CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 August 2010

.: The Perfect Ten :.

Unknown | 15:30 |
perfect sangat, kan? ;p

Ade ape dengan 10.10.10?





"Psst...farah, ni tarikh ko nikah ke? Congratz...!"


29 August 2010

No Limits?

Unknown | 22:06 |

Setiap orang, sure ade limit masing2, toksah nak auta ape2..
Orang selalu cakap dan memberi nasihat pada orang lain seperti,
"sabar, sabar banyak2.."

Dan aku juga punya limit untuk kesabaran itu,
kadang2 aku terasa yang kesabaran aku sude sampai limit.

Aahh, sabar memang sabar, tapi mau sampai kapan??

28 August 2010

Aku terima nikahnya..

Unknown | 16:35 |
dari page Munakahat, contoh aje oke?


Aha..
hari ni aku tak ade ape2 isu yang besh untuk share ngan korang,
sebab aku tahu, hari ni Sabtu,
dan tak ramai yang nak duk mengadap laptop macam yang aku buat sekarang ni.

Entry kali ni cume suke-suki aje,
tiade kaitan ngan orang yang masih idup ataupun yang telah meninggalkan alam dunia ni.


Agak2nye, ade tak yang tanya,
"nape murah sangat maskawen dalam gambar kat atas tu?"


err...
aku cume boleh cakap, Johor adalah salah satu negeri yang menetapkan nilai minima maskawen RM 22.50,
so, beruntung la kaum lelaki (lelaki sejati) yang mendapat bakal isteri dari negeri Johor,
(aku pun termasuk dalam kategori ni kot?)
sebab maskawen rendah, tak macam negeri laen,
boleh klik untuk lihat nilai maskahwin ngan detail,
tapi maybe ade yang lebih latest sebab rase2 yang ade kat website ni macam belum update, huhuhu...

Oo ye...
ape sebenarnye maskahwin ni ek?
.
.
.
.
.
Menurut istilah syara’, mahar (maskahwin) ialah suatu pemberian yang wajib
diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Maskahwin ialah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’
oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan,
sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang,
menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.

'Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar )'




( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )





Korang nak detail, klik aje kat link yang aku dah bubuh kat atas tadi.









~ Oke, selesai bab maskawen ~









p/s :

Ade orang mau buat majlis kawen grand2 punye, macam artis dan VVIP,
tapi bape agaknye nilai maskawen diorang?bayar tunai ke atau utang?

27 August 2010

Yang...

Unknown | 15:25 |
"Yang, hari ni lunch abang belanja oke?"
"Yeke?hee..besh, besh..."
"Nanti tunggu abang miscall, baru kita kuar, tau?"
"Alrite...."
-talian diputuskan.

Selepas beberapa ketika, tertera 1 miscall.
-abang-
'Yeay..!!' dalam hatiku.

25 August 2010

Hidup tak selalunya indah

Unknown | 15:06 |
"Oh, alangkah indahnye idup aku kalau ......"

"Kan best kalau aku ........"

Mesti korang ade penah terpkir camtu or cakap macam tu kat orang lain, (auta kalau cakap tak penah)
tapi penah tak korang pikir, sampai bila idup korang indah selalu or bahgia sejahtera sentiasa?
penah tak korang pikir, bila plak korang akan mengalami saat2 kejatuhan atau hari yang tak indah dalam idup korang?
contohnya ;

1) Korang sekarang dalam keadaan sehat walafiat, tibe2 korang sakit, amik masa lama untuk sembuh?ataupun korang dapat tahu korang ade penyakit kronik, dapat idup dalam sekian2 lama?

2) Korang berjalan2 bersuka ria samada secara solo, berkawan2 atau bersama orang yang tersayang, tibe2 korang ditimpa musibah seperti xciden, disamun, dicopet, diculik atau percubaan membunuh korang dan apekah yang terlintas dalam kotak pikiran korang saat tu atau sesudah kejadian?
(percubaan membunuh tu, kalau korang terselamat, syukur la kan, kalau tak?pikir ar sendiri)

