CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 July 2010

I.N.T.E.R.V.I.E.W

Unknown | 01:26 |
Alhamdulillah..syukur...
Dah berjaya melepasi stage 1 utk kerjaya = I.N.T.E.R.V.I.E.W

Tanggal 28 Julai 2010, interview kat Putrajaya, Bangunan SPA..
..gerak dr rumah pd ptg 27 Julai, seterusnya ke Muar utk singgah berjumpa Achik..
..meneruskan perjalanan ke UKM, Bangi utk berjumpa Angah, makan2 dan bermalam kat sana..
cuma Abah telah bermalam kat masjid UKM..alhamdulillah, Abah cakap oke aje..
malam kat bilik Angah, sibuk meng'update' sijil dan folder utk interview..pening jgk laa...
sambil update tu, sempat melayan YM dgn cosmate yg dah interview..
..malam tu, buat keje 4-in-1
( online FB+YM+study+berbual dgn Angah dn sempat menjawab pertanyaan teman2 Angah )
the last task ialah iron baju kurung dan tudung...masa tu jam dah hampir 2.30 am
....huhuhu...pg tu kena bangun awal, sebelum subuh lg..
perlu gerak dari UKM ke Putrajaya awal pg sebab org akan keluar bekerja, dan kenderaan mula memenuhi jalan raya dan hi-way..

Abah dan aku gerak dari UKM jam 6.45 am, kelihatan kenderaan dah pun banyak kat jalan raya..
..on d way tu takde rasa apa2 sgt, maybe sbb tak nampak situasi kat tempat interview..
Jam 7.15 am lebih kurang, tiba kat Bangunan SPA..
wah...nervous and excited
Abah parking kete...dan aku siapkan diri, kemaskan diri dan bersedia dgn dokumen2 penting..

...on d way ke blok interview, aku nampak seseorang yg aku rase macam kenal, tp....
nak panggil, tp org tu melangkah pantas, dan aku plak kat belakang dgn Abah..
takpe laa, nnt jumpa jgk kat dewan interview..
kami berjalan masuk ke bangunan..amik lif dan naik ke aras 6..
haa...kan betul, aku dah nampak org td tu...kak Ida Moin...

oke2...
smbg cite psl inetrview..hua3...meleret psl benda lain plak dah...
sampai kat dewan temuduga, mula2 tak nampak ramai orang..lama2 makin ramai..
ada yg pakai uniform polis ( jawatan penguasa penjara kalau tak salah )
ada yg biasa2 je..

ada byk bilik interview..A, B, C, ...... , J, K, sampai Q.. ( den dpt bilik J )
sebermula jam pukul 8 am je, ada bilik yg dah panggil no. calon..plg awal bilik A..
bilik J masih belum menunjukkan apa2 sign..jam dah pukul 8.30 am tp belum mula panggil..
Akhirnya, saat yg dinanti tiba jugak... Dalila adalah calon 1st bilik J...
ahai..aku turn no.2..seram gak la..dah ar tu, dewan yg seluas tu, penuh umat manusia, tp masih terasa sejuk..
masa tu, berbual selamba dgn kak Ida, Aisyah, Nana...
dalam pada tu, ternampak kelibat Dalila keluar dr bilik J..

Ting......
kaunter no. dah berubah angka.. J - 0902
aish..tu la giliran aku...
wahahahaha....seriau dan excited...

25 July 2010

InsyaAllah

Unknown | 14:07 |
Maher Zain


InshaAllah

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way




Dengarkanlah lagu ni...tp aku tak sempat nak masukkan video klipnya, jadi kalian cari sendiri ye...
Dengar dan hayati..amat syahdu..aku sendiri 1st time dengar, tiba2 terkesan kat hati..
Lagu ni sangat sesuai ditujukan pada orang2 yang hampir berputus asa, lemah semangat, yang tak jumpa haluan..untuk menaikkan kembali semangat, supaya kembali ke pangkal jalan bertemu Penciptanya..
Nak terangkan rasanya tak perlu kot..boleh faham daripada lirik lagunya, cuma dengar dan hayati setiap bait2 ayat yang dinyanyikan oleh Maher Zain..insyaAllah akan mendapat hint2.. (^_^)

18 July 2010

Runsing...mengapakah?

Unknown | 20:50 |
Emm..kenapa agaknya?
dah 2 hr nih, perasaan runsing, risau, tiba2 muncul..
mcm serabut pun ye jugak, aduyai....
kenapa aku jadi mcm ni..

