CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 October 2010

tigasatusatukosongduaribusepuluh

Unknown | 13:17 |
:: tigasatusatukosongduaribusepuluh ::



Hari ini ulangtahun kelahiran Angah yang ke-20.
Kepada Angah,
semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah,
dan berjaya dunia akhirat.
(aku tahu, kau sentiasa mengikuti masam-manis)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Oke,
2 keyword yang atas aku tak heran.
Yang ke-3 plak, 'aku belum nikah age27'?
Ada ke entri aku berkaitan dengan keyword tersebut? musykil.

serius, aku tak ada buat entri berkenaan contoh soalan,
cuma ia berkenaan interview yang aku hadiri.

Untuk keyword 'ummi farhha' plak,
beliau adalah roomate aku di matrik.

Next, next, next ...
'novel bosan'? huh?
aku rasa tu berkenaan entri aku bercerita pasal novel 'Legenda Elfarren',
tapi novel tu tak cukup membosankan, hua hua hua ...

Anuar zain? aku? lim? dan islam?
ouhhh ... apakah itu?
rasanya tak ada yang berkaitan kot?

Yang last plak,
memang ada page khas berkaitan usuluddin.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku meradang sungguh pasal travian ni, gggrrrr .. !
Agak kurang ajar player yang serang tu,
sebab bertubi-tubi serang kampung aku,
sedari pagi tadi hingga tengahari ni,
padahalnya aku online sampai jam 2 pagi,
bila aku bangun siang ni, dapat laporan,
mereka serang kampung lepas aku offline,
@#%!^#&!(#&^$%!!
(bahasa kasarnya : macam celaka!)

30 October 2010

Energy Saving Mode

Unknown | 15:48 |
Selamat berhari Sabtu pada kalian,
aku juga yang bekerja pada hari Sabtu,
hua hua hua..

Oke, stop mengarut, hahaha..
Aku terbaca jeritan-jeritan di shoutbox,
masam-manis kini mempunyai 'energy saving mode',
so aku nak share laa dengan korang apa yang aku baru cuba ni.
Pada siapa-siapa yang nak try, boleh laa lihat kat site Andi Jumardi,
step-by-step ada disediakan.
(aku cuba copy paste dan taip semula kod-kod terbabit, malangnya tak berjaya, tak tahu kenapa..)
Selamat mencuba.
(^.^)




Info : Pakaian menurut Islam

Unknown | 07:08 |
Oke,
entri aku kali ni agak islamik.
Aku terbaca pasal ni kat satu majalah,
aku just nak summarize kan dan share dengan korang.

Islam menuntut penganutnya memakai pakaian yang menutup aurat,
di mana cara berpakaian tersebut menggambarkan peribadi Muslim sejati.
Islam menetapkan bahawa pakaian yang dipakai itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak dan peribadi sebagai Muslim.


kredit pada pakcik google


1) Menutup aurat
- Seperti yang kita sedia maklum, aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut,
manakala aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kaki.


2) Tidak menampakkan badan
- Pakaian yang jarang yang menampakkan aurat adalah tidak memenuhi syarat menutup aurat,
sebagaimana Nabi SAW telah bersabda :
2 golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia, dan 1 lagi golongan ialah wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, dan meliuk-liukkan badan, juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga walaupun baunya dapat dicium dari jarak yang jauh.
(HR Muslim)


3) Pakaian lelaki dan perempuan berbeza
- Kaum adam mempunyai pakaian khusus yang menonjolkan imejnya sebagai lelaki,
begitu juga bagi kaum hawa.
Nabi SAW menegaskan dalam sabdanya,
Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap wanita.
(HR Bukhari dan Muslim)

Lagi sabda Nabi SAW,
Allah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.
(HR Abu Daud dan al-Hakim)


4) Warna yang sesuai
- Rasulullah SAW bersabda,
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).
(HR an-Nasa'i dan al-Hakim) 

Warna-warna lembut termasuk warna putih kerana ia nampak bersih dan sangat disenangi serta menjadi pilihan Nabi SAW.



(Sumber : Asuh Nov 2010)


Semoga bertambah maklumat dan untuk penghayatan bersama.
Wallahu'alam.

29 October 2010

Kesat : Sialan..!

Unknown | 11:58 |
Korang klik la kat foto ni ek.





