengingati pelajaran-pelajaran saya tanpa perlu membelek buku semula. Di saat itu hati saya menikmati manisnya menyebarkan ilmu.

Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku di atas “kembalikan ia (ilmu) kepadaku ketika aku memerlukannya”...

28 December 2012

INDAH DILUARAN BAUNYA TAK TERTAHAN

Awa'ish Bintuttam | 09:38 | |



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…


بسم الله الرحمن الرحيم.والعصر. ان الانسن لفى خسر. الا الذين امنوا وعمل الصلحت وتواصوا بالحق 
وتواصوا بالصبر...

Duhai akhi saudara seislamku
Sudah puas kuberlari
Mencari erti persahabatan ini
Telah lama kuberlayar
Menuntut masa yang tidak terbayar

Berat rasanya
Jemari ini menari
Namun
Demi kemusykilan yang sukar diluah
Kulakarkan jua di atas warkah
Semoga keredhaan-nya
Mengembuni hati ini

Tidak pernahkah akhi terfikir
Dimanakah letaknya nilai interaksi ini?
Sungguh
Keakraban terjalin
Ibarat sang dedap di hutan
Indah diluaran
Tapi baunya tidak tertahan

Benarkah
Tidak pernah terlintas
Walau secebis Cuma?
Semakin akrab terjalin
Semakin jauh dari-nya?
Hati ini telah puas berfikir
Namun lisan ini keras untuk mengukir
Bahawa
Semua ini tipu daya syaitan

Masih segar diingatan
Betapa kelalaian telah lama singgah
Ditutup dengan kalimat indah
Persahabatan ini adalah kerana-nya?
Benarkah begitu?

Ingat lagikah duhai akhi
Saat barbicara bertukar cerita
Terselit jua gurau dan tawa
Yang bukan berada di dalam syariat-nya
Telah menanglah musuh kita
Berdekah-dekah bertepuk bangga
Dua hati ternoda kini
Secara halus tanpa kita sedari

Duhai akhi saudaraku seislam
Cukuplah dengan kealpaan semalam
Takkan kuulangi zunuubun silam
Dengan perantaraan kalimah islam
Demi jiwa kekosongan kini
Inginku penuhi apa yang diredhai
Hati ini menginsafi diri
Hanya taubat nasuha dapat mengubat
Semua kecederaan yang lama berkulat

Berlayarnya warkah ini
Bukanlah untuk memutuskan
Jalinan persahabatan yang bersemi
Tetapi tautkanlah ia
Dengan penuh adab
Berlandaskan syariat

Semoga
Niat suci ini
Mendapat sokongan dari-nya
Diiringi rahmat
Hidayah wal inayah-nya
Semoga jiwa ini hidup di dalam keagungan-nya
Insya allah
Janji allah adalah janji yang pasti

Sahabatmu seislam
Awa'ish Bintuttam
2008-02-13


20 December 2012

Koleksi buku menambah pengetahuan

Farah Zahid | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Siapa sini yang tak suka tengok / beli / baca bahan bacaan, especially BUKU ?
ehm, kalau saya dah mula 'tergoda', pantang nampak kedai buku / pameran buku. >_<

3 buku

1) 110 Solat Sunat (RM 5.00)
Koleksi solat sunat yang kompak dalam buku mini ini, insyaAllah membantu anda untuk mengerjakan sebarang solat sunat walau di mana anda berada. turut disertakan beberapa zikir dan doa ringkas. sesuai untuk amalan harian anda. :)

2) Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? (RM 17.50)
Perbahasan mengenai Iskandar Zulqarnain.siapakah Iskandar? dan siapa pula Zulqarnain?
siapakah Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran?

3) Mudahnya Menjemput Rezeki (RM 18.00)
Bagaimana menjemput rezeki? bagaimana menjemput rezeki sebagai seorang hamba Allah?
Orang beriman yakin rezeki itu daripada Allah, sedangkan yang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Harta yang kita miliki, seandainya tidak dapat kita ambil manfaatnya bukanlah rezeki kita. Milik kita belumlah tentu rezeki kita.

FS :
dah nikah nanti, nak angkut koleksi buku-buku ke rumah sendiri, buat perpustakaan mini .. ^o^

19 December 2012

Wordless Wednesday 17

Farah Zahid | 09:02 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

cincin di jari
- satu gambar sahaja boleh mencetuskan 1001 andaian di minda -

17 December 2012

TAK MUNGKIN AKAN BERSATU

Awa'ish Bintuttam | 12:56 |
Salam  kesejahteraan semua...entri lama tak habis lagi, buat entri baru pulak ye...bukan apa, saya nak luah apa yang terbuku di hati sedikit.

Saya telah terlalu banyak belajar, daripada bayi yang hanya tahu menangis saja sampai la sekarang ini dah 25 tahun pun...tapi ilmu yang dipelajari itu kelihatannya senang hilang dari ingatan. Asyik-asyik lupa, rasa payah nak menghafal dan mengingat. Kenapa ya? :'(

Tiba-tiba, dengan izin Allah saya teringat akan sebuah syair Imam Syafie:

"Aku mengadukan kepada waki' (guruku) tentang buruknya hafalahku
maka guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat
dan (guruku) berkata : Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat "

Oh, jadi saya kena jauhi maksiat...elakkan sedaya-upaya walaupun ianya hanya dosa kecil. Apatah lagi dosa besar kan? lagi la kena jaga diri...banyakkan istighfar dan bertaubat...