Kadang2 rasa tak sedap hati..
dahla rasa risau membuak2, tambah dgn rasa tak sedap hati, haish...
mungkinkah akan terjadi sesuatu kat diri aku?
atau kat ahli keluarga aku?atau saudara mara aku?
mungkin jugak akan berlaku kat kawan2 aku?atau kat seseorang yg aku sayang?

Ya Tuhan...aku tak dapat berfikir dgn betul hny krn benda ni..
emm..sabar, sabar, sabar..bawak mengucap, beristighfar..
jgn diikutkan sgt perasaan tah apa2 ni..
bukan aku nak buruk sangka.... (walaupun kadang2 ada jugak bersangka buruk, huuu..)
tp kn, kadang tuh, apa yg aku rasa ni, akan berlaku sesuatu yg di luar jangkaan..
apakah sebenarnya yg akan jadi ni?huhuhu...
aku cuma berharap tak ada apa2 yg buruk akan berlaku kpd siapa2..
mudah2an ni hny mainan perasaan dr diri aku yg stress (aku stress ke skrg ni??)

16 July 2010

Buleh buat camni tak??

Unknown | 12:17 |
Tajuk kat atas ada kaitan dgn video kt bawah ni.
Ni sebenarnya iklan sejenis coklat, Cadbury punya coklat..
Walaupun iklan ni ada siar kat TV, tp kalian cuba tgk dulu..
Pastu, pastikan kalian pun cuba buat macam yg kanak-kanak ni buat..pergghhh...
Rasanya, kalian yg ulang banyak kali, sure akan terikut-ikut cam tuh...hahaha...



Yg ni plak tak ada kaitan langsung, tp masih dalam kategori coklat.
Aku sgt suka makan coklat ni..sedap seh.... (^_^)



14 July 2010

Buat Renungan Kalian

Unknown | 00:08 |
Pada 1 hari yang cerah, di suatu kawasan agak lengang...

Mut : Tik, cuba kau tengok kat hujung tu..
Tik : Hujung mana? Ada apanya Mut?
Mut : Alaa, kau gi la tengok, aku tak sanggup la nak cakap..
Tik : Ish, apa la kau ni Mut, tengok sanggup tapi nak cakap kat aku tak sanggup..ok, aku gi tengok jap..

Selepas 10 minit berlalu....

Tik : Mut, aku sedih Mut..aku sedih sangat...tolong aku Mut...
Mut : Eh, kenapa plak kau tiba-tiba sedih ni?
Tik : Aku tak sanggup Mut..tak sanggup nak meluahkan..huhuhu...
Mut : Pasal tu..aku pun dah agak, kau akan jadi macam aku lepas tengok tu..
Tik : Mut, aku kesian kat baby tu..sampai hati orang tu letak baby kat dalam tong sampah?
Mut : Kita tak mampu berbuat apa-apa Tik..aku dan geng-geng terkejut gila masa berjalan kat tepi dinding tadi. Aku nampak ada benda bergerak-gerak, aku ingat Ceng yang tengah cari makan, rupanya baby..
Tik : Mut, kalau aku jadi baby tu, mesti sedih sangat..yelaa, dahla baru lahir, sekali mak ayahnya letak dia dalam tong sampah..apa kejadahnya manusia jenis camtu..kejam betul la mereka ni...
Mut : Tik, kita berdoa semoga Allah memelihara baby tu. Kesian, baru lahir, dah tak ada mak ayah, tak ada tempat tinggal. Apalah nasibmu hai baby..
Tik : Manusia dah makin lupakan Tuhan, semakin menjauhi agama. Tak patut dibiarkan hidup kat muka bumi ni. Mereka dah dikurniakan akal fikiran, mengapa sangat cetek pemikiran mereka?
Mut : Manusia, Tik..macam-macam ragam..bukan semua menggunakan akal mereka dengan baik dan untuk ke arah kebaikan, malah semakin banyak yang disalahgunakan..
Tik : Aku benci manusia yang sebegitu. Bukankah Allah swt telah menjadikan mereka sebagai khalifah, dengan dikurniakan akal fikiran, tapi mengapa tak boleh membezakan baik dan buruk, iman dan kufur?
Mut : Benar katamu Tik, tapi itulah dunia..tempat sementara, penuh cabaran dunia, godaan dan tipu daya syaitan iblis laknatullah.. Kita bersyukur kerana dijadikanNya seperti diri kita ini..
Tik : Tapi manusia betul-betul dah melampau!! Konon bangga dengan diri mereka, bangga menjadi manusia berakal, tapi dalam jiwa mereka dah hilang sifat perimanusia.. Atau sifat peribinatang mereka dah jauh menguasai diri dan jiwa mereka, hinggakan sanggup melakukan tindakan camni. Aku tak setuju dengan cara manusia sebegini, Mut..aku tak setuju!!









