CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 July 2010

Buat Renungan Kalian

Unknown | 00:08 |
Pada 1 hari yang cerah, di suatu kawasan agak lengang...

Mut : Tik, cuba kau tengok kat hujung tu..
Tik : Hujung mana? Ada apanya Mut?
Mut : Alaa, kau gi la tengok, aku tak sanggup la nak cakap..
Tik : Ish, apa la kau ni Mut, tengok sanggup tapi nak cakap kat aku tak sanggup..ok, aku gi tengok jap..

Selepas 10 minit berlalu....

Tik : Mut, aku sedih Mut..aku sedih sangat...tolong aku Mut...
Mut : Eh, kenapa plak kau tiba-tiba sedih ni?
Tik : Aku tak sanggup Mut..tak sanggup nak meluahkan..huhuhu...
Mut : Pasal tu..aku pun dah agak, kau akan jadi macam aku lepas tengok tu..
Tik : Mut, aku kesian kat baby tu..sampai hati orang tu letak baby kat dalam tong sampah?
Mut : Kita tak mampu berbuat apa-apa Tik..aku dan geng-geng terkejut gila masa berjalan kat tepi dinding tadi. Aku nampak ada benda bergerak-gerak, aku ingat Ceng yang tengah cari makan, rupanya baby..
Tik : Mut, kalau aku jadi baby tu, mesti sedih sangat..yelaa, dahla baru lahir, sekali mak ayahnya letak dia dalam tong sampah..apa kejadahnya manusia jenis camtu..kejam betul la mereka ni...
Mut : Tik, kita berdoa semoga Allah memelihara baby tu. Kesian, baru lahir, dah tak ada mak ayah, tak ada tempat tinggal. Apalah nasibmu hai baby..
Tik : Manusia dah makin lupakan Tuhan, semakin menjauhi agama. Tak patut dibiarkan hidup kat muka bumi ni. Mereka dah dikurniakan akal fikiran, mengapa sangat cetek pemikiran mereka?
Mut : Manusia, Tik..macam-macam ragam..bukan semua menggunakan akal mereka dengan baik dan untuk ke arah kebaikan, malah semakin banyak yang disalahgunakan..
Tik : Aku benci manusia yang sebegitu. Bukankah Allah swt telah menjadikan mereka sebagai khalifah, dengan dikurniakan akal fikiran, tapi mengapa tak boleh membezakan baik dan buruk, iman dan kufur?
Mut : Benar katamu Tik, tapi itulah dunia..tempat sementara, penuh cabaran dunia, godaan dan tipu daya syaitan iblis laknatullah.. Kita bersyukur kerana dijadikanNya seperti diri kita ini..
Tik : Tapi manusia betul-betul dah melampau!! Konon bangga dengan diri mereka, bangga menjadi manusia berakal, tapi dalam jiwa mereka dah hilang sifat perimanusia.. Atau sifat peribinatang mereka dah jauh menguasai diri dan jiwa mereka, hinggakan sanggup melakukan tindakan camni. Aku tak setuju dengan cara manusia sebegini, Mut..aku tak setuju!!









* Mungkin ke ini antara perbualan haiwan yang menjadi saksi masalah pembuangan bayi merata-rata? Apakah kita sebagai manusia yang punya akal fikiran, tak mampu berfikir dengan waras? Manusia seolah-olah semakin menjauhi agama. Banyak hal yang perlu dititikberat dan dipandang mulia, kini semakin dipandang enteng dan diambilmudah, especially remaja dan belia generasi sekarang. Bagaimana pula generasi akan datang, jika anak-anak hasil zina semakin bertambah? Akan menjadi apakah generasi ini pada masa depan? Mungkin ke akan mengikuti jejak langkah mak ayah zina nya?atau sebaliknya akan berlaku? MasyaAllah..dunia akhir zaman..pegangan akidah manusia semakin semakin lemah dan goyah..maksiat berleluasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi umat Islam...


'Wahai manusia yang terpesong..insaflah kalian, bala yang bakal menimpa, bukan atas dirimu seorang, malah yang berada dalam lingkungan kamu juga turut terkena.. Insaflah wahai kalian, bertaubatlah kepada Allah swt sementara nyawa masih di dalam jasad kamu.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat...'

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.