Aku tak tahu nak cakap apa,
tapi rasa sedih + terkilan + marah + geram,
sebab ada manusia camtu,
berani sungguh mengutuk dan mencaci Nabi Muhammad SAW.
Mudah-mudahan maruah Junjungan Besar Nabi SAW sentiasa dipelihara olehNya.


28 October 2010

Ekspress tak?

Unknown | 23:13 |
Ekspress tak??
Miahahahaha...
Tadaaaaa......!!







Oke,
sebarang komen, pendapat atau kritikan,
amat dialu-alukan.
Terima kasih.

- Tutup -

Unknown | 12:54 |

Makluman,
masam-manis akan ditutup untuk sementara waktu,
sehingga diberitahu kelak.
Terima kasih.




p/s :
akan ditutup dalam masa 24 jam


Baiki

Unknown | 07:09 |




Adeh aii..
nampaknya aku kena perbaiki semula page element blog neh,
habis berterabur daa,
blog list ntah jadi apa-apa,
haishhhhh...

Maaf semua,
akan diperbaiki pada kadar yang segera,
terutama bahagian list blog kat tepi tuh..


27 October 2010

Si Kembang

Unknown | 19:45 |


Kembang : .........
(buat tak layan, jual mahal cket, miahaha..)

Kembang : Adess, baru nak posing... gatal plak..


Kembang : Tada..! ganteng nggak?


Kembang : Tetiba rase ngantuk, emm....


Aku bercerita,
ini kisah Si Kembang,
dipelihara oleh sepupuku dan atuk,
ekornya kembang,
hal itu namanya Si Kembang.

Ikan goreng makanan Si Kembang,
sangat nakal, namun suka bermain-main,
pantang nampak tangan atau objek bergerak,
pasti di'ushar', terus diterkam,
digigit itu sudah pasti,
menggigit tidak kuat, manja cuma.

Kala malam,
penghuni rumah berehat dan melelapkan mata,
Si Kembang masih jaga,
ke sana-sini tanpa motif,
kadangkala bermain-main di pembaringan atuk,
lantas ketiduran di sisi atuk,
walaupun alas tidurnya di dalam sebuah kotak.

Subuh menjelma,
Si Kembang jaga lalu bangun,
lebih awal dari atuk,
lantas digigit-gigitnya hidung atuk,
dengan harapan si atuk cepat tersedar,
dan bangun untuk subuh.



p/s :
tak dapat BW malam ni, perlu siapkan tugasan

Periode

Unknown | 10:53 |

Korang baca apa tu?
Jangan salah paham okeh.






Oleh kerana broadband celcom aku melalui periode perubahan hormon,
maka dengan itu,
aku tak dapat berblogwalking saperti biasanya,
secara tidak langsungnya menjadikan aku tiada perasaan untuk menepek entri baru,
sekaligus memberikan aku sedikit sebanyak ide untuk entri akan datang.


26 October 2010

Info : Cupcakes

Unknown | 11:24 |


Super Mario cupcakes (google)

1) Cupcakes awalnya dicipta pada sekitar abad ke-19, ia dieja dengan dua nama iaitu 'cup cake' dan 'cupcake'.

Jungle cupcakes (google)

2) Kenapa 'cupcake'? kerana cupcake (kek cawan) itu merujuk kepada saiz kek yang boleh muat secawan teh.

Ice-cream cupcakes (google)

3) Di bahagian Eropah, dikatakan kek cawan sebagai kek pari-pari, yang mana kononnya saiz kek cawan itu sesuai untuk santapan majlis keraian pari-pari.

LEGO cupcakes (google)

4) Resepi kek cawan ditulis sebagai 1234 yakni merujuk kepada 4 adunan asas iaitu mentega, gula, telur dan tepung, di mana 4 adunan tersebut mempunyai kuantiti yang sama banyak.

Tower cupcakes (google)

5) Di AS, sejarah moden cupcakes bermula pada tahun 1996, merupakan antara hidangan istimewa Kedai Kek Magnolia di Greenwich Village, NY.

Billiard cupcakes (google)

6) Cupcakes dikenali di seluruh dunia sebagai cupcake bukan pemanis mulut baru, tetapi diilhamkan di negara barat sejak awal abad ke-19.

Cartoon cupcakes (google)

25 October 2010

Berleter : Lelaki vs Perempuan

Unknown | 19:18 |


Berleter : lelaki atau perempuan?


Jarang bagi lelaki untuk berleter sesuka hatinya,
sebaliknya perempuan yang banyak berleter,
tetapi tak semestinya lelaki itu tak berleter,
dan tak seharusnya setiap perempuan itu mesti berleter.


