CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 May 2010

Bakal...

Unknown | 21:15 |
bergelar sebagai pekerja next week..mudah-mudah segalanya dipermudahkan..

Alhamdulillah, kerana aku berjaya dalam interview [hakikatnya tak macam interview sangat] dan telah diberi peluang oleh Boss untuk bekerja [maybe pada certain orang mengatakannya tak berbaloi atau tak layak atau kerja biasa] di syarikatnya [even ia hanya branch company].

Aku akan cuba bekerja sebaiknya even ia tak berkaitan langsung dengan apa yang aku belajar sebelum ni..but at least boleh mencuba dan menambah pengalaman [di samping menambah duit], dan sebenarnya aku dah mula berangan yang macam-macam.

Aku juga bakal meninggalkan alam berpoya-poya [macam sekarang ni, misalnya laaa] coz jadual harian aku akan padat dengan kerja [masa bekerja adalah 10am-7pm everyday except Sunday], so hanya malam untuk rest, melayan facebook, check email, and so on [tu pun kalau larat].

'Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih atas peluang ini. Akan aku gunakan peluang ini sebaiknya sementara diri aku masih punya waktu dan diizinkan olehMu, Ya Allah.. Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah perjalanan hidup hambaMu ini..'

10 May 2010

7 Cara Kekalkan Tenaga Sepanjang Hari

Unknown | 12:30 |
1. Ambil serat ketika bersarapanSarapan kaya serat membuat anda lebih berwaspada dan peka sepanjang hari.


2. Minum sedikit latte perlahan-lahanKafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuat anda tetap berwaspada dan fokus lebih lama.


3. Minum secawan tehPaduan kafein dan asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental dan meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi dan daya ingatan. Teh hitam membantu mengurangi stress.


4. Kerap makanMakan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap 3-4 jam untuk memastikan kadar gula darah tetap tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga atau makan berlebihan akibat terlalu lapar.


5. Minum air putihMenjaga keperluan pengambilan air merupakan cara termudah menjaga kadar tenaga dan konsentrasi.


6. Jalan 10 minitSebuah kajian menunjukkan bahawa berjalan seketika boleh menjaga anda tetap segar sepanjang hari.


7. Dengar muzikKurang fokus ketika bekerja? Cuba dengar muzik. Sebuah kajian mendapati pekerja 10% lebih produktif ketika mendengarkan muzik berbanding tanpa muzik.


Sumber petikan MW (23 – 29/04/2010)

09 May 2010

Kala tengah malam

Unknown | 02:26 |
...aku akan ber'blog'ing dan mencari idea-idea untuk post sesuatu isu.
Mungkin waktu paling sesuai aku ber'blog'ing adalah waktu tengah malam, sebab masa ni laa kelajuan broadband yang aku guna ni berkali ganda lajunya berbanding waktu siang.

Sambil aku menaip ni, kepala otak ni memikirkan macam-macam hal.
1) Kerja apa yang aku boleh dapatkan untuk sementara waktu ni?
2) Bersedia ke aku untuk hidup bekerjaya?
3) Camne hidup aku nanti bila dah bekerja?
4) Hmm, bila pulak jodoh aku akan sampai? (yang ni, soalan cepu emas,hehehe..)

Ada lagi soalan yang berlegar-legar dalam kepala ni..tapi yang tu jelaa aku taipkan.
Haa..ni aktiviti aku, dari dulu lagi.dah bermula pun, cuma tak aktif je.
Aku pernah hasilkan cerpen dan beberapa sajak, tapi tu dah 4-5 tahun lepas.so sekarang aku plan nak aktif semula dalam bidang nih.
Tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak buat cerpen.tapi setakat cerpen jelaa.tak larat nak buat novel.baca novel aku memang no hal punya..!ehehehe...

08 May 2010

Langkah seterusnya...

Unknown | 11:41 |
ialah mengisi ruang blog yang masih kosong.
Aku plan nak letak gambar-gambar dari zaman kanak-kanak sampai habis belajar kat UPM..rasanya macam banyak la pulak. Takpe, aku akan upload sikit-sikit..hehehe...

Emm..tapi kan, bila aku guna broadband ni perlukan kesabaran betul, coz lambat giler nak upload gambar..huhuhu..
Baru teringat, aku nak buat list untuk blog-blog yang aku selalu lawat..adeh, semalam tak sempat cari list blog diorang nih..

Okie...aku nak edit apa-apa yang patut untuk blog ni...


Ni gambar raya 2009 : aku bersama keluarga di Puncak Alam

06 May 2010

Akhirnya....

Unknown | 09:58 |
.....hari ni aku berjaya buat 1 blog baru. Before this, aku dah pun ada blog, yang tercipta pada pertengahan tahun 2009..malangnya blog aku tu dah "TERhilang" tah ke mana..haha... Tapi pastinya aku akan jaga elok-elok blog baru aku ni..supaya tak berlaku insiden blog "HILANG"..
Kepada kawan-kawan, 'Selamat Melawat' blog aku yang baru ni..

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.