* Mungkin ke ini antara perbualan haiwan yang menjadi saksi masalah pembuangan bayi merata-rata? Apakah kita sebagai manusia yang punya akal fikiran, tak mampu berfikir dengan waras? Manusia seolah-olah semakin menjauhi agama. Banyak hal yang perlu dititikberat dan dipandang mulia, kini semakin dipandang enteng dan diambilmudah, especially remaja dan belia generasi sekarang. Bagaimana pula generasi akan datang, jika anak-anak hasil zina semakin bertambah? Akan menjadi apakah generasi ini pada masa depan? Mungkin ke akan mengikuti jejak langkah mak ayah zina nya?atau sebaliknya akan berlaku? MasyaAllah..dunia akhir zaman..pegangan akidah manusia semakin semakin lemah dan goyah..maksiat berleluasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi umat Islam...


'Wahai manusia yang terpesong..insaflah kalian, bala yang bakal menimpa, bukan atas dirimu seorang, malah yang berada dalam lingkungan kamu juga turut terkena.. Insaflah wahai kalian, bertaubatlah kepada Allah swt sementara nyawa masih di dalam jasad kamu.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat...'

13 July 2010

Sedar tak sedar

Unknown | 16:35 |
Haish..sedar tak sedar, dah 6 minggu aku keje part time ni, dan dah pun dapat gaji pertama kira-kira seminggu yang lepas, huhuhu..macam-macam perasaan selepas mendapat gaji pertama walaupun nilainya taklah mencecah ribu-ribu.. Alhamdulillah, dapat jugak merasa duit hasil dari keje part time ni..yelaa, siapa yang nak bagi duit senang-senang tanpa berbuat sesuatu, ye kan?paling-paling pun mesti berusaha walaupun sikit. Yang nak ditekankan adalah, apa pun usaha dan keje yang dilakukan dengan ikhlas dan sumber yang halal, sekalipun keje tu hanya sementara ataupun bukan dari bidang kita, yang penting adalah pengalaman selama melakukannya. Itulaa yang paling berharga sebenarnya, jika nak dibandingkan dengan nilai duit gaji atau elaun yang kita dapat. Lebih elok kita bersusah kerana sesuatu keje dan mendapat hasil yang memuaskan, daripada kita buat keje sambil lewa dan mendapat hasil yang biasa-biasa atau langsung tak ada hasil. Lebih baik buat keje dengan ilmu yang pelbagai, daripada buat keje yang tak guna apa-apa dan tak dapat apa-apa yang berguna dari pekerjaan itu. Alamak...baru tersedar, dah meleret-leret mengarut pasal benda lain..hahaha... (^_*)


ni la duit..sape yg x suka duit yg byk?heheh...

ni manusia yg sgt keletihan krn mnyiapkn keje-keje yg x nmpk byk..

yg ni plak, brsusah pyh nk siapkn keje, bape tgkat daa dia pnjat..huhu...


Juga sedar tak sedar, bagi umat Islam, kini dah pun tiba bulan Syaaban. Betapa cepatnya masa berlalu. Ni dah pun 1 Syaaban 1431 H, di mana kita digalakkan untuk berpuasa sunat sebelum kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dalam masa sebulan lagi. Haa, kepada kaum Hawa, mana yang belum habis mengqada' puasa Ramadhan tahun lepas, silalah berbuat segera (oppss, maybe ada jugak dari kalangan kaum Adam yang 'tertinggal' atau 'terponteng' puasa Ramadhan hari tu..so, segerakanlah qada' puasa anda,okie..). Dan anda semua boleh melihat fasa bulan seperti yang aku dah letak kat blog ni, kat bahagian atas sebelah kanan. Dinyatakan tarikh bulan Islam dan fasa bulan mengikut takwim hijriah..jadi anda jangan bimbang untuk ketidaktahuan tarikh bagi kalendar bulan Islam.. (^_^)

10 July 2010

Tak disangka...