Ada lelaki berleter semata-mata untuk memuaskan diri sendiri,
juga ada yang berleter kerana ego yang memuncak,
tetapi yang terbaik adalah lelaki yang berleter untuk memberi nasihat dan kebaikan,
sekalipun leteran itu agak melampau,
kerana sifat lelaki itu agak kasar, dan menunjukkan kemegahannya,
namun dalam hati mereka tetap ada taman.

Ada perempuan berleter sebab tak dapat kawal perasaan marahnya,
namun begitu dia boleh cepat cool down kerana ada orang lain yang tolong cool kan dia,
tetapi ada juga yang berleter tak kena tempat,
mungkin juga lebih pada mengeluh atas sebab sesuatu,
makanya dia akan berleter, membebel, mengomel sendirian,
adakalanya perempuan itu berleter demi kebaikan yang ingin disampaikan.



p/s :
pendam menjadi dendam, bahaya!

Sorry

Unknown | 11:09 |




I'm so sorry . . .



Zikir Munajat - Penenang Hati dan Jiwa

Unknown | 03:13 |


صَلَوَاتُ الْكَرِيْم


شَهْرَا وَحَوَلاَ


اَلْفَ اَلْفٍ عَلَى


رَسُولِ الْمُعَلَّى

يا الله يا الله


يا فَتَّاحُ يا عَلِيم


إِفْتَحْ قُلُوبَنَا


فُتُوحَ الْعَارِفِينَ

(boleh diulang bacaan sebanyak mana)

 ~ Selamat Beramal dan Menghayati ~

24 October 2010

50 Bloggers Diperlukan

Unknown | 09:45 |
Pergghh..
50 bloggers diperlukan?
Untuk apa ni?
Macam ada sesuatu yang besar akan berlaku.
(plz, jangan skema sangat ayat tu, oke?)

Actually, ni entri khas,
hasil rayauan capaian aku kat blog yang special, iaitu blog 100 penulis.
Aku terbaca 1 entri ni,
diorang nak cari 50 bloggers untuk masuk dalam blogroll diorang.
So what? Apa kelebihannya?
Wey, ranking diorang under 300k beb!
Kalo blog korang masuk dalam blogroll diorang,
diorang akan jengah blog korang,
dan secara tak langsungnya reader blog diorang akan turut melawat blog korang.
Haaa, korang nampak kan efeknya tuh..?

Bagi aku, nak masuk dalam blogroll blogger bukan mudah,
lagi2 blog yang ranking superb2, yang ramai reader dan follower.
Banyak sebab aku nak join ni,
antaranya aku nak tambah kenalan dari kalangan blogger2,
di samping bertukar2 info, pendapat, dan share apa yang berlaku kat sekeliling.
Selain tu, aku jugak nak kutip dan tambah pengalaman dari blogger2 yang dah lama dan banyak pengalaman dalam bidang blog ni, serta nak improve skill berblogging aku.
Bila dah ada peluang camni, apa lagi, kasi lincah lar...!

Oke, oke, cukup.
Aku cuma nak share ngan korang,
sape2 yang rasa nak rebut peluang camni,
apa lagi, cepat2 laa join ek..
Korang boleh baca detail pasal ni kat blog 100 penulis : 50 bloggers diperlukan.




p/s :
semalam hujan lebat kat area Kluang, Kahang dan Mersing..

23 October 2010

Hati wanita itu umpama balang kaca...

Unknown | 12:42 |





Hati wanita umpama balang kaca,
sekali ia terjatuh,
langsung retak lalu pecah berderai ..
Biarpun dibaiki kembali,
ia tidak akan menjadi seperti rupa asal,
kedapatan cacat, lukanya yang berbekas,
dan tidak lagi bisa digunakan seperti asalnya ..






p/s :
mohon ampun dan maaf atas kekasaran dan keterlanjuran selama ini ..

22 October 2010

Sistem pemerintahan yang terbaik

Unknown | 15:47 |
Akhir-akhir ni kita dikejutkan ngan pelbagai berita,
ada berita yang enak dan tak kurang juga yang tak berapa enak,
(bukan enak dari segi rase, oke?)
tapi rasenya lagi banyak berita yang kurang enak.
Isu yang sering diperkatakan apabila berita ini tersebar, mesti akan berkaitan ngan sistem pentadbiran atau pemerintahan Islam.