Kita idup kat dunia ni ade turun naiknye, ade pasang surutnye.
Fitrah manusia, takde manusia yang sentiasa bahgia, takde orang yang idupnye selalu indah.
Kita ni cume hambaNya yang lemah, sentiasa diuji dengan macam2 perkara.
Susah senang ade aturannye yang tersendiri,
sebagai hamba Tuhan yang kerdil dan lemah, sentiasa laa bersyukur dan tabah,
jangan asek mengeluh tak tentu pasal, atau menyalahkan takdir,
ade hikmahnye kenapa Allah tetapkan sume tu terjadi.
Bersyukurlah atas ape yang korang dah ade sekarang ni.
(reminder untuk diri sendiri jugak)


p/s :
congratz kepada cosmate aku, Syidah yang tak lama lagi bakal bergelar isteri,
aku ucapkan semoga kau dan hubby kau berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.
(hek, geng2 rapat aku mengharapkan aku amik turn pas Syidah... ;p)

23 August 2010

Tak malu ke tak puasa??

Unknown | 12:29 |
Nak tau?
sebelah tempat aku keje ni adalah kedai nasi beriani,
korang tak terliur ke?hehehe...

Erkk, aku bukan nak cite pasal kedai nasi beriani nih.
Yang musykilnya ade gak orang melayu islam yang duk hegeh2,
diorang ni menapau dan mencekik,
pagi2 lagi, sampai ler ke tengahari (masa paling ideal, aisshh....)
Kalau cina ke, takpe jugak..
memang kurang asam boi betul ar diorang neh..

22 August 2010

Jabatan Kerja Raya

Unknown | 15:15 |
Situasi 1 :
"Farah, cantek ar nombor plat ko..orang mesti ingat ko keje JKR, hi hi hi...",
"A'ah kan, mesti ade pak guard yang dok cakap camtu kat ko..." (balas seorang teman diikuti ketawa)
"Ceh, korang ni, tak sah kalau tak nyakat aku ek? hampeh betul.."

Situasi 2 :
"Dik, lawa plat nombor? keje Jabatan Kerja Raya eh?" (ade gelak ketawa kat ujung pertanyaan),
"Err, he he he..." (aku tak mampu menjawab ape2),
dalam hati je aku jawab camni,
'huh, asal tengok nombor plat aku je, cakap aku keje JKR? ape2 tah..'



21 August 2010

Penyangak vs Polis

Unknown | 17:12 |
Erk..??
apahal plak ada kete polis berenti depan kedai aku neh? (T_T)
ade kes beb..!!!!!
oppsss...tapi bukan aku tau!

Alkesahnye cenggini..
aku sebenarnya tengah syok2 layan blog sorang brader nih,
sekali ade la 1 kete honda putih, laju je amek site parking depan kedai aku,
aku kira tu customer ar kan.
Sekali masuk kedai minah India, pregnant..
"ohh, untung boss aku hari ni, ade customer lagi, hihihi.." gitu laa hatiku berkata-kata.
Minah ni tanya kunun2 macam mau order kabinet la, pasang awning la, bla-bla-bla and so on,
aku pun jawab lar dengan mesranya, ehee...
Pastu minah ni cakap mau panggil kawan dia, hubby dia kut?
Lelaki ni pun masuk ar kedai, tanya macam2 ar kat aku, macam real jer mau order segala.


Ikatan : Haiwan vs Manusia

Unknown | 14:47 |
Ikatan ape tu? Haiwan vs Manusia?
erkk..kalau setakat ikatan tali kasut, tak perlu laa aku post entry ni kat sini, hehehe...

Malam tadi,
actually aku tak pandang sangat kat jam (pasai tengah khusyuk ngadap laptop, hahaha),
Sekali adik aku jerit2 la kat ruang tamu, bising betul, aishh...
rupa-rupanya, diorang neh tengok muvee kat TV3..
alamak..!!


20 August 2010

Seumur hidup

Unknown | 10:48 |

"1 minit untuk mencari insan istimewa,
1 jam untuk menghargainya,
1 hari untuk mencintainya,
tetapi seumur hidup untuk melupakannya"






p/s :
erk...tiba-tiba aku teringat kat 1 kesah lampau ( lampau?macam dah lama sangat jek? ),
luv story zaman muda-muda dolu-dolu..ahahahakkk....
aku suka 1 gift dari kesah lampau tuh.. ( teddy 2 my fren yg bagi, ngee.. )

19 August 2010

Urut dan ....