Unknown | 12:51 |
Tenang. Mendamaikan. Tiba-tiba...

‘Hello, dear. By ada sesuatu untuk sayang,’ kedengaran suara excited di hujung talian.
‘Hello By. Oh, apa dia sesuatu tu, By?’ aku turut menjadi excited.
‘Sabarlah sayang, By bagi hint. The keyword is marriage,’ terdengar satu ketawa nakal.
‘Ala By, janganlah main-main camni. The details..?’
‘Opss, I’ll explain it after we meet,okay honey. Dear kat mana tu? By datang jumpa Dear, ok?’ saat itu senyumanku semakin lebar.
‘Dear jangan pergi mana-mana ok? By dah on the way ke tempat Jue. Take care sayang,’ balas suara itu. Talian diputuskan. Aku menunggu dengan riang.

Sejam kemudian...

‘Hello, assalamualaikum, Jue....’ suara esakan yang kudengar. Hairan.
‘Waalaikumussalam, Ma. Kenapa Ma menangis ni?’
‘Jue...Ma, Ma...tak tahu macam mana Ma nak cerita, nak. Jue...,’ terasa debaran di dada. Kali ini terdengar suara lelaki.
‘Dear Jue, this is Pa. Jue, Pa minta Jue datang cepat ke Pusat Perubatan UKM, you know it, right dear? Pa akan tunggu Jue kat main entrance,’
‘Pa, apa sebenarnya semua ni? Jue tak faham, Pa. Please Pa, tell me more..’
‘Jue, no dear. Pa akan jelaskan bila Jue dah sampai sini, but somehow, please drive careful my dear, okay? I’ll waiting for you,’ usai, talian diputuskan.

Dua jam berikutnya...

‘Pa, apa dah jadi ni, Pa?’ soalan yang diajukan sebaik sahaja Jue berada di hadapan lelaki itu.
‘Jue, mari kita masuk dulu, ye sayang. Nanti Pa ceritakan,’
Mereka segera menuju ke ruang menunggu. Kelihatan Ma dan Abang Long berada di situ.
‘Ma, Abang Long..please tell me..,’ mata Jue sudah pun digenangi air. Segera Ma memeluk Jue.
‘Jue..Ma sendiri tak sangka, nak. Ma sangat terkejut.. Long, kau ajelah ceritakan,’ Ma yang mula menangis, segera dipeluk oleh Pa. Abang Long mengambil peranan bercerita.
‘Jue, sebenarnya, Zufry excident,’ pendek ayatnya.
‘What?? Jue salah dengar ke ni? Zufry excident? Abang long jangan main-main,’
‘Tak Jue, abang tak main-main hal ni. Kalau tak, kenapa kita ada kat sini?’ tanya Abang long pula.
Jue kaget. Tersedar. Hospital! Ah..apa semua ni?


pstt : ni bukan cerpen, tp sejenis cerita rekaan, ala-ala cerpen la kot, hehe...



Haa....kesudahannya ada kat aku, tp aku malas nak postkan...hehe..
Sebabnya, aku saje je buat cereka camni..kenapa plak aku saje buat ni?
Sebabnya aku nak tahu, agaknya kalau kejadian spt ni berlaku kat diri kalian, apakah perasaan kalian?
Apakah yg kalian akan buat bila ia terjadi dalam hidup kalian, sedangkan anda mengharapkan sesuatu yg maybe lebih dari tahap ni?
Selalu kita baca kat paper, tunang meninggal dunia, samada sebulan, seminggu atau 2-3 hari sebelum melangsungkan pernikahan. Mak aih, sedihnya...kalau dua-dua meninggal tak pe jugak, ni salah sorang..tp apakan daya, dah ajal, tak boleh laa nak marahkan Tuhan..redha adalah yg terbaik...
Maybe ada hikmahnya Tuhan menentukan sebegitu...

Kepada kalian yg ada pasangan, aku ucapkan semoga kalian berbahagia sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya sama2 meniti alam rumahtangga hingga ke akhir hayat..... (^_^)

07 July 2010

10 Makanan Sihat

Unknown | 11:04 |
1. Brokoli - Pencegah kanser serviks
* Kandungan asam folat yang tinggi menghentikan virus pencetus kanser serviks.
(Kajian - University of Alabama)

2. Bayam - Pelindung mata
* The National Ins. of Health mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, possibility untuk menghidapi risiko masalah penglihatan adalah lebih rendah.