Apa kata kita cuba lihat,
bagaimana sistem pemerintahan Islam yang sebenarnya,
seperti sistem yang digunakan oleh Nabi Junjungan SAW kita kira-kira 1400 tahun yang lepas.


1- Apa yang dikatakan dengan negara Islam?
Negara Islam ialah ‘negara yang mengarahkan serba-serbi urusan pemerintahan kepada hukum Islam, yang menjadikan al-Quran dan Hadith serta ijtihad yang benar sebagai sumber’.

[Ijtihad : usaha sepenuh tenaga bagi mendapatkan suatu hukum untuk sesuatu masalah agama yang sulit, yang mana kita tak jumpa penjelasan dan keterangan yang tegas tentangnya]

Pemerintahan Islam ini WAJIB dilaksanakan,
sebab ia untuk menegakkan undang-undang ALLAH swt, merealisasikan keadilan dan kesaksamaan juga melaksanakan kebajikan.

2- Prinsip-prinsip yang digunakan?
i)   Musyawwarah : mesyuarat dalam penentuan ketua negara
ii)  Keadilan : meletakkan sesuatu pada tempatnya atau yang berhak
iii) Kebebasan : bebas tetapi tidak terkeluar dari batasan
iv) Persamaan : iktiraf kesamaan manusia dari segi hak dan tanggungjawab

3- Elemen-elemen penting pembentukan negara Islam?

A) Wilayah : rakyat terikat dengan peraturan dalam wilayah tertentu

B) Majlis Syura : badan permesyuarat tertinggi negara

C) Ketua Negara : orang Islam yang mempunyai syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh syarak

D) Rakyat :
- Muslim : berhak bernaung dan mastautin di bawah pemerintahan Islam serta berhak menikmati kemudahan yang ditetapkan
- Non-muslim : bebas amalkan kepercayaan agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing, bebas mencari rezeki dan mendapat pendidikan serta berhak dapat perlindungan

E) Undang-undang : al-Quran dan Hadith sebagai sumber dan rujukan

F) Badan Kehakiman : punyai kuasa mutlak dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif dan legislatif

G) Pentadbiran dan Penguasaan : pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan Hadith, berpaksikan Tauhid kepada Allah swt, mesti melaksanakan syariat Islam dan mengutamakan akhlak yang mulia.

4- Matlamat?
1) Menegakkan perundangan dan hukum ALLAH swt
2) Merealisasikan keadilan manusia
3) Melaksanakan kebajikan dalam segala aspek
4) Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

5- Ciri-ciri negara Islam?
A) Berdasarkan al-Quran dan Hadith, disamping ijtihad, ijmak ulama dan Qias

B) Melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar
C) Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
D) Jaminan kebebasan hak asasi
E) Ketua negara yang adil dan beriman
F) Majlis Syura sebagai asas pemerintahan



Selepas membaca entri khas lagi islamik ini,
apakah pendapat kalian?

21 October 2010

Cara aku dan kamu berbeza

Unknown | 12:57 |
Aku, cara aku,
kamu, cara kamu,
walaupun ada kesamaan,
tetap akan ada perbezaan.


1) Template blog
Pilihan template untuk blog adalah banyak amat,
sampai rambang bijik mate nak pilih dan apply kat blog, kan, kan?
So, cara aku, lebih senang begini, simple..
aku tak suka nak guna template yang weird2, yang pada aku nampak serabut,
dan memeningkan..
Hakikatnya aku nak tukar template baru yang lebih simple dan senang diuruskan,
malangnya aku belum berkesempatan,
sekalipun dah penah buat xperimen tak lama dulu..


2) Widget atau aksesori tambahan
Yang ni, aku tak xpert sangat.
Sesetengah owner blog suke letak aksesori tambahan ni,
macam2 jenis, macam2 design, macam2 tujuan.
Cuma yang sure, blog aku takde sangat benda2 alah camtu,
yang ade pun, Shoutbox ngan 2-3 benda yang simple2 dan ringan, kot?





3) Foto sendiri/keluarga
Oo yeah..
bab ni, aku memang tak suke letak secara public,
cuma bila ade benda nak share,
baru aku akan letak, dalam entri sahaja.
Contoh macam foto aku konvo, aku gi huneymun @ Melaka,
yang camtu aku share la cket2..
Bagi aku, itu cara aku,
dan owner blog laen, ngan cara memasing.