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ ( Az Zumar : 53 )

ILMU ADALAH CAHAYA
MAKSIAT ADALAH KEGELAPAN
CAHAYA DAN KEGELAPAN TIDAK MUNGKIN AKAN BERSATU



15 December 2012

RUNTUHNYA SEORANG LELAKI

Awa'ish Bintuttam | 18:09 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,

Kali ini saya ingin bawakan kisah sejarah yang tidak termaktub di dalam al-Quran secara khusus, hanya diceritakan secara umum untuk dijadikan pengajaran dan tauladan kepada kita sebagai da'ie...pengajaran ini ingin saya tujukan khusus kepada WANITA agar tidak menjadi penyebab keruntuhan seseorang LELAKI...    


"saya telah meringkaskan cerita ini sependek yang mungkin."

Sejarah telah membentangkan tentang banyak peristiwa besar terjadi bermula dari tipu daya wanita dan salah satunya adalah kisah seorang wanita yang menjadi penyebab terlucutnya kenabian seorang lelaki yang bernama Bal'am.


Firman Allah SWT yang bermaksud : sesungguhnya tipu daya kamu (wahai wanita) adalah besar. (Surah Yusuf : 28) 

" Manakala tipu daya syaitan adalah lemah. "


Sebagaimana firman Allah lagi yang berbunyi : sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (Surah An-Nisa' : 76) 


Baurah adalah isteri kepada Nabi Bal'am yang datang dari susur jalur keturunan Nabi Luth A.S. Nabi Bal'am ini dikenali oleh kaumnya di Palestin sebagai seorang alim, ucapannya sangat sakti, doanya sangat mustajab dan semua munajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Inilah mukjizat yang Allah telah kurniakan kepada Nabi Bal'am.
Bermulanya catatan kelam sejarah kaum hawa apabila suatu ketika bumi Palestin dikejutkan dengan berita tergempar bahawa Nabi Musa A.S dengan segenap pengikut Baginda A.S sedang mara menuju ke Palestin. Oleh sebab itu, seluruh penduduk bumi Palestin dicengkam rasa ketakutan, lalu mereka berjumpa Nabi Bal'am untuk memujuknya supaya berdoa kepada Allah agar menyekat kemaraan Nabi Musa A.S. Sebagai seorang nabi, mana mungkin Nabi Bal'am mendoakan kehancuran Nabi Allah Musa A.S. "Celakakah kalian ini! Tahukah kalian bahawa Musa adalah nabi Allah. Dia disertai para malaikat dan para pengikutnya yang beriman". 

Mereka sebenarnya gerun dengan kehebatan cerita-cerita kemenangan yang berjaya diraih oleh Nabi Musa A.S dan para pasukannya. Oleh sebab itu, mereka tidak berputus asa menemui Bal'am. Setelah berkali-kali beliau dipujuk, Nabi Bal'am berkata kepada kaumnya,"Aku akan mencari petunjuk daripada Allah". Lalu Allah memberi jawapan dengan larangan mutlak bahawa tidak boleh mendoakan kecelakaan terhadap Nabi Musa dan pengikutnya. Ketakutan mereka melebihi keimanan mereka terhadap Allah SWT. Pujukan demi pujukan dilakukan supaya Nabi Bal'am mahu mendoakan kehancuran Nabi Musa A.S dan pasukannya. Sekali lagi Nabi Bal'am mencari petunjuk Allah, namum Allah tidak menjawabnya. "Aku sudah cuba mencari isyarat dari Rabb, namum Rabbku tidak memberi jawapan". Meraka sangat kecewa dengan jawapan Bal'am. Mereka memujuk isteri Bal'am pula, Baurah.


Baurah adalah seorang wanita duniawi yang bermata duitan dan cintakan kekayaan. Dengan itu, mereka menggunakan kelemahan Baurah ini sebagai senjata untuk melembutkan hati Nabi Bal'am. Baurah ditawarkan harta yang banyak, termahal dan tidak ternilai harganya hasil daripada kutipan penduduk Palestin. Melihat tawaran hebat itu sudah tentu Baurah langsung bersetuju untuk membantu kaumnya memujuk suaminya. 

Dengan menggunakan segala kelebihan Baurah sebagai seorang wanita, dia memujuk suaminya agar mahu berdoa kepada Allah. "Kanda sudah mencari isyarat Allah, tapi tiada balasan dari-Nya". Baurah memujuk,"Diam itu tandanya Tuhanmu menyerahkan segala keputusan itu kepadamu,kanda. Ini bermakna kanda sendirilah yang harus membuat keputusan. Mahukah kanda melihat isterimu, anak-anakmu dan keluargamu terbunuh?". 