Unknown | 14:32 |
Erkk...urut?
Kes rumah urut lar..apa lagi..
ada ke kaitannya dengan aku??
ahaha...
tak abes-abes kes rumah urut,
pastu ada plak xtra service, aishhh....
apa nak jadi daa..





p/s :
beli aje laa kerusi or mesin pengurut badan,
kan banyak promo yg diorang jual kat pasaraya,
boleh guna selama mana sehingga saat ia rosak, hihihi...

18 August 2010

Duhh...!!

Unknown | 14:47 |
Apsal ek, sekarang ni banyak sangat masalah???
zina, jenayah, buang bayi, rogol darah daging sendiri;
sekarang bulan Ramadhan pun, ada yang ditangkap khalwat,
dah laa melayu, Islam, dengan tak puasanya, berkhalwat plak tuh, cam ba***ng je?


aku tengok kes dan masalah yang berMAHARAJALELA sekarang ni, cam siut sial;
jangan sampai MAHARAJA ALAM balas cash kat dunia ni...



p/s :
aku dah laa sakit kepala sekarang,
tambah dengan masalah masyarakat yang tak abes-abes camni,
duhh....!!
(ceh, macam lar ada kaitan dengan aku, ahahakk...)

16 August 2010

Tak heran!

Unknown | 21:58 |
Heh...aku tak heran pun..
sikit pun tak..
kalau kau rasa dengan buat macam tu, kau boleh berlagak dengan aku,
jangan ingat aku akan rasa pelik or heran dengan kau..

Aku pun boleh berlagak, tapi aku bukan jenis macam kau,
aku sedar diri aku, aku hanya makhluk kerdil di sisiNya,
tak layak nak berlagak macam kau..





p/s :
aku cemburu sikit sebab dapat tahu kawan-kawan sekolah, kawan-kawan cosmate ramai dah bertunang dan ada yang dah bernikah pun...
ermm...bila plak turn aku ni ek? (-_-)

15 August 2010

Kenapa?

Unknown | 20:42 |
apa salah aku?

apa yang aku dah buat sampaikan kau tak mahu layan mesej aku?
sebab aku dah berterus terang dan mengaku?
sebab aku buat kau rasa rimas?
atau sebab kau tak suka dan membenci aku?

why? tell me why....

ahh, persetankan...

11 August 2010

IQ

Unknown | 10:56 |

Faktor pendidikan dan pengetahuan boleh mempengaruhi IQ

Sebenarnya pendidikan tak terbatas dengan memperoleh sijil tertinggi seperti ijazah, MA atau PhD,
tetapi pendidikan yang sempurna adalah pendidikan yang berterusan dari semasa ke semasa.

Memiliki sekeping kertas bernama ijazah bukanlah kayu pengukur kepada kejayaan hidup.

Ramai yang berjaya dalam kehidupan, malah membina empayar perniagaan dengan maju dan cemerlang walaupun hanya bersekolah setakat darjah 6.

02 August 2010

Khalwat ke?

Unknown | 12:02 | |





[ KHALWAT ]
Iya iya laa...kalau dah berdua-duaan macam dalam gambar kat atas ni...
Isu yg tak penah sejuk, selalu HOT
Masalah yg melanda kat negara Islam Malaysia yg tercinta, bumi bertuah alam permai...

01 August 2010

Illuminati Symbolism

Unknown | 14:33 |

Assalamualaikum...
Salam sejahtera pd kalian.
Sejak beberapa hr yg lepas ni, aku berusaha menjumpai beberapa teori2 yg berkaitan Illuminati dan Freemason..
Aku tak tahu kenapa aku boleh terjebak dgn teori2 macam ni.
pd aku, tak ada salahnya jika kita membaca dan melihat apa2 yg dirasakan boleh menambah ilmu, utk mencabar pemikiran dan membuat perbandingan antara kebenaran dan kepalsuan..
Bukan utk membahaskan secara serius dan tak jugak secara lewa..
aku sekadar ingin berkongsi maklumat.

Aku jugak sediakan laman2 yg kalian boleh lawat utk info yg lebih detail :
1- hikmatun.wordpress.com
2- ibnuyaacob.com
3- mistisfiles.blogspot.com

* jika kalian ada info terkini, ingin berkongsi pendapat, sgt dialu2kan...

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.