4) Blogwalking
Aku tak tahu cara orang lain blogwalking, tapi bagi aku, senang aje, kot?
Total blog yang aku follow adalah bawah 200.
Cara terbaik aku BW ialah ngan cara tengok kat 'Reading List' kat Dashboard,
mane2 blog yang update, aku akan terus gi kat entri tu,
mane yang dah kemudian2 pun aku still jengah.


Lepas tu, baru aku tengok kat 'Comments',
sape yang bagi 'flying kiss' kat aku, aku akan singgah tempat dia,
muahahaha....


Lagi cara aku, tengok jejak yang tertinggal kat shoutbox, hehe..
mane yang aku dah jengah awal2 tadi, aku singgah lagi tapi kemudian cket,
kasi laluan pada yang belum aku jengah.

Yang ni, adalah cara terakhir aku,
cara yang maybe memenatkan, miahahaha..
Aku terus kat area 'Manage', kat situ kan keluar list blog segala..
aku jengah tiap satu blog yang aku follow..
Kalo ade 157, sume2 aku jengah, tak kira update tak update,
tapi cara last ni aku buat bila aku betul2 lapang,
dan memang tengah rajen nak melawat tiap2 satunya.



Jadinya,
kamu-kamu dan kamu,
camne plak cara kamu?

Hantu Melayu?

Unknown | 06:24 | |



'eh, ada ke hantu melayu?'
'abes, orang cina, india, takde hantu ke?'

Jawapannya mudah aje,
sebab orang melayu sering mengangkat cerita pasal hantu,
maka hantu lebih dikenali dalam masyarakat melayu,
walaupun hakikatnya hantu tu tak masuk dictionary agama islam,
melainkan dipanggil makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.
Juga dikaitkan hantu ini dengan waktu malam, lagi-lagi malam jumaat...
dan digambarkan wujud dalam bentuk perempuan atau menyerupai perempuan.
(hek, asek2 perempuan, takde ke hantu lelaki?)

Kalo nak dibuat list hantu-hantu ni, rase2 banyak,
tapi aku akan cuba list kan mane yang biase disebut-sebut dalam masyarakat melayu,
beserta gambar.
(tak tahu la realitinya rupa mereka ni camne..)

1- Pontianak / kuntilanak

Pontianak dikatakan berasal dari perempuan yang mati bersalin.
Mungkinkah sama pontianak ngan langsuir?

2- Toyol

Toyol dibela untuk motif mencuri.
Beliau dikatakan menyerupai kanak-kanak kecil dan berperangai macam bocah cilik.

3- Pocong / Hantu bungkus

Juga dikenali sebagai hantu punjut / hantu pocong,
(makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan).
Beliau dikatakan suka mengusik orang yang lemah semangat dan bergerak dengan meloncat atau bergolek.


4- Langsuir

Makhluk halus penghisap darah,
dipercayai merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sampai mati.
Ada jugak yang cakap langsuir asalnya wanita yang mati masa bersalin.

5- Hantu penanggal / Balan-balan

Dirujuk sebagai perempuan yang menuntut ilmu hitam,
mampu menceraikan kepala dengan badan beliau,
kepala beliau mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.
dan dipercayai suka akan darah perempuan yang bersalin.

6- Jerangkung 
(takde gambar, cuba imagine kan)
Dikatakan dipelihara untuk menganiaya orang lain.
Makhluk halus ini yang dipelihara dipanggil saka.


20 October 2010

Wait and see..

Unknown | 22:12 |

Simple.
Just wait and see.









See ya.

Ada awek cun @ mamat kacak

Unknown | 12:24 |

Oke,
hari ni aku takde mood sangat nak membebel atau merapu2,
kita terus pada point2 utama.



Situasi :


1- sedang korang berjalan2,
cuci2 mata bersama awek/pakwe korang,
tetibe ade minah cun/mamat kacak ni,
melambai2 tangannya ke arah korang,
lalu berjalan menuju ke arah awek/pakwe korang,
dan dengan selambanya pegang tangan awek/pakwe korang,
dan ajak berbual tanpa endahkan korang....
Apa korang nak buat...?




2- korang sedang kat dalam majlis yang agak formal,
suasana masa tu agak tenang,
sebab orang sedang fokus pada subjek kat depan,
kat meja berhampiran ade awek cun/mamat kacak,
tetibe handphone korang mengeluarkan bunyi2an dan ringtone,
dah laa setting volume giler kuat...
Awek cun/mamat kacak tadi dan orang ramai melihat kat korang.....
Apa korang nak buat...?




