CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 November 2010

Info Sihat : Timun

Unknown | 13:08 |
Timun?
tak kenal ke timun?
ke nak sebut 'cucumber'?
mana-mana lah, asalkan timun ..


sumber dari pakcik google


Nama saintifik : Cucumis sativus [order sama dengan labu]
(nama saintifik sentiasa Italic atau jika tulisan tangan, perlu digariskan kat bawahnya)

Kandungan nutrisi dalam timun seperti karbohidrat, gula, serat / fiber, lemak, protein,
vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B9), vitamin C, Ca, Fe, Mg, P, K dan Zn.

Timun ni banyak kandungan yang menyejukkan,
banyak manfaat lagi-lagi cuaca panas macam kat Malaysia ni.

Kegunaan :

- timun disapu pada wajah untuk mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit
( sapu, best .. sejuk dan nyaman je .. )

- bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan timun baik untuk kulit
( betul, kulit pun lembut je .. )

- timun fresh baik untuk kelegaan pada ulser, gastritis, dan pedih ulu hati
( siapa ada masalah di atas, cuba makan timun, oke? )

- hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata
( tak percaya, try lah sendiri .. )

- timun dimakan setiap hari membantu mengawal ekzema, atritis dan gout

- bermanfaat kepada mereka yang bermasalah pada paru-patu, perut dan dada

- Potasium berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah
( tekanan darah tak naik, makanlah timun .. )

- erepsin dalam timun membantu menghadamkan protein
( siapa belajar biologi, tahu lah apa benda alah erepsin tuh .. )

- jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut especially jika ditambah dengan jus lobak merah, kobis dan bayam
( sesuai untuk orang yang rambut tak lebat, tak mau tumbuh .. )

- kaya dengan garam mineral, timun membantu menghalang masalah kuku

8 comments:

  1. bnyk juga khsiat timun ^^
    kite je tak tau

    ReplyDelete
  2. kekadang pernah mkn timun yg pahit gler...
    yg mana elok..timun yg pahit or fresh...???
    *btw..good entry

    ReplyDelete
  3. Sekarang akak suka timun Jepun.

    ReplyDelete
  4. aku suka timun..nak plak makan ngan sambal belacan perghhh xpun cencaluk lagi terangkat beb :)

    ReplyDelete
  5. tetiba teringat pepatah dari pengetua time sekolah dlu.. 'timun di tangan tuan, pisau di tangan tuan, hiris nipis, nipis jadinya, hiris tebal, tebal jadinya.' wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..

    kalau makan sate, bagus makan timun lepas tu..

    ReplyDelete
  6. timun2........kau mmng berguna untuk aq.................hahaha

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.