Akhirnya Bal'am termakan jua dengan kelunakkan pujukan isterinya. Dia pun segera menunggang keldai ke puncak bukit sambil dibantu oleh isterinya bagi mengirim
kehancuran terhadap Nabi Musa dan pasukannya melalui doa saktinya. Allah SWT membela Nabi Musa dan para hambanya yang beriman. Kenabian Bal'am ketika itu digugurkan. Dipadamkan namanya dari senarai nama nabi-nabi Allah. Bal'am menyedari hakikat itu, walaupun begitu Bal'am tetap menyebelahi kaumnya. 

Bal'am mengerahkan seluruh wanita agar mencantikkan diri dengan secantik-cantiknya agar mampu menggoda dan melemahkan pasukan Musa A.S. Sebahagian pasukannya gugur, kalah dengan godaan para wanita kaum Bal'am. Dengan bantuan sahabat baik Nabi Musa ketika itu, mereka berjaya memerangi pasukannya yang engkar. Lalu bersama-sama para pengikutnya yang beriman, mereka memerangi Bal'am dan kaumnya. Bal'am telah rugi dunia dan akhirat. Kemuliaan dan kebahagian yang hakiki ditinggalkan kerana seorang wanita. Lalu Allah jadikan kaumnya kaum yang kalah. 

Firman Allah yang berbunyi : Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya samalah seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya, dia tetap menghulurkan lidahnya. Demikianlah itulah perumpamaan yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (Surah Al-A'raf : 176)


wanita solehah merupakan insan yang menghiasi syurga-syurga Illahi
sebagai harapan dan rindu dendam bagi insan soleh


JADILAH KAUM HAWA SAYAP KIRI KEPADA KEJAYAAN KAUM ADAM... KERANA SESUNGGUHNYA DISEBALIK MANUSIA-MANUSIA AGUNG DAN UTAMA ADA SEORANG WANITA YANG MEMBANTUNYA...

MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN...

Awa'ish Bintuttam | 02:00 |
Jari diletakkan di atas key board, aktif sekali menari-nari ingin menaip. Namun setiap kali mata melihat desktop, ternyata otak beku enggan mencurahkan baktinya. Taip, edit kemudian delete…begitulah. 

Hatiku terus berkata-kata sebagai pemangkin semangat. “Sebagai seorang da’ie, kita mesti memiliki seni kekreatifan, sedangkan belakang parang kalau diasah lagikan tajam inikan pula seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, jadi tak ada bakat boleh dilatih sehingga berbakat”. Lalu jariku terus bersemangat menari-nari di pentas key board. 

Kata hatiku lagi, “Ini adalah sebuah latihan, kenapa perlu takut? Kalau salah, betulkan. Kalau benar, tegakkan.” Malu? Ya, sememangnya malu itu patut ada kerana malu itu tandanya ada iman, malu itu sebahagian dari iman kerana dengan malu akan terhasillah akhlak yang mulia.
Sabda Baginda SAW : Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak dan akhlak Islam ialah malu. (Hadis riwayat Imam Malik)
Namun malu itu mesti bertempat. Malu untuk belajar, malu untuk bertanya, malu untuk mencuba, malu kerana takut salah, malu kerana takut diejek atau diperli, malu menyatakan kebenaran…malu-malu sebegini bukan suatu yang dituntut oleh Islam. Lalu otakku ligat mengingatkan firman Allah yang termaktub di dalam kalam-Nya yang Mulia :

Yang bermaksud : Sedangkan Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran.

(Surah Al-Ahzab ayat 53)

Malu untuk melakukan dosa dengan sengaja, malu berhadapan dengan perempuan (jika lelaki), malu berhadapan dengan lelaki (jika perempuan), malu untuk berbicara yang bukan-bukan, malu kerana tidak berlumba-lumba melakukan kebaikan. Itulah malu yang dimiliki orang yang beriman. Sesungguhnya Rasulullah itu memiliki sifat pemalu yang lebih daripada malunya seorang perempuan. 

Diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri : Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal dari wajahnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Jadi, dengan segala coretan kata-kata semangat ini, jari-jemariku tidak malu untuk terus menari-nari, malah akan menari lebih aktif, lebih cantik, lebih efisyen lagi di masa hadapan. Doa-doakan. 

Awaish Bintuttam 
13/12/2012 – Khamis malam Jumaat – Jam 10.11 malam.

13 December 2012

Kisah kekanak pandai jawi dan menang Smarties

Farah Zahid | 20:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Jumpa lagi hari ni.. :)
tapi waktu sekarang ni mesti ramai yang duk melayan AFF Suzuki Cup 2012,
Malaysia vs Thailand.
tak ketinggalan, status-status di fesbuk, ada yang "berperang" antara perlawanan bola tersebut ataupun melihat forum agama di malam Jumaat. :3

Opss, lari tajuk ni gayanya, haha! maaflah.

kenal tak siapa kekanak tu? hihi~
-Utusan Melayu 8 Julai 1993-
Bukan niat nak menunjuk, cuma nak berkongsi kenangan kira-kira 20 tahun dulu.
ini adalah zaman belajar di Tadika Masjid Jamek Batu Pahat, guru tadika ialah Puan Halimah.
*sekarang dah tukar jadi Masjid Jamek Sultan Ismail*

