CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 August 2011

aidilfitri 1432H

Unknown | 02:00 |
Ramadhan berbaki beberapa hari,
Syawal si purnama baru bakal membuka tirai,
mohon ampun dan maaf atas kekhilafan segala,
selama wujudnya masam-manis di alam maya.




aYaz :
- akan berada di Puncak Alam, Selangor pada 1st aidilfitri
- bakal berada di Mersing, Johor pada aidilfitri seterusnya
- balik Penang pada 03092011
~InsyaAllah~

25 August 2011

menjelang lebaran

Unknown | 21:37 |
kanan.
tetiba nak buat entri mula dari kanan.
nasib baik bukan tulisan jawi. 

sebenarnya,
tak ada apa sangat,
sekadar nak berkongsi,
beberapa foto menjelang Syawal.

gulungan kulit popia sebelum dipotong - kuih popia gulung
biskut badam crunchy
masa window shopping kat BP Mall
* terasa nak booking sebiji.. >.< *
dapat rembat satu handbag, yeay..
^o^
duit raya, ada isi kot?
yang ini limited edition punya.. hohoho..

082011/aYaz/hakcipta terpelihara.

23 August 2011

Antara kesedihan dan kegembiraan

Unknown | 14:30 |
Imbas kembali.

"Tak ada guna kalau puasa tapi tak solat,"

Betul,
itu hakikat.

Perhatikan,
sekeliling dan diri sendiri.
Sempurnakah?

Kadang-kadang,
manusia itu ALPA,
bukan orang lain, tapi diri sendiri juga.

I.N.G.A.T,
muhasabah diri,
kembali, insaf.

Astaghfirullah al'azim.....


aYaz :
Ramadhan bakal melabuhkan tirai, Syawal pula semakin menghampiri,
apakah kita sedih atau gembira?

17 August 2011

tujuhbelas-ramadhan

Unknown | 09:58 |
Alhamdulillah...
masih dipanjangkan hayat sehingga ke hari ini,
dapat berpuasa 16 hari bulan Ramadhan tahun ini.


Ada apa dengan 17 ?

  1. Peristiwa Perang Badar ( pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H )
  2. Nuzul al-Quran
    1. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan
    2. Jumhur ulama bersepakat bahawa nuzul Al-Quran berlaku sebanyak dua peringkat
      • Peringkat pertama : al-Quran turun sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam al-Qadar
      • Peringkat kedua : al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril selama 23 tahun di mana pada 17 Ramadhan, surah pertama iaitu surah al-Alaq diturunkan

Wallahu'alam, ini sekadar berkongsi. Segala kekurangan, mohon dimaafkan.



aYaz :
buat check-list, nnt malam berangkat balik johor ..

09 August 2011

sendirian berhad

Unknown | 19:37 |
hari ini :-
- cuti
- bersendirian
- mengadap lappy dan meng'online'kan diri
- memasak juadah berbuka
- bubur nasi dan telur masak merah







aYaz :
selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1432H

04 August 2011

saat terakhir

Unknown | 21:42 |
saat terakhir.
ada baki beberapa hari je lagi,
lepas tuh.....









aYaz :
mengira detik waktu

02 August 2011

bila lagi?

Unknown | 21:43 |
"Long, ko dah ada pakwe?" aku; tersentak.

"Apa lah mak ni, akak belum stabil lagi buat masa sekarang..."

"Hah, umur ko tu dah berapa, patut dah buleh ada anak sorang-dua.. bila lagi nih?"

"Nantilah, insyaAllah ada jodoh, ada laaa.. atau mak ada nak tolong carikan?" balasku.


....... bla-bla-bla ...... bla-bla-bla ........




aYaz :
kawan-kawan tak sabar tunggu kad jemputan majlis aku

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.