CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 September 2010

Sunat Syawal vs Qada' Ramadhan

Unknown | 12:16 |
Semalam terbaca Metro (erk, boleh plak terbaca?),
macam2 kes, macam2 problemo.
Ish ish ish..pendek kato, macam2 ado, har har har.....
(malas nak taip yang macam2 tu, sebab balik2 menda yang same gak)

Dalam aku membelek2, menjengah selai-selai page akhbar Metro tu,
aku pun sampai la kat satu page ni,
rugi beb sape yang tak bace, heu heu heu..
Aku pun ta mau la wat esei 500 patah perkataan kat sini,
juz nak wat summary based on ape yang aku bace semalam dan yang aku paham,
he he he he.. (padahal nak wat summary pun terangkak2, kuang3..)
Oke, summary akan dimulakan sekarang, miahahaha...

Antara puasa sunat syawal atau puasa qada' ramadhan.
Sebenarnya adalah lebih utama mendahulukan puasa qada' yang wajib ,
kerana menurut sumber hadis dan hujah2 :

1) ibadat yang sunat tidak boleh mendahului ibadat yang wajib,
2) ibadat sunat adalah pelengkap atau tambahan kepada suatu yang wajib,
3) apabila sebut wajib, ia mesti dibuat dan disegerakan, berbanding yang sunat,
    ( kita tak tahu bila akan sampai ajal kita, oleh itu, dahulukan yang wajib )
4) amalan wajib perlukan niat yang jazam (tepat dan pasti)


Next, kite nak flashback cket.
Penah tak korang dengar sape2 cakap camni suatu ketika dulu atau bile2 ah,
"Dah masuk Syawal ni, kita puase sunat 6..
yang nak qada' puase tu, puase la, niat sekali ngan puase sunat Syawal.."
(ayat masing2 la kan, ni contoh aje..)
Kita amik contoh solat.
Sekiranya boleh 2-in-1, orang akan tunaikan solat sunat tarawih dengan solat fardhu isya',
dan dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain akan timbul dengan adenya penggabungan sebegitu.


Berkenaan keutamaan antara keduanya, sure la yang puasa qada'.
Ini dibuktikan melalui hadis Qudsi yang sahih, yang menyebutkan bahawa Allah lebih menyukai hamba2Nya yang berbuat amalan fardhu (wajib) dan menghampirkan diri dengan amalan yang sunat.
Namun begitu, dari sudut praktikalnya ia berbeza mengikut keadaan individu.
Harus diingat bahawa sekalipun masa untuk mengqada' puasa adalah panjang, tetapi kita tak sure adakah usia dan hayat kita panjang untuk sampai ke masa itu.
Individu yang mati sebelum qada' puasa Ramadhan tetapi sudah berpuasa sunat Syawal, dia dikira masih berhutang dengan Allah.


* Sekadar yang aku paham, macam tu la kan.
Maaf andai ade kekurangan atau tersalah maklumat,
jika ade, sila lah komen, akan diperbaiki semula.
-ada info yang di edit semula dan ditambah-

(Rujukan Metro Ahad - 19/09/2010)



p/s :
azam mau abeskan puasa qada' sebelum bulan Muharam

6 comments:

  1. ak ad dgr kat rancangan tanyalah ustaz mengupas topik yg sma..btol seperti yg ko tulis kat atas..cuma ak nak wat tambahn sikit..ustaz tu ad ckp..dlm permasalahn ni ulamak ad pelbagai pendapat..ad sesetgh ulamak memng kata xleh sklikan niat tu dengn gunakan hujah solat tu..dan ad sesetgh pendapat kata boleh sebb ibadat solat dan ibadat puasa xsama (ad penjelasan dia tp aku xingt dah..nnt ak try search)..bg ulamak yg kata boleh sekalikan tu dorang bg contoh kat org perempuan yg ad kekangan nak dptkan puasa 6 ni bila kena dahulukan puasa qdak..ni contoh aku la..contoh klu sorng perempuan tu perlu qadakkan puasa 15 hari dan dlm bulan tu dia uzur 10 hari..dia hanya dpt buat 4 hri je puasa sunat (xdpt la puasa 6)..tu sbb yg sesetgh ulamak kata boleh..may b kita bleh cari lg info2 berkaitan...wallahualam...semoga amalan kita diterima..

    ReplyDelete
  2. @Nadia
    bernas2... :)
    ehe,aku amik summary je tu..
    utk lebih lnjut,kena la tny pd yg xpert bab2 cmni..
    thx ats komen dan xtra info..
    ^.^

    ReplyDelete
  3. actually based on ap yg ak faham, sebenarnya kite bukan wat dua niat..kita niat puasa qada' tp pahala puasa 6 tu kita dapat sekali..tp bg yg berkemampuan seeloknya pas selesai puasa qada' tu sambung la puasa 6 klu sempat..mcm2 pendpt..yg penting niat puasa qada' tu kena jelas (sebb yg penting bayar hutang dulu sebb kita xtau bila nyawa kita akn dicabut)..dpt ke x pahala puasa 6 tu urusan Allah...sma2..kite share ap yg kite tahu..bgus gak bukk topik ni...hehe

    ReplyDelete
  4. @Nadia
    btul tu..
    akn aku tambah info kat entri ni,
    kasi detail cket..
    (erk,dah x jadi summary la nnt)
    :p

    ReplyDelete
  5. alamak. puasa enam gua tak buat lagik

    ReplyDelete
  6. @Encik Tikus
    oho,boleh laa mula jika kelapangan..
    ^.^

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.