'Fofuler' la sekejap, muka masuk dalam akhbar Utusan Melayu yang tulisan jawi tu.
agaknya sekarang ni, masih ada ke generasi muda beli akhbar jawi dan boleh baca jawi?
Sekarang tak 'fofuler' pun, muka tak masuk dalam akhbar, majalah, mahupun media.
*sob sob sob*

menang peraduan Smarties/Dewan Pelajar, yeay!
Yang ni plak, surat rasmi. sebab menang Peraduan Smarties/Dewan Pelajar edisi Julai 1993.
waktu tu umur baru tadika, macam tak percaya boleh menang. hihi.
Opkos la, nama keluar dalam majalah Dewan Pelajar, *ada yang tak tahu ke majalah Dewan Pelajar?*
banyaklah surat-surat cinta salam perkenalan dari orang yang beli majalah tu, auww! femes ai. :D

hadiahnya best wooo~
Hadiahnya apa? coklat Smarties dan baucer buku DBP. best tak? best tak? >o<
kebetulan masa tu cuma ada seorang adik yang masih kecil, maka yang tukang makan coklat Smarties tu adalah saya dan emak abah saya. mau tak seronok!

Kami gunakan baucer DBP tu dengan pergi ke cawangan DBP di bandar Batu Pahat,
*sekarang dah takde pun kedai DBP tu, ganti dengan kedai makan kalau tak salah*
beli buku Kisah Nabi Muhammad saw, koleksi buku kucing dan itik, dan apa lagi entah, lupa!

Kan best, kalau peraduan atau pertandingan dapat hadiah yang macam tu. dapat baucer buku sangatlah best sebenarnya, sebab saya pantang nampak buku. mesti nak beli walau sebuah. :)


FS :
majlis kahwin biasanya dapat hadiah barangan dan keperluan rumah je .. ^o^

12 December 2012

MOE : Semakan Tawaran Ke Ting. 1 Sekolah Seni Malaysia (2013)

Farah Zahid | 20:04 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Status tawaran ke Sekolah Seni Malaysia bagi sesi 2013 sudah boleh disemak mulai 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012 ini.
Berikut dipetik dari sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 boleh dibuat melalui sistem online eSSeM bermula pada 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web KPM, www.moe.gov.my untuk membuat semakan

Ada yang masih belum tahu, apa itu Sekolah Seni Malaysia? menurut sumber dari sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Seni :
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan  menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
saya nak jelaskan di sini pun, terlalu panjang, esok pun belum tentu siap entrinya, kih kih.
Untuk detail, bolehlah klik di sini : Sekolah Seni Malaysia.

11 December 2012

Blogger hebat yang 'friendly' ..

Farah Zahid | 21:03 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai, jumpa lagi. dah berhabuk pun blog ni. kesian blog, huhu.

Ehm, siapa dia blogger hebat yang 'friendly' tu?
nak tahu? jeng jeng jeng ...

akaun twitter saya beliau follow dah lama dulu

beliau baru follow sebab saya nak try test kan instagram ni
*screenshot ni minggu lepas punya, huhu*

Kan? siapa tak kenal blogger hebat dan terkenal ni? abang Ben Ashaari!
boleh kata seantero Malaysia kenal beliau ni. pernah keluar Rancangan Nona TV3 sebelum ni.
abang Ben ada baby chumel nama Qhaliff Iman. tak caya? serbulah blog beliau. tak pun follow instagram abang Ben.
TL twitter pun boleh kata ada banyak gambar Qhaliff yang bambam tu.
eiii, geram tau tengok! *tengok Qhaliff tau, bukan tengok abang Ben, hihi*
cuma belum berkesempatan untuk face-to-face je, huhu ..

Terharu sebab blogger hebat macam abang Ben ni, sudi jugak follow twitter dan instagram saya yang tak se-femes-amos *famous-amos adalah sejenis biskut*.
Kekawan boleh la ushar twitter abang Ben, nak follow pun boleh. :)


FS :
pernah join segmen Suaikenal Blogger oleh abang Ben kira-kira 2 tahun lepas,
cepat betul masa berlalu .. ^_^

05 December 2012

Wordless Wednesday 16

Farah Zahid | 09:38 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Rabu, bersamaan 21 Muharam 1434H.
semoga para pembaca dilimpahi rahmat Allah swt. :)




Wahai insan ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah seksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jikalau hidup leka dan alpa
Tentulah nanti akan terseksa
Jikalau dirimu leka dan alpa
Tentulah nanti akan terseksa

Ingatlah wahai insan...

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa datangnya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa

petikan : Hijjaz - Wahai Insan

04 December 2012

Pemecahan Android OS

Farah Zahid | 15:58 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Pemecahan Android OS? apa benda tu? huhu.
translate dari bahasa inggerisnya, iaitu Android Fragmentation.
kalau Android Distribution, dah lari plak kan? itu maksudnya jadi Taburan Android.
bolehlah start tengok pie-chart dan table dalam gambar berikut.
opss!
tapi ini bukan data hasil kajian sendiri, sekadar share dari artikel di website yang saya baca.
*maklum jela, saya pengguna Android, haruslah ambil tahu, hihi*

reference : Android Developer

Bagi pengguna smartfon, especially Android, pasti tahu beza versi Android tiap satu seperti dalam foto di atas.
Ada kelebihan dan kekurangan tiap satu versi tersebut. saya pun tak dapat nak explain sesatu dalam blog. nak tahu lanjut, silalah try Google. nak terangkan tiap versi pun, ada yang tak faham nanti, bahasa inggeris semuanya. tak banyak yang dalam versi bahasa kebangsaan kita. tak lupa juga, term yang berkenaan kebanyakan adalah hanya orang tertentu yang dapat fahaminya.
*android developer? sudah semestinya mereka memahaminya!*

Rumusan :
1- Gingerbread (2.3.x) mempunyai paling banyak pengguna berbanding Honeycomb (3.x), sedangkan Honeycomb adalah antara versi terbaru selepas Gingerbread.

2- Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa versi Gingerbread (2.3.x) adalah yang paling stabil. ini berikutan versi 2.3.x mempunyai 'base' yang mantap berbanding versi yang ada. kelancaran dan ketiadaan 'bugs' versi 2.3.x tidak dapat diragukan.
(maaf sekiranya terdapat kesalahfahaman dalam kenyataan ini)


FS :
dulu dah aim siap-siap Galaxy S3, tapi future hubby kata tak stabil, banyak bugs;
terbaru yang tak baru sangat, Galaxy Beam dah diperkenalkan;
latest? Galaxy Camera plak lahai. mana satu ni? -.-"

01 December 2012

Foto yang berbicara

Farah Zahid | 12:43 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hye guys! jumpa lagi. blog dah agak bersawang kot? kesyiaaannnnn. huhu~

Oh ye, hari ni dah 1 Disember pun. pantas banget deh! tak berapa hari lagi je nak masuk tahun baru Masehi. dan terasa cepat jugak la tuan punya blog meningkat umur, heh. :D

Malas nak bebel berjela dalam entri hari ni. layan je la apa yang ada buat sementara.
mungkin esok, baru ada entri yang berkenaan.
entri apa? tungguuuuuuuuuu!

pasti ada yang kenal dengan masjid ini :)

burung atau ayam? entah!

di daerah mana letaknya Taman Negara Johor ini?

FS :
si dia ada trip casting di Tasik Kenyir, hopefully dia selamat dan bawa balik ikan yang banyak.. ^_^

23 November 2012

Pulanglah!

Farah Zahid | 21:51 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Jumpa lagi.
aplikasi untuk blogger bagi pengguna Android
-malas crop punya fasal-

Hari ni, aku takde m.o.o.d. bukan sebab aku nak naikkan bendera jepun yang kaler merah putih tu, atau dikenali juga sebagai datang bulan. sila jangan berfikiran lucah plak.

Jadi takde mood sejak seminggu yang lepas.
*itu pun nak cerita? saja je aku nak taip kat dalam blog, boleh taip panjang-panjang, haha!*
mood hilang, semangat entah pegi merayap ke mana, terbang tak tahu jalan balik rumah,
gamaknya lar ......
puncanya?

Satu-satunya laptop kesayangan aku brand Acer yang aku beli pada tahun 2009 kat The Mines yang dekat dengan UPM Serdang tu.. *siap nak cerita benda tu, pffttt..*
mula menunjukkan gejala-gejala berpenyakit. oh, tapi bukan penyakit LEMBU GILA atau SWINE FLU. sakit tua barangkali? ehm, entah!

Skrin? keyboard? DVD writer? ok je semua. bateri? pun rasanya sihat.
kalau nak kata HDD corrupted, kompem-kompem tak dapat langsung login window.
tapi kenapa ye, bila charger dipasang, LED penunjuk charging tak nyala? icon charging kat taskbar pun macam tak nampak. hadeh!

laptop Acer aku yang akan berumur 4 tahun pada 10 Januari 2013 nanti
Stress, stress, stress! haru jiwa aku. tu yang mood entah terbang pegi mana, takkan sesat kot? atau sengaja tak nak balik ke rumah agam, haih!

Bila ditanya perkara nih kat seorang member yang pernah study computer science satu ketika dulu; selaku network engineer, merangkap bakal menantu abah a.k.a my future hubby,
jawabnya ada masalah pada power supply *eh, yeke dia kata macam tu? hilang ingatan kejap*
sebab tu bila charging, bateri tak dicas pun.
dan kalau nak ganti 'benda alah tu' mahal katanya lagi. what? m.a.h.a.l?
aiyarkkkk! bikin sakit otak wooo~

** oh, my darling i love u...

FS :
tunggu rezeki 'terpijak' lar ...

21 November 2012

Boni Kacak kata blogger bersepah?

Farah Zahid | 15:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, masih panjang hayat kita di hari ini. sedangkan penduduk di tempat lain yang tidak aman seperti di bumi Palestin, belum tentu hayat mereka panjang sebagaimana umat yang menetap di semenanjung Tanah Melayu. kan? bersyukurlah kita.
jangan lupa kawan-kawan, doakan keselamatan, kesejahteraan saudara se-Islam kita yang di sana, dan semoga rejim zionis laknatullah mendapat malapetaka sebagai balasannya.

tu dia! mai dah, mai daaah~

Baru lepas singgah kat sesawang ping busuk. mata terus terpaku! haha. manakan tak?
sila refer screenshot di atas ye pembaca sekalian.
dalam box kaler merah, artikel pilihan busuk yang terletak di atas sekali tu.
tajuk entri tak nak gempak plak kan? kih kih.
adakah korang kenal? apalagi tunggu? sila serbu blog beliau segera!