3. Bawang putih - Pelindung prostat
* Bahan kimia yang terkandung dalamnya terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 50%.

4. Daging merah - Menyuburkan rambut
* Zat besi dalam daging merangsang pertumbuhan rambut. Terdapat juga unsur zink yang membantu melindungi rambut dari keguguran.

5. Kopi - Perangsang otak
* Merupakan sumber antioksidan, dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sehingga 60%, bukanlah sehingga bergelas-gelas setiap hari.

6. Teh hijau - Penjaga payudara
* Based on kajian ahli biokimia dari Boston University, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.

7. Tempe - Mengusir penyakit degenaratif
* Tempe kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Juga mengandungi antibiotik yang menyembuhkan infection dan antioksidan yang melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronari dan sebagainya.

8. Kentang panggang - Menurunkan tekanan darah
* Signifikasinya dapat menurunkan tekanan darah kerana kandungan natrium (Na) yang rendah iaitu 0.4mg/100g.

9. Keju - Elak ancaman karies gigi
* Kajian menunjukkan keju boleh meningkatkan kadar pH untuk melindungi gigi dari ancaman karies.

10. Lobak merah - Penyelamat kulit dan jantung
* Kajian di National Ins. AS, menemukan bahawa mereka yang banyak mengambil karotenoid pigmen yang ada dalam lobak merah, risiko untuk terkena kanser kulit adalah 6 kali lebih rendah.



(Sumber : Remaja/01 Mei 2010)

03 July 2010

Terima kasih semuanya......

Unknown | 11:46 |
Ke hadrat Mu aku bersyukur..atas peluang yang Kau berikan padaku...

Mula-mula ingat nak buat ayat skema, tapi mesti nanti orang bosan nak baca..huhuhu...
Emm, kenapa aku buat title macam kat atas ni? tahlah, yang sure aku berterima kasih kepada Tuhan kita, iaitu Allah..kerana Dia telah bagi aku peluang yang aku sendiri tak sangka. Yelah, macam orang bagi kita hadiah, mesti terkejut sebab tiba-tiba je dapat hadiah, kita mesti tak sangka. Macam tu laa perumpamaannya..hehehe...

Alhamdulillah..aku sendiri tak sangka akan benda ni. Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, mak cakap ada surat dari JPA. Aku ingat surat apa, rupanya surat panggilan interview. Mak bukak surat dan bacakan apa yang ada kat dalam tu. Aku dipanggil interview akhir bulan julai ni kat Putrajaya untuk Q41 (Sains Pertanian). Huh, apa dia la Q41 tu..haa, ni kod untuk jawatan Pegawai Penyelidik.. Interview apa ni ye?hmm..aku pun baca la surat tu tadi, jawatan ni under MACRES atau dikenali sebagai Malaysian Remote Sensing Agency (MOSTI). Aku punya la macam tak percaya..mak aih, remote sensing??? aku pun teringatkan subjek last semester yang aku amik (Percision Agriculture) yang diajar oleh Dr. Anuar dan Dr. Siva. GPS, GIS, dan tah apa-apa lagi..pergghh..pening belajar subjek tu, tapi best sebab ada assignment yang membantu, walaupun exam tak dapat markah bagus..huhuh...

Nampaknya aku kena buat homework berkenaan tugas dan agensi remote sensing nih. Pastu kena cari balik nota-nota dan assignment subjek Percision Agriculture yang pernah dibuat 1 masa dulu, buat revision, nak fahamkan..yelaa, nanti masa interview taklah tergagap nak menjawab hal yang berkaitan. Emm, lagi kena buat latihan oral, kalo kena interviewer speaking nanti, payah gak kalau tergagap speaking..buat malu la pulak..huhuhu.... Tak lupa jugak, dressing kena kemas..ehehe, kasut bertutup kena beli..folder dan sijil-sijil nak kena update..banyak hal nak kena settlekan untuk interview nih...hmm....

Ye, walau apa pun, aku berterima kasih kepadaNya atas peluang ni. Terima kasih jugak kepada mak abah dan keluarga yang menyokong dan memberi semangat. Dan terima kasih kepada kawan-kawan dan orang yang turut menyokong aku.. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..amiinn.....


Terima kasih semua.. Sayang kamu semua..

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.