3- korang drive dan berenti kat traffic light sebab lampu merah,
kete yang korang drive adalah kete manual transition,
dan korang tak bape xpert drive kete manual,
kebetulan sebelah kanan korang plak,
ade awek cun/mamat kacak drive kete cumey/sporty,
dengan sekelip mate lampu bertukar jadi hijau,

korang macam nak cover2 sebab sebelah ade awek cun/mamat kacak,
tup-tup enjin kete korang terMATI kat situ gak...
Apa korang nak buat...?

Tentang . . .

Unknown | 11:58 | |

Arrr..
adess...
Tentang apa ni?
Yuk, layan jap, miahahaha..

Antara subjek2 yang perlu diselesaikan adalah :
1- Cipta title sendiri.
Aku dah buat tajuk ~ Tentang . . .

2- 25 perkara yang orang lain tak tahu, tapi kena tahu (buat separuh jela..)
1) Adik-beradik aku 4P 4L, tapi yang ujud sekarang 4P 3L.
2) Keputusan UPSR aku adalah yang paling teruk kalo nak compare ngan adik2 aku, heu3..
3) Gigi amat sensitif pada makanan yang sangat sejuk seperti ais-krim..
4) Suka survey latest handphone yang ada kat market, esp. Nokia, wee ~
5) Juga suka survey kereta2 esp. Mitsubishi, Toyota, Honda.
6) Suka ke kedai buku such as MPH, Borders dan Popular, dan abeskan masa berjam2 kat sane semata2 nak pilih buku/novel, menyelak2, membaca dan membeli..
7) Pernah belajar pasal traktor dan drive traktor, cuma lesen traktor je takde.. Winking smile
8) Tak berapa suke snap gambar sendiri. Disappointed smile
9) No handphone yang digunakan hingga kini adalah yang ke-2 sejak dibeli tahun 2004, cuma bertukar dari Hotlink kepada Maxis postpaid.
10) Tertarik pada barang silver dan emas putih esp. cincin, rantai, bracelet dan anting2 dan suka nak membeli.
11) Alergik pada barang kemas esp. emas, tapi platinum, emas putih dan silver boleh aje..hik..
(pada calon hubby, tolong jangan belikan barang kemas 916 karat,oke?)
12) Boleh kate ramai kawan2 dan kenalan lelaki yang rapat, name diorang bermula ngan huruf ‘F’, tak pun akan ade huruf ‘F’..lalalala ~
13) Layan anime dan muvee berkonsep thriller, kelakar, adventure, action..
contoh anime Blood+, Vampire Knight, Ouran High School, Yakitate Japan, Fullmetal Alchemist, etc..
contoh muvee plak SAW (1-5 dan akan datang), Resident Evil, Three Kingdom, Death Race, etc..

3- Tag 25 orang yang bertuah (erkk..separuh je kot?)

* sekadar untuk suka-suki, ta mau terlibat pun xpe..huu ~ *

4- I was tagged by Mika-chan. Open-mouthed smile

Done,
itu aje,
full stop.

Naa..untuk kamu!

Unknown | 08:21 |




Naa... tu dia..
certificate untuk follower masam-manis.
Pada yang follow,
dipersilakan untuk mengambil certificate yang tak seberapa ni,
wee ~

:: Sejuta penghargaan pada korang yang sudi follow masam-manis ::

19 October 2010

Tag-mentag, aha...

Unknown | 16:48 |





Tetibe je kan dapat award ni.
Haa, ni adalah hasil aku jenjalan hari ni,
sekali terpandang laa satu entri kat blog budak ensem,
waaaa!
Nama aku ditag rupanya, hee ~
Terima kasih ye usop..



1. Apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang.
Bila nak keje dan kawen, ahahahakkk... :p


2. Apakah nama samaran anda.
aYaz @ putrifirus


3. Senaraikan 3 nama org yang anda sayang.
Abah, mak dan adik2... wee ~


4. Panggilan untuk si dia?
'Hubby' <-- untuk suami je..hik hik..


5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa.
Set barang kemas platinum...wawawaw..


6. Blog mana yang paling suka visit?
Blog yang update selalu.. :)


7. Blog yg aku nk tag.
rusting me
kak diana
en.Zack hacker
wzulhilmi
nadia cosmate ku




Kalo yang ditag tu dah dapat award ni, abaikan la ek.. hu hu hu..



Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.