FS :
haruskah blog ini membuat tapisan komen sebelum publish? *thinking*

20 November 2012

Pakaian : Luaran, dalaman, atau keduanya?

Farah Zahid | 13:42 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tahun baru 1434H dah berlalu hampir seminggu. sekejap rasanya masa berjalan. pantas.
dan sejak itu juga, Gaza dibedil oleh Israel yang menggila dan semakin hilang kewarasan akal fikiran. perimanusia diletak paling belakang di carta kemanusiaan. perang lebih utama.
dasar laknatullah!


Sejuk hati memandang.
*pandang apa?*

Pandang perempuan berhijab, menutup aurat, sempurna. Pandang lelaki yang menjaga aurat.
*oh, itu*

Namun, masih ada "tapi" nya ...
*tapi? tapi apa?*

... apa gunanya kalau aurat kelihatan terjaga sempurna, tapi tidak pada akhlaknya?
... apalah guna kalau luaran sahaja nampak indah, tapi peribadinya tidak seindah dipandang?
*benar*

Perindahkan peribadi, seindah aurat yang dilindung sempurna.
Hiasi diri dengan nilai-nilai Islam yang indah, agar peribadi menjadi muslim yang sejati.

Sempena tahun baru Hijrah, selamat berhijrah, beramal dan istiqamah! :)

19 November 2012

Blog Portal Iklan Jawatan Kosong Terkini mendapat sambutan hangat di Malaysia

Farah Zahid | 20:30 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...



Careeron9 merupakan portal blog iklan jawatan kosong terkini di Malaysia. Pelbagai jawatan kosong terkini di sektor kerajaanswasta dan badan berkanun yang akan anda perolehi di laman blog portal iklan jawatan kosong ini. Careeron9 juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin mengiklankan pekerjaan secara percuma, terdapat juga tip-tip dan juga panduan semasa menghadapi temuduga, serta membuka ruang untuk sesiapa yang ingin bertukar tempat kerja secara suka sama suka. Kepada sesiapa yang ingin mencari peluang pekerjaan sila kunjungi atau layari laman blog portal jawatan kosong terkini di Malaysia ini di http://careeron9.blogspot.com


Tag : jawatan kosongkerja kosongjawatan kosong kerajaanjawatan kosong swastajawatan kosong badan berkanunjob vacancyoppurtunities jobtemuduga terbukatip temuduga 



FS :
moh, reramai meriahkan contest careeron9 ni :D

Deal or no deal?

Farah Zahid | 14:27 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Dah berapa hari blog tak dijenguk tanpa sebarang entri baru, baru hari ni nak update. mood dan idea tak datang-datang sejak publish entri Israel dan Gaza.

Entri hari ni tak seberapa. kongsi-si-kong-si-kong, eh? macam raya cina plak, haha. saya sekadar kongsi-kongsi apa yang menarik. pada yang membaca tak tahu lar menarik ke tak.

Moh, layan gambar dan penerangan serba sikit yang ada.

sesawang yang menawarkan deal yang best-best!

ushar barang pada harga yang berpatutan
Box A : Deal yang ditawarkan.
Box B : Harga deal tersebut. dan kadar diskaun.
Box C : Tempoh waktu untuk membeli deal (setiap deal ada limited period)

aksesori wanita pun ada :)

Ha, dah tengok? dah teringin? apa tunggu-tungu? serbu ler sesawang Groupon Malaysia!

terdapat pakej percutian yang menarik dan berbaloi untuk dinikmati
Screenshot yang atas ni adalah contoh pakej bercuti ke Taman Negara. ekceli, ada banyak lagi pakej percutian yang ditawarkan oleh Groupon Malaysia. tak caya? boleh ushar kat website Groupon Malaysia. tak luak duit pun (melainkan ada yang dah tergoda dan beli deal tersebut, kih kih).

baca detail yang dalam box warna-warni
Next screenshot adalah berkenaan isi-isi kandungan rancangan penting yang perlu diteliti sebelum membeli deal tersebut. make sure baca sekurangnya sekali, kalau tak berapa faham, baca lagi 2, 3 kali, sampai faham. masih tak faham? calling-calling je pihak yang berkaitan. :)





Selain itu, ada 2 lagi screenshot seperti yang di atas ni. kalau scroll lagi ke bawah, akan ada lagi point-point yang perlu difahami. yang ni, sila baca untuk mengelakkan sebarang masalah. jangan missed out walau sebutir titik pun, hihi.

Dah baca sampai faham deal yang ingin dibeli, boleh ler pegi ke step yang seterusnya, iaitu proses membeli.

pilih mana-mana pakej ikut citarasa dan kemampuan
Box A : Klik pada "Buy Now!" dan keluar popup window yang kecil macam Box B
Box B : Pilihan pakej yang mahu dibeli


A : Check semula pilihan yang telah dibuat.
B : Check total amount. betul ke tidak.
C : Pilih cara bayaran.
D : Tick pada point. point yang bawah harus di tick (rasanya tak boleh proceed kalau tak tick)

Untuk step seterusnya selepas submit itu, tak dapatlah saya nak tunjukkan. sebab saya tak beli mana-mana deal untuk masa sekarang ni.
O ya. ada sebahagian deal dan pakej, lepas siap submit order tu, ada lagi step lain yang mana perlu confirmation dengan company yang offer deal tersebut.
Jangan risau! mudah je. just ikut instruction yang tertentu. dalam beberapa minit, walla.. done!

Saya pernah guna servis Groupon Malaysia ni pada 1 masa sebelum ni. saya beli deal untuk power bank atau dikenali sebagai portable charger. harganya berpatutan, dan saya rasa berbaloi saya dapatkannya dari Groupon.

Anyway, selamat mencuba, selamat memilih dan selamat membeli! :)

** Klik link ini untuk ushar deal-deal yang menarik pada harga hebat : Groupon Malaysia


FS :
lain rumput, lain belalang. lain orang, lain ragam. maklum jela, dah nama Homo sapiens, kan? :D

16 November 2012

Manusia dan Kiamat : Kisah Israel dan Gaza

Farah Zahid | 13:52 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sejak semalam, TL twitter saya dipenuhi dengan twit berkenaan Israel dan Gaza.
serangan demi serangan. kematian demi kematian. tak kurang juga foto-foto yang sadis.
Allah! sayu hati. :'(

Dalam entri ni, saya cuma nak ketengahkan perkaitan antara apa yang berlaku di Gaza dan Palestin, dengan kedatangan kiamat. saya sekadar berkongsi berdasarkan apa yang saya baca. sebarang komen adalah dialu-alukan. :)

gambaran kehancuran Bumi, wallahua'alam
-hanya Allah swt Maha Mengetahui segalanya-

Kiamat. sebagaimana yang pernah diriwayatkan dalam hadis-hadis Nabi saw, tanda-tanda kiamat dibahagi kepada kecil, pertengahan dan besar. tanda kecil dan pertengahan, kebanyakannya sudah dan sedang terjadi.
apakah tanda-tandanya? terlalu banyak.

Mengikut yang dijelaskan, ada tanda-tanda sekarang yang menghampiri tanda-tanda besar.

  1. Orang yang berpegang kepada agama bagaikan memegang bara api
  2. Terjadinya permusuhan di dalam hati
  3. Semenanjung Tanah Arab penuh dengan kebun-kebun dan sungai-sungai
  4. Ilmu digunakan untuk mencari harta, al-Quran dijadikan dagangan
  5. Munculnya kebodohan dan manusia saling menolak untuk menjadi imam solat
  6. Muncul pemimpin-pemimpin bodoh
  7. Muncul pegawai polis (tentera) akhir zaman yang kejam kepada manusia
  8. Turunnya cubaan dan seksaan yang berat dari pemerintah yang zalim
  9. Seseorang yang berangan untuk mati
  10. Malam beriman, siang menjadi kafir
  11. Sungai Furat (Euphrates) mengeluarkan gunung emas
  12. *Luka' bin Luka'* (kiasan kepada orang yang buruk nasab, kedudukan, akhlak dan agama) menjadi manusia paling bahagia
  13. Fitnah dahsyat yang membinasakan bangsa Arab
  14. Bersujud kepada Allah lebih baik dari dunia dan isinya
  15. Muncul seorang lelaki dari Qathan yang dipatuhi manusia
  16. Muncul 3 fitnah ; Ahlas, Dahma' dan Duhaima' 
  17. Bumi mengeluarkan kekayaan (bahan mineral) yang terpendam
  18. Kaum muslimin akan memerangi yahudi dan mengalahkan mereka
  19. Jumlah wanita lebih banyak dari lelaki
  20. Merebaknya zina dan perbuatan keji
  21. Banyak kematian, gempa dan hujan
  22. Binatang buas dan benda mati dapat berbicara
  23. Ditenggelamkan pasukan yang hendak menyerang Madinah
  24. Bulan kelihatan membesar

Terlalu banyak point-point di bawah point utama yang di atas bersama dalil dari al-Quran dan juga hadis Rasulullah saw, namun tak dapat saya kupaskan dan kongsi semuanya serentak dengan pembaca di sini. InsyaAllah, ada kesempatan, saya akan cuba kongsikan dalam entri akan datang.
Apa yang saya nak tekankan adalah point yang highlight merah.

Kaum muslimin akan memerangi yahudi dan mengalahkan mereka

Apabila disusuri lembaran sirah, diketahui bahawa yahudi bermusuh dengan kaum muslimin telah lama, sejak perutusan Rasulullah saw.
Mereka sedaya upaya menguasai tempat-tempat suci orang Islam seperti Masjidil Aqsa, berusaha menghancurkannya dan mendakwa bahawa terdapat Haikal Sulaiman di bawahnya.

kredit : Google

Perhatikan, seakan-akan Allah swt mengumpulkan kaum mereka di tempat suci ini, padahal pada sebelumnya mereka berpecah belah di pelbagai negara. Hal ini tak lain tak bukan untuk membinasakan mereka pada akhir zaman dengan pembinasaan yang tak dapat dielakkan, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt dan Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda ;
Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslimin memerangi yahudi. Kaum muslimin akan membunuh mereka semua, sehingga orang yahudi yang bersembunyi di belakang batu dan pohon. Maka batu dan pohon itu berkata "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang yahudi di belakangku, bunuhlah ia!" kecuali gharqad, sebab ia termasuk pohon orang yahudi.
HR Abu Hurairah ra

Berdasarkan hadis tersebut, peperangan melawan yahudi pasti terjadi kerana telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw berkenaan peristiwa ini.

kredit : Google
Terdapat kebenaran pada ayat Allah swt yang mana menyebutkan bahawa kaum muslimin akan berhasil masuk kembali ke Masjidil Aqsa dan membebaskan dari cengkaman yahudi dan mengalahkan mereka.

