CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 July 2012

ISLAM AGAMA SYUMUL

Unknown | 00:32 |
Islam Sebagai Ad-Din

Islam agama yang sempurna, yang mengatur cara hidup yang lengkap; cara hidup Islam merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. Ad-Din diertikan dengan agama Islam, sebagaimana Firman Allah swt:


إِنَّ ٲلدِّينَ عِندَ ٲللهِ ٲلْإٍ سْلَـٰمُ


Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

(Surah Ali ‘Imran: ayat 19)


Berdasarkan Firman Allah dalam ayat di atas, kita dapat tahu bahawa ‘Ad-Din’ itu merujuk kepada agama Islam dan ajaran Islam yang sempurna. Kita sebagai umat Islam, tidak boleh tidak, menafikan agama Islam sebagai agama yang syumul (lengkap). Ad-Din tidaklah hanya terfokus kepada isu ibadat semata-mata, malah merangkumi hal-hal kehidupan manusia dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita maklum, perkataan Islam berasal daripada perkataan ‘Aslama’ yang bermaksud ‘kepatuhan, kesejahteraan, dan penyerahan diri kepada Allah swt’.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa Islam ialah mentauhidkan Allah swt dan mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Wallahu'alam...

1 comment:

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.