CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 November 2011

sedapnya..... coklat

Unknown | 20:49 |
Van Houten vs Vochelle

nyum, nyum...
coklat, 2 bar lagi tuh...
mana satu yang nak dimakan dulu ek..
>.<

i wish....

Unknown | 15:44 |

24 November 2011

Bila hati rindu menikah

Unknown | 16:13 |

buku saya, weee ~


Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami,
-surah az-Zaariyat : 51

Nikah adalah sebahagian daripada sunahku. Siapa yang tidak suka kepada sunahku, dia tidak termasuk dalam golonganku.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari

Mana-mana wanita yang meninggal dunia ketika berada dalam keredhaan suaminya, wanita itu akan masuk syurga.
-diriwayatkan oleh Ibnu Majjah & at-Tirmizi

Pernikahan :
  • penghargaan yang tinggi dari Allah swt
  • iman yang sempurna semakin sempurna
  • menghilangkan keresahan hati
  • menjauhkan diri daripada maksiat
  • bahagia hati mencari rezeki

Kahwinkanlah orang yang masih sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka.

  • Yakinlah, bahwa rezeki Allah itu ada di mana-mana, usah takut miskin hanya kerana pernikahan.
  • Belum ada pasangan yang sesuai? Ingat, semakin tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu perkara, semakin sulit kita mencapainya. Jika belum mendapat jodoh seperti yang diinginkan, mungkin diri belum menjadi seperti orang yang diharapkan.

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga,
tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga harum kerana sedikit madunya.
Ramai lelaki tampan tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik,
tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya.
Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik, tetapi cantik dalam hati;
oleh itu cantikkan hatimu supaya dicintai dan dirindukan oleh semua orang.

Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, iaitu kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya. Nikahi wanita yang taat beragama Islam, nescaya kamu beruntung.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i & Ibnu Majjah

Siapa yang menikahi wanita dengan niat menjaga pandangan mata, memelihara kemaluan dan menjalin tali silaturrahim, Allah pasti memberkati pasangan suami isteri itu
-diriwayatkan oleh at-Tabrani


*sumber : Apabila Hati Rindu Bernikah (PTS Millenia)

17 November 2011

Siri Pengantin #1 : Sesat

Unknown | 14:47 |
Haaa,
pada bakal pengantin dan convoy majlis kahwin pengantin,
sila baca entri nih, okeyh?
Yea yeah... :D


14 November 2011

Kisah 11.11.11

Unknown | 12:55 |

11.11.11
angka yang ditunggu,
didamba ramai manusia,
banyak kisah di sebaliknya....

11.11.11
hari kelahiran ibu terchenta,
semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki olehNya,
sentiasa berbahagia bersama suami tercinta,
dan bersama keluarga  tersayang,
sayang emak....

11.11.11
kisah lain,
bila satu perasaan,
 tak tergambarkan,
tak terluahkan oleh lisan,
sekadar dirasai hati...
oh Tuhan,
sesungguhnya aku amat bersyukur,
atas apa yang telah Kau anugerahkan,
mudah-mudahan aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur...

11.11.11
seperti tarikh 10.10.10,
berlaku juga tragedi hitam,
sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang tak diketahui para hambaNya..
Subhanallah Maha Suci Rabb yang Khaliq..

07 November 2011

Diari 3 hari

Unknown | 21:46 |
view dari atas jambatan kat muar
05.11.2011 :
- keluar rumah seawal jam 0800, menuju ke tempat menunggu bas
- jam 0930 ada kat sg.nibong
- jam 1000 bergerak meninggalkan stesen bas butterworth
- ETA bas xpress kat batu pahat ~ 8 jam
- jam 1815 ada kat jambatan muo
- jam 1845 gerak ke batu pahat
- jam 1950 bas selamat sampai kat stesen bas batu pahat
# mak abah adik2 dah mula risau
# en.zul plak dah menunggu lama kat stesen bas B.P
oh, rasa bersalahnya.. T_T )
- jam 2035 selamat sampai rumah
( dihantar balik oleh en.zul )

*****************************************************************************

big apple, nyum2...
en.zul makan donut...

06.11.2011 :
- bangun pagi, menyiapkan tugasan di dapur
- jam 1015 makanan siap untuk dihidangkan
- santai bersama ahli keluarga, sambil menanti kehadiran tetamu
- jam 1345 tetamu ( en.zul la tu orangnya ) sampai kat rumah
- jam 1430 beraya ke rumah mak saudara en.zul
- jam 1530 menuju ke bandar, destinasi BP Mall
# keluar dengan adik no 7 sebagai bodyguard
# kat BP Mall cuma nak beli hadiah besday untuk emak tersayang
# belanja adik2 dengan Big Apple
- jam 1830 selamat sampai rumah

*****************************************************************************

tiket bas xpress KKKL BP-Penang
07.11.2011 :
- jam 0850 keluar dari rumah menuju ke stesen bas
- jam 0945 bas meninggalkan batu pahat
- jam 1400 bas berhenti rehat di slim river
- jam 1730 melepasi tol juru
- jam 1830 sampai kat stesen bas sg.nibong
# mintak tolong kawan sekerja hantar balik rumah
- sampai rumah sewa jam 1905
Published with Blogger-droid v1.7.4

05 November 2011

Bila-tak-sihat

Unknown | 01:10 |

tak terkata,
tak terluahkan...
tapi bukan mustahil umum dapat ketahuinya,
pandangan insan itu berbeza dari tiap satunya..

oke,
ini yang jadi bila serba-serbi tak sihat..
*sigh*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.