Persoalannya, "bilakah muslimin akan berjaya menghancurkan kaum yahudi?"
Semuanya adalah dalam ilmu Allah swt. namun berkumpulnya yahudi di Palestin dan di semenanjung Tanah Arab adalah bukti yang kuat dan betapa hampirnya dengan hari kiamat.
Wallahua'alam.

sumber rujukan : Kiamat Sudah Dekat (Global Aksara Communication)

notakaki :
kebanyakan point yang di bold kan, adalah yang sedang berlaku di sekeliling kita, sedarkah?

Klik sini untuk : *** Antara agenda Yahudi yang perlu diketahui oleh umat Islam ***

13 November 2012

Makhluk yang hebat

Farah Zahid | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Selamat Hari Deepavali pada yang meraikan. :)

Hari ni, takde update entri baru waktu siang. agak sibuk di rumah (sibuk la sangat kan).
ni pun, entri santai-santai je. just recall sebuah koleksi lawak (macam tak lawak).
kalau rasa tak lawak, abaikan jela, haha!


Waktu malam. tempat adalah di sebuah warung. berdepan dengan deretan bangunan.

J : weh, kau tengok kat sana tu. hebat la diorang!
N : tengok amende ni?
J : tu ha, kat hujung deret bangunan sana tu *guna jari telunjuk*
N : kau dah kenapa suruh aku tengok? aku ni rabun jauh *betulkan spek yang dipakai*
J : ala, macam la jauh sangat pun, kau tengok jela
N : yela, yela *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal*
J : hah, kau nampak dah?
N : err, nampak! *padahal tak nampak pun*
J : kau tahu? kalau aku, mesti takut nak lalu situ. gelap, seram ah! 
N : eh, kau nampak apa ni?
J : tu, ada tikus 3,4 ekor, cilok-cilok kat celah bangunan yang gelap. laju plak tu, hebat!
N : aku tumbuk kau nanti, baru kau tahu! *genggam penumbuk*

Contest : Pilot Pen

Farah Zahid | 08:30 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Contest, contest. tak susah pun. :)


Jawab 2 soalan mudah, dan share link contest dengan kawan-kawan.
Peluang untuk menang lebih tinggi apabila anda share dengan kawan-kawan anda!
Selamat berjaya! :)

12 November 2012

Perempuan idaman yang 'seksi'

Farah Zahid | 14:56 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai, jumpa lagi kita dalam blog saya yang tak seberapa ni. :)

Kisah perempuan idaman? idaman siapa? perempuan yang macam mana?
yang seksi? yang lawa? yang banyak harta?

kredit pada Google

  1. Mentaati perintah Allah swt dengan melakukan segala perintah suami selagi tak melanggar hukum Allah swt.
  2. Sentiasa menjaga hati suami dengan berkata lembut dan sopan.
  3. Hendaklah berdiam diri ketika suami bekata-kata.
  4. Hendaklan sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan.
  5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian.
  6. Tidak berhias dan memakai wangian sewaktu ketiadaan suami.
  7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
  8. Tidak curang dan mengkhianati suami ketika dia tiada di rumah.
  9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
  10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
  11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami pada bila-bila masa dikehendakinya.
  12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
  13. Tidak keluar rumah tanpa izin dari suami.

sumber : Pesona Pengantin

Didapati bahawa, kebanyakan point yang tersenarai di atas wajiblah dilakukan oleh perempuan yang bergelar isteri. supaya sentiasa disenangi, dihargai dan menjadi idaman setiap waktu oleh suami sendiri. (bukan jadi idaman suami orang lain oke!)

Ada juga point yang di atas, boleh dianggap seksi oleh si suami. contohnya, memakai bau-bauan dan berhias diri. see? itu yang sangat dianjurkan.
kalau pergi kerja atau shopping boleh melawa melaram mewangi sakan, kenapa tak bila ada di rumah, berwangi berhias seksi ekslusif untuk suami anda sendiri?
yang penting, hanya untuk suami sendiri, bukan suami orang lain atau lelaki lain yang takde ikatan dengan anda.


Dengan senarai yang tersebut, diharap para isteri dan bakal isteri, dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang terbaik sebagai seorang isteri.
InsyaAllah, anda akan jadi isteri yang terbilang dan seksi di mata suami anda di dunia dan mudah-mudahan hingga ke syurga nanti.
Semoga Allah swt redha dan merahmati para isteri yang menghormati dan menghargai